
Berita itu dikongsi Umairah menerusi IG miliknya.
Ibu Umairah, Siti Sairah Taruddin memohon doa daripada rakyat Malaysia agar anaknya berjaya membawa pulang pingat, sekali gus mengharumkan nama negara.
“Pada saringan pertama, Umairah bersaing dalam lima kategori iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B, World dan Variety dan berjaya melangkah ke separuh akhir menerusi untuk kategori R&B. Umairah akan membawakan lagu sama iaitu A Natural Woman untuk peringkat akhir. Umairah mara ke peringkat akhir bagi kategori 13 hingga 15 tahun. Difahamkan, Umairah akan berentap dengan tiga peserta lain,”
Sebagai ibu, kata Siti Sairah, tentulah dirinya mengharapkan kemenangan anak sulungnya itu.
“Sudah tentu saya mahu melihat Umairah berjaya harumkan nama negara dan bawa pulang pingat, sekali gus membuktikan memiliki bakat tersendiri. Alhamdulillah, Umairah boleh harungi tekanan sejak tiba di LA pada 28 Jun lalu. Walaupun nampak gemuruh, tetapi Umairah ada misi untuk berjaya. Perasaan gemuruh perkara biasa untuk seorang penyanyi, apatah lagi, dalam pertandingan. Jadi, saya mohon doakan Umairah berjaya,”
Selain Umairah, turut berjaya ke peringkat akhir adalah:

- pasangan kembar, Aleysha dan Ryan (Duet)

- Dion Das dan Ryan Zachary (Peragaan)

- Kumpulan Dance Duo (Tarian Duo)
- Vanessa William (Tarian Solo)

Seramai 15 peserta mewakili negara bagi kategori vokal, tarian, muzik dan peragaan dengan menyaksikan penyertaan daripada 70 negara pada kejohanan edisi ke-27 yang dianjurkan setiap tahun di Hollywood.
Leave a comment