“PAKEJ UMRAH BERSAMA ZUL ARIFFIN” TAWAR PENGISIAN BERMOTIVASI KEPADA JEMAAH UMRAH

Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham. Ia turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Khadim Ummah Holidays Sdn Bhd, Mejar Bersekutu (PA), Mohammad Azhar Hilmi Mohamad Fadzil.

Pakej Umrah Kasih Ramadan

Memberi peluang kepada mereka yang ingin menjalani ibadah Umrah pada bulan Ramadan dengan suasana penuh ketenangan dan kemuliaan. Ia direka khusus bagi memastikan jemaah merasai keberkatan bulan Ramadan dengan bimbingan yang teliti lagi menyeluruh.

Pakej Umrah Bersama Zul Ariffin

Jemaah dapat melaksanakan ibadah Umrah bersama ikon Khadim Ummah Holidays, selain mengikuti aktiviti-aktiviti motivasi serta pengisian rohani yang disediakan sepanjang berada di Tanah Suci.

Anda tidak perlu risau untuk mengikuti pakej Umrah bersama Khadim Ummah Holidays kerana mereka menyediakan perkhidmatan Umrah yang berkualiti tinggi pada harga berpatutan, memenuhi kehendak jemaah serta memberi pengalaman Umrah yang dapat memenuhi pengisian rohani dan bermakna.

Untuk menempah atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pakej Umrah yang disediakan, boleh hubungi:

Tel: +604 425 0692

Email: admin@khadimummahholidays.com.my

Web: www.khadimummahholidays.com.my

Leave a comment