
Kempen ini juga dihasilkan dengan tujuan mempromosikan perlindungan sungai dan alam sekitar, selaras dengan misi dan visi Boat Noodles selama 10 tahun untuk mewujudkan keseimbangan harmoni antara industri makanan dan alam semula jadi.
Sepanjang perjalanan sepuluh tahun ini, Boat Noodles mula menyedari akan kurangnya kesedaran terhadap alam sekitar dengan menjual minuman dalam cawan PPE yang boleh dikitar semula.Meskipun cawan ini boleh dikitar semula, ia masih menyumbang kepada pembentukan sisa yang besar, yang mungkin tidak semuanya diproses di pusat kitar semula. Maka, sudah tiba masanya untuk Boat Noodles bertindak dan berkomitmen kepada perubahan jangka panjang.

Langkah pertama adalah mengambil tindakan dalaman yang ketara untuk mengurangkan sisa plastik dengan beralih kepada amalan yang lebih mampan seperti memperkenalkan penggunaan cawan termos.

Namun, usaha Boat Noodles tidak berhenti di sini, malah akan terus aktif menyokong NGO yang berdedikasi untuk memulihara alam sekitar yang juga tempat kediaman dan tempat generasi akan datang membesar.

Namun, inti kepada misi Boat Noodles adalah pemeliharaan sungai, yang menjadi tempat asal-usul, yang bermula dari makanan yang dijual di tepi terusan, menjadikan sungai sebagai elemen penting dalam identiti dan budaya. Oleh itu, perlindungan saluran air ini bukan sahaja mengenai pemuliharaan alam sekitar; ia juga mengenai memelihara inti pati jenama dan tradisi yang diwariskan dari generasi ke generasi.
Untuk memperkukuhkan usaha ini, inisiatif terbaru Boat Noodles melibatkan penjualan 100,000 cawan teh Chayen sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan. Hasil jualan ini akan disalurkan sepenuhnya kepada usaha pemuliharaan alam sekitar, sebagai komitmen terhadap kelestarian.
Dalam melaksanakan inisiatif ini, Boat Noodles telah memilih untuk bekerjasama dengan “UpCycled by Fuze Ecoteer” dan “Global Environment Centre” kerana misi mereka seiring dengan visi Boat Noodles. Organisasi-organisasi ini berdedikasi kepada pemuliharaan alam sekitar dan sungai, serta menyokong usaha tempatan untuk mewujudkan masa depan yang mampan membuatkan Boat Noodles sangat terinspirasi oleh komitmen mereka dan kesan positif daripada usaha mereka.
Sebagai usaha menyokong Boat Noodles, rakyat Malaysia boleh melawat mana-mana cawangan Boat Noodle. Penyertaan anda akan membantu mencapai sasaran menjual 100,000 cawan teh Chayen, dan pada masa yang sama menyumbang kepada usaha tanggungjawab sosial.
Boat Noodle akan menjual baucar untuk minuman teh Chayen:
⦁ Baucar tunggal: RM9.50/baucar (boleh ditebus untuk 1 teh Chayen)
⦁ Baucar bundle: RM47.50/buku (Beli 5 Percuma 1)
⦁ Baucar bundle: RM95.00/buku (Beli 10 Percuma 2)
Nota:
*Sila ambil perhatian bahawa terdapat 50,000 keping baucar dan buku yang tersedia, sah sehingga 31 Disember 2024.

Leave a comment