
Program anak angkat bersama Flash yang menjadi penghuni di Zoo Negara, bernilai RM18,700 akan membantu dari segi penjagaan, pemakanan, dan keperluan perubatan cheetah, serta menyumbang kepada inisiatif pemuliharaan dan pendidikan yang lebih luas di Zoo Negara.

Pada usia lima tahun, Flash telah membesar menjadi cheetah dewasa yang sihat. Dilahirkan pada 6 Jun, ia adalah salah satu daripada dua anak yang diselamatkan oleh penjaga zoo selepas ibu mereka, Tianna, mula menunjukkan naluri semula jadi untuk menyingkirkan anak-anak yang lemah.
Dipelihara oleh manusia sejak usia kecil, Flash telah menjadi jinak dan menyesuaikan diri dengan baik di persekitarannya. Selama bertahun-tahun, dia terus membesar dengan aktif dan gemar bermain, bagaimanapun kini ia telah matang dan mempunyai kekuatan dan ketangkasan dewasa. Flash merupakan antara unit yang penting dalam populasi cheetah Zoo Negara. Ia merupakan kejayaan zoo tersebut dalam penjagaan haiwan yang dilaksanakan penuh teliti dan dedikasi.
Cheetah dan Zoo Negara juga telah melancarkan koleksi edisi terhad Cheetah X Zoo Negara. Koleksi ini adalah satu penghormatan kepada nama syarikat dan diilhamkan oleh keindahan, keanggunan, dan kelajuan cheetah. Cheetah akan menyumbangkan 10% daripada jumlah jualan koleksi ini kepada Zoo Negara untuk perbelanjaan operasi dan program pemuliharaan.
Roy Ho Yew Kee, Pengarah Eksekutif Cheetah Holdings Berhad, berkata,

“Cheetah adalah simbol kelajuan, ketangkasan, dan ketahanan. Dengan mengambil Flash sebagai anak angkat, ia mengingatkan kami mengenai nilai-nilai teras serta komitmen kami bagi menghasilkan nilai mampan untuk semua pihak berkepentingan kami. Inisiatif kami membolehkan kakitangan kami turut memainkan serta dan aktif dalam pemuliharaan flora dan fauna. Dalam masa yang sama, peminat CHEETAH dan orang ramai juga boleh menyumbang secara positif melalui koleksi CHEETAH X Zoo Negara”

Sempena kerjasama unik antara sektor awam dan swasta ini, hampir 100 orang pekerja Cheetah telah secara sukarela meluangkan masa dan tenaga mereka membersihkan dan menceriakan zoo serta persekitarannya. Ini termasuk bantuan kepada penjaga zoo dalam menyediakan penjagaan harian untuk hidupan liar, termasuk penjagaan, pembersihan pameran, penyediaan makanan, dan aktiviti pengayaan tingkah laku haiwan
Kerjasama strategik Cheetah dengan Zoo Negara ini selaras dengan strategi kelestarian yang bertujuan untuk meningkatkan konservatisme alam sekitar, menyokong pemuliharaan hidupan liar, dan memperkaya kehidupan masyarakat di kawasan di sekitar.
Untuk maklumat lanjut layari www.cheetah.com.my.

Leave a comment