Dalam majlis itu juga, “Karyawan Football Club” memperkenalkan jersi rasmi yang akan dipakai setiap kali perlawanan diadakan.

Jersi rasmi ini mendapat tajaan dari Panca Abadi Automobil Sdn Bhd dan juga sokongan dari jenama selipar premium ANH.

“Dahulunya Karyawan mempunyai biro sukan yang agak aktif dan telah menerima pelbagai pelawaan bagi perlawanan persahabatan dari Semenangjung hingga ke Sabah Sarawak, terutamanya pasukan bolasepak dan bowling, namun ianya terhenti agak lama disebabkan pelbagai keadaan terutamanya sewaktu pendemik beberapa tahun dahulu.
Hairee Kool datang berjumpa menyarankan agar pasukan bolasepak diaktifkan kembali dengan mengemukakan barisan pemain hebat yang terdiri dari para selebriti . Dalam masa yang sama kami turut menjemput rakan-rakan rapat Karyawan yang terdiri dari ikonik bolasepak Negara iaitu Dato Dollah Salleh , Dato Subadron Aziz dan Faiz Subri “PUSKAS” sebagai penasihat pasukan dan juga akan turut membuat penampilan pada mana-mana siri perlawanan yang bersesuaian. Ianya kombinasi yang hebat dan gah bagi pasukan ini” ujar Presiden Karyawan Dato Freddie Fernandez.
Manakala menurut Hairee Kool, selaku Kapten dan Koordinator Pasukan,

“Ini adalah ruang kami rakan-rakan artis untuk merapatkan lagi ukhwah dan juga terus sihat. Ianya aktiviti yang amat kami gemari dari zaman remaja dan pastinya rehlah sebegini juga satu ruang bagi para peminat untuk bertemu kami di padang bola. Nak tengok Johan Raja Lawak, Anye Yassin dan rakan-rakan artis lain buat “lawak” gelecek bola, silalah jemput Karyawan Football Club”
Bagi sesiapa yang ingin menjemput Pasukan Karyawan Football bagi perlawanan persahabatan boleh menghubungi terus Koordinator pasukan iaitu Hairee Kool di talian 011 64595069 atau Dato Freddie Fernandez di talian 012 2071400.
Fee akan dikenakan dalam kadar tertentu sebagai bayaran token kepada pemain selebriti ini dan beberapa persen akan dimasukkan ke Tabung Kebajikan Karyawan , bagi membantu artis yang uzur dan menghadapi masalah.
SENARAI PEMAIN
- Hairee Kool
- Lan Zailan
- Raja Izzuwin
- Riyad
- Taufik Khan
- Along Jeff
- Betto Khai
- Daniel
- Meerqeen
- Riot Kool
- Tony Tuah
- Aidil Aziz
- Hasnol
- Shah Slam
- Johan Raja Lawak
- Wan
- Anye Yassin
- Shahrul
- Azrul
- Osama Yamani
- Mamak RL
- PEMAIN “CAMEO” / PENASIHAT PASUKAN
- Dato’ Dollah Salleh
- Dato’ Subadron
- Faiz Subri “PUSKAS”

Azmi Saat Angau Dengan Layla!
Siapa itu Layla?
Setelah dua tahun tidak mengeluarkan karya, kini Azmi Saat membuat kemunculan semula bersama single terbaharu yang berjudul “Majnun”. Tercetus tanda tanya akan siapakah dia yang bernama Majnun? Pada siapakah single terbaharu ini ditujukan dan apakah yang telah berlaku pada Azmi Saat sepanjang tempoh dua tahun lalu?
Single terbaharu Azmi Saat, yang berjudul “Majnun” menceritakan tentang pahit yang harus ditelan oleh Majnun akan hati yang mencintai terhalang dari memiliki, hanya bayang dibuai mimpi kerana mencintai itu tidak semestinya perlu memiliki, dan tak semua yang dimiliki itu dicintai. Walaupun perit, namun itu adalah keindahan cinta yang sejati, rasa yang tersemat mati di dalam hati, selamanya.
Berikut adalah perasaan yang di rasai oleh Azmi sepanjang penghasilan Majnun dimana beliau cuba sebaiknya untuk menyatu dengan perasaan dan emosi untuk menyampaikan sebuah penceritaan yang menambat sanubari pendengar.
Menurut pengurus besar MAPMUSIC, lagu Majnun ini mempunyai aura yang tersendiri dan juga Azmi Saat merupakan penyanyi yang paling sesuai untuk lagu ini kerana Azmi mempunyai kemahiran penjiwaan yang tinggi kerana beliau mampu menjiwai lagu berikut.
Single Majnun oleh Azmi Saat akan dilancarkan pada 19 Julai ini pada jam 5 petang dan ianya mula ditonton secara eksklusif di saluran YouTube MAPMUSIC.
Selain itu, lagu ini juga boleh dimainkan dan didengari melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer, TikTok dan juga YouTube Music.
Artist Show & Promotion: +6017 – 736 9896 (BOY) / +6016 – 609 6010 (MAPMUSIC)
Email: boymapmusic@gmail.com

Leave a comment