
Istimewanya, koleksi berlian NUWA diinspirasikan oleh alam semula jadi manakala koleksi emas 916 mendapat inspirasi daripada bunga kebangsaan Malaysia, Bunga Raya.

Menurut Ketua Pembangunan Perniagaan Kumpulan Malabar, Yasheedah Yasai,
Hari Kebangsaan di Malaysia adalah satu acara yang membangga Malaysia, sebuah negara yang berbilang bangsa dan penuh perpaduan. Malabar Gold & Diamonds turut berbangga kerana ini merupakan tahun yang 9 meraikan Merdeka bersama pelanggan di Malaysia yang terus memberi sokongan kepada jenama ini. Oleh itu kami pastikan sesuatu yang istimewa kepada pelanggan setia kami setiap bulan kemerdekaan ini.

Turut hadir dalam majlis pengenalan itu adalah Ketua Wilayah Fareast, Ajith Murali, Ketua Cawangan Malabar Gold & Diamonds Malaysia, Nijeesh Parayil serta tetamu jemputan khas yang terdiri daripada pelanggan istimewa Malabar Gold & Diamonds yang mengenakan busana tradisonal masyarakat Melayu sambil menggayakan koleksi terbaharu tersebut. Mereka juga telah berkongsi pendapat mereka mengenai kemerdekaan.
Sepanjang berada di persada ini, kami telah menjadi jenama yang dipercayai di kalangan warga dan penduduk dari pelbagai latar belakang, termasuk masyarakat Melayu tempatan. Untuk memberi kepuasan citarasa pelanggan, Malabar Gold and Diamonds giat memperluaskan portfolio rekaan dan mutu kerja tangan kami. Pada kesempatan istimewa ini, Malabar Gold & Diamonds mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada semua,” kata Encik Shamlal Ahamed, Pengarah Urusan Operasi Antarabangsa di Malabar Gold & Diamonds.
Dengan tema “Abadikan Semangat Kemerdekaan 67 Tahun”, maka Malabar Gold & Diamonds telah membuat tawaran menakjubkan kepada orang ramai sehingga 1 September nanti.
Antaranya, mereka yang ingin menukar balik barangan emas lama, boleh berbuat demikian dengan datang ke mana-mana bilik pameran di Malaysia. Malabar Golds & Diamonds akan membeli balik harga emas 100% tanpa susut nilai. Begitu juga dengan barang kemas emas 916 lama yang dibeli dari mana-mana tempat, boleh mendapatkan rekaan terkini tanpa sebarang potongan.
Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan baucar tunai percuma dengan pembelian barang kemas berlian serta batu permata berharga. Mereka yang membuat pembelian di Malabar Gold & Diamonds dalam tempoh tawaran, boleh mendapatkan baucar tunai percuma bernilai RM200 dengan pembelian barang kemas berlian dan batu permata bernilai RM6,000.
Bagi pembelian barang kemas berlian dan batu permata berharga bernilai RM3,500 pula, akan menerima baucar tunai bernilai RM100. Baucar tunai ini boleh digunakan oleh pelanggan untuk membeli barang kemas emas dan berlian, syiling emas atau jongkong emas untuk pembelian mereka yang seterusnya.

Malabar Gold & Diamonds, yang terkenal dengan jenama dan koleksi eksklusifnya seperti Mine, Era, Viraaz, Precia, Nuwa, dan Bella, menawarkan pelbagai jenis barang kemas Emas, Berlian, dan Batu Permata yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan yang bijak di Malaysia.

Dari rekaan harian yang elegan dan rekaan pejabat yang canggih hingga rekaan menakjubkan untuk acara khas dan perhiasan pengantin, Malabar Gold & Diamonds mempunyai sesuatu untuk semua orang.
Dengan sembilan bilik pameran yang terletak di seluruh Malaysia, termasuk dua di Jalan Masjid India dan yang lain di Pulau Pinang, Klang, Bandar Seremban, Ipoh, Ampang Point Shopping Centre, Mydin Mall Subang, dan Mydin Mall Seremban, jenama ini memastikan akses mudah kepada perkhidmatan bertaraf dunia dan koleksi eksklusifnya. Yang ketara, bilik pameran di Ampang Point Shopping Centre, Mydin Mall Subang, dan Mydin Mall Seremban disusun khas untuk memenuhi citarasa unik peminat barang kemas Melayu, dengan rekaan yang dipilih dengan teliti untuk selaras dengan keutamaan mereka.

Leave a comment