
Majlis pelancaran album telah diadakan pada 14 Julai 2024 di Program Santai Seni@TAR dan dihadiri oleh tetamu kehormat yang diundang khas dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dato Ito Blues Gang serta Presiden Karyawan, Dato Freddie Fernandez.

Menurut Penerbit album yang juga pencetus idea kepada Program Santai Seni @TAR, Amad Abdullah, idea penghasilan album ini bermula sewaktu di “kurung” menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Idea ini kemudiannya diusulkan kepada rakan-rakan “buskers” dan hasil persetujuan daripada lima “buskers”, maka terciptalah “Bintang Jalanan-Kolaborasi Album Pemuzik Jalanan”

“Meskipun album ini agak komersial , saya memastikan vibe dan “ethic” buskers tetap terjaga baik dari segi muzik, karektor dan konsep keseluruhan namun tetap mempunyai unsur pop semasa agar ianya mudah diterima ramai. Buskers bukan sekadar muzik, tapi juga “attitude”

Album yang mendapat dana di bawah Program Pembiayaan Muzik Independen CENDANA, menampilkan 10 karya baru didalam pelbagai jalur genre antaranya folk, blues dan reggae.

Proses penerbitan muzik yang mendapat sentuhan penyanyi dan pemuzik hebat, OJA bermula dari susunan muzik dan dirakamkan secara profesional dari semua aspek rakaman sehinggalah ke adunan akhir.
Program Santai Seni@TAR
Merupakan program anjuran DBKL khusus untuk seniman jalanan membuat persembahan pada setiap minggu ke 2 dan ke 4 di sepanjang Jalan Esfahan hingga Jalan Melayu, TAR. Pelbagai hiburan santai dipersembahkan secara percuma kepada orang ramai yang melalui Jalan TAR antaranya persembahan muzik , pelukis, maskot, tarian, pertandingan permainan tradisional dan banyak lagi.
Lokasi ini juga bakal dijadikan hub bagi pelbagai program seperti pelancaran album dan pengenalan produk yang bersesuaian.
Bagi yang ingin menjadi rakan strategik kepada sebarang perlaksanaan program di Santai Seni@TAR, tapak akan disediakan secara percuma.
Hubungi:
- email ke santaiseni00@gmail.com
- FB santai seni at TAR.

Leave a comment