SAMSUNG GALAXY Z FLIP 6 TERAJUI TELEFON KOMPAK LIPAT

Meskipun kompak, namun ia menjanjikan paparan skrin yang besar serta jelas malah pemproses, RAM dan kameranya telah dipertingkatkan berbanding generasinya yang terdahulu. Ciri AI juga telah dipertingkatkan.

Kamera yang dipertingkatkan sehingga 50MP memproses gambar-gambar anda melalui Provisual Engine dan hasilnya, gambar-gambar tampil lebih nyata serta jelas. Maka anda akan lebih bersemangat untuk mencipta memori bersama Samsung Galaxy z Flip 6 ini.

Jangan risau jika anda ingin mengabadikan memori pada waktu malam ataupun di persekitaran yang kurang pencahayaan. Ciri Nightography pastinya tidak akan mengecewakan!

Pencarian maklumat juga mudah, hanya klik pada Google Lens, anda boleh membuat pencarian dengan mengguna imej untuk mencari maklumat mahupun membantu menyiapkan latihan sekolah.

Anda juga boleh memindahkan atau menghilangkan atau menambah objek mahupun imej pada gambar-gambar yang disimpan dalam galeri. Dengan mengguna ciri “Sketch to image”, anda boleh membuat penambahan pada gambar anda.

Dengan adanya butang “Translate” pula, anda boleh membuat terjemahan pada kadar segera. Ini sangat berguna jika anda berada di luar negara.

Ia direka dengan ketinggian 3.35 inci dengan lebar 2.83inci, dan apabila ia dilipat, telefon kompak ini sesuai disimpan didalam poket.

Padat apabila digenggam menjadikannya tidak mudah meluncur daripada tangan, ini berikutan panel belakang mengguna tekstur kemasan matte yang permukaannya tidak licin berbanding kemasan berkilat, yang biasanya boleh menjadikan telefon mudah tergelincir apabila tidak digenggam dengan kemas.

Samsung Galaxy Z Flip 6 dibina dengan 2 pembesar suara, satu di bahagian bawah berdekatan dengan port USB-C 3.2 manakala satu lagi slot yang sama dengan pembesar suara alat pendengaran.

Ia boleh didapati dalam warna Biru, Kuning, Mint, Silver Shadow, Crafted Black, White dan Peach. Kesemuanya mempunyai keanggunan tersendiri.

Leave a comment