
Program “Sinonim Sudirman” ini bakal diadakan selama 3 hari iaitu pada 30 Ogos, 31 Ogos dan 1 September 2024.
Kenapa memilih ikon lagenda SUDIRMAN?
Sehingga kini, Sudirman masih kekal sebagai tokoh yang disegani dalam dunia muzik, terkenal dengan kehebatan vokal yang luar biasa beserta kelincahan pentas yang memukau.

Menurut Pengerusi KOPSTAR, Rohayati Sa’ayan,beliau menekankan bahawa misi program ini adalah untuk menghargai sumbangan Sudirman kepada industri muzik dan budaya Malaysia, secara tak langsung memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia yang ingin mempamerkan bakat mereka di platform yang berprestij.
“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan ‘SINONIM SUDIRMAN,’ satu penghormatan kepada legenda muzik yang impaknya merentas generasi. Saya selaku Pengerusi KOPSTAR dengan Kerjasama SUMMIT USJ, menerusi pertandingan ini, kami berhasrat untuk bukan sahaja meraikan legasi Sudirman yang luar biasa tetapi juga menggalakkan individu berbakat untuk meneruskan minat mereka dalam bidang nyanyian.”
KOPSTAR mengalu-alukan semua rakyat Malaysia tidak kira latar belakang datang dan menunjukkan kebolehan vokal dan karisma pentas mereka. Peserta akan berpeluang untuk bersaing bagi merebut Piala Pusingan, Piala Iringan, Wang Tunai, Cenderahati dan Sijil Penyertaan.
“SINONIM SUDIRMAN” diharapkan dapat menetapkan penanda aras baharu dalam bidang pertandingan nyanyian di Malaysia.
Memandangkan program itu bertetapan dengan Hari Kemerdekaan yang ke-67, maka pelbagai acara telah disusun antaranya:
- Pertandingan Baby Catwalk
- Pertandingan Mewarna Karikatur GAYOR
- Pertandingan Deko Kek PWIP
- Pertandingan Nyanyian Patriotik
- Deklamasi Puisi
- Klinik Gitar M.Noor Hendrix
- Klinik Vokal Cikgu Siti Hajar Ismail
- Cabutan Bertuah
Banyak hadiah hebat menanti kehadiran pengunjung yang datang ke SUMMIT USJ. Selain itu, mereka
juga akan dihiburkan oleh artis-artis lama dan baru seperti Royce Sa’ayan, Zack Kazamata, Farra Ahmad, Nami Harez, Zack Kool, Wafi The Voltage dan Kumpulan Aktivis.

Turut dijemput JURI-JURI KHAS yang akan mengadili Pertandingan Nyanyian iaitu Datuk Hajjah Habsah Hassan, Cikgu Siti Hajar Ismail dan Komposer Salman Shariff.
KOPSTAR sangat menggalakkan mana-mana Artis dan Selebriti Malaysia untuk menjual produk-produk mereka di KIOSK perniagaan yang disediakan oleh pihak SUMMIT USJ. Untuk membuat pendaftaran, hanya perlu mengimbas QR Code yang disediakan. KOPSTAR juga mengalu-alukan para penggiat seni untuk mendaftar keahlian.
Untuk maklumat lanjut tentang cara menyertai , sila:
- layari: www.kopstar.com.my
- email: koperasimuzik@gmail.com / kopstar.alp@gmail.com / admin@kopstar.com.my

Leave a comment