HARI PENEROKA FELDA KE-68 DI MAEPS HIMPUN LEBIH 500,000 PENEROKA

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan acara itu pada 14 Julai 2024, dan turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penganjuran berskala besar itu dengan pelbagai program dan pameran telah diatur sebagai pengisian sepanjang tiga hari.

Sambutan kali ini adalah terbesar untuk menyantuni semua warga peneroka Felda terutama generasi dari seluruh negara berbanding sambutan sebelum ini hanya dihadiri oleh peneroka yang dibawa dari rancangan masing-masing.

“Kali ini kita jangkakan 500,000 peneroka dari pelusuk tanah air akan membanjiri MAEPS. Pelbagai aktiviti, dan program disediakan kepada mereka yang mengunjungi Hari Peneroka Felda selama tiga hari ini. Antaranya Felda berselawat, Semarak Subuh, pameran 317 makanan seluruh rancangan, karnival pendidikan dan kerjaya serta Himpunan Dua Roda membabitkan 50,000 peserta yang bakal memecahkan rekod Malaysia Book Of Records. Berkonsepkan Segalanya Felda, Felda kini bukan dilihat dari segi perspektif sawit atau getah tetapi kehidupan peneroka yang sudah berkembang yang jumlahnya mencecah sehingga 3 juta orang secara keseluruhannya.

Penonton turut disajikan dengan persembahan nyanyian oleh artis anak kelahiran Felda. Manakala konsert yang diadakan pada malam terakhir menampilkan antaranya Mawi, Siti Nordiana, Exist dan jemputan dari negara seberang, Ungu

Sambutan Hari Peneroka Felda yang julung kali diadakan selama tiga hari pada tahun ini serta terbesar pernah diadakan turut mendapat sokongan daripada 12 kementerian, agensi dan rakan strategik yang mengambil bahagian.

Sempena ke 68 tahun FELDA, di Karnival ini ada 68 program antaranya adalah :-

  • 1000 Gerai Jualan Keusahawanan & Pameran Kraf & Tekstil
  • Karnival Pendidikan & Kerjaya
  • Karnival Hospitali dan Hartanah
  • Persembahan Tarian Tradisional/Busker
  • 317 gerai makanan dari 317 rancangan FELDA
  • Ping Pong Terbuka Hari Peneroka, e-sport & robotic challenge
  • Khatam 5 Minit Al-Quran
  • Felda Berselawat Bersama Selebriti
  • 28 Masterclass Percuma
  • Food Festival
  • Sajian Warisan 100 tahun Felda
  • Pelancaran Umrah Rahmah
  • Pelancaran Jualan Agro Madani Hari Peneroka Felda
  • Jualan DURIAN (Kendurian)
  • Motorshow EV dan Autoshow Kawasaki
  • Pameran Jentera Feltech 2.0
  • Pertandingan Memancing
  • Cabutan Bertuah Grand Prize
  • Kemuncaknya akan diserikan dengan konsert ‘Feel Da Star’ 10 anak felda bakal merentap dalam pertandingan bakat nyanyian.
  • Persembahan Exist dan Kumpulan Ungu
  • Menonton final euro di screen besar serta jualan makanan food truck akan beroperasi sehingga pagi!

Antara artis-artis yang terlibat antaranya Ryan Bakery, Siti Nor Diana, Exist, Ungu Band, Dr Sheikh Muszafar, Kak Lina Pom Pom, Boss Susu, Datuk Ramli Sarip, Mawi, Nash, Aizat Amdan, Black Hanifah, Marsha Milan Londoh dan Inteam dan ramai lagi!

Pelbagai pencapaian telah dicipta sepanjang Hari Peneroka kali ini antaranya:

  • Penyertaan peserta teramai iaitu sebanyak 1, 297 orang dalam pertandingan Ping Pong
  • Penyertaan teramai Jambori Felda Nation iaitu seramai 1, 678 peserta
  • Penghasilan benih DxP FGV 600 juta sejak tahun 1976

Leave a comment