
Jadi jangan terkejut jika anda bertembung dengan sekumpulan warga kerja berjalan ke arah replika bantal gergasi IKEA di Pusat Beli-belah Lot 10, dan secara tiba-tiba, menukar pakaian pejabat kepada pakaian tidur, kain pelikat mahupun baju kelawar!

Begitu juga jika anda terserempak dengan Pejalan Tidur IKEA di dalam tren MRT laluan Kajang dan LRT laluan Kelana Jaya yang tampil dalam pelbagai baju tidur termasuk pakaian tidur tradisional, terlena sambil memeluk bantal, sebagai tanda ramai rakyat Malaysia yang kekurangan tidur dan mengambil peluang di dalam tren untuk berehat sebelum sampai ke tempat kerja. Semuanya adalah untuk menyampaikan mesej tentang kepentingan tidur.

Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada kempen IKEA untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengutamakan tidur berkualiti, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan “FOMO” (Sindrom Ketakutan Kehilangan) dan kebergantungan terhadap dunia digital.

Pada 6 September, Pejalan Tidur IKEA ini mencipta kejutan di stesen Bukit Bintang dengan persembahan tarian spontan yang mengujakan! Di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur, persembahan ini menjadi ‘oasis ketenangan’ yang memberikan kelegaan sementara daripada hiruk-pikuk bandar raya ini. Ia mengajak rakyat Malaysia untuk berhenti sejenak daripada jadual yang sibuk dan memberi keutamaan terhadap kesejahteraan mereka melalui tidur yang mencukupi dan berkualiti.
Rakyat Malaysia boleh mengimbas kod QR yang tersedia untuk melayari laman khusus yang mengandungi butiran terperinci tentang barisan aktiviti Festival Tidur IKEA yang berlangsung selama sebulan.
Festival Tidur IKEA akan berlangsung di semua gedung IKEA di seluruh negara mulai 7 September. Bersedialah untuk menikmati festival ini yang dipenuhi pelbagai aktiviti hebat sepanjang September ini!
⦁ Sambut ‘Hari Pakaian Tidur’ di IKEA dengan memakai pakaian tidur paling selesa anda dan tebus sarapan nasi lemak percuma.
⦁ Dapatkan petua-petua tentang rehat berkualiti serta ketahui 6 elemen tidur yang penting di Bengkel Tidur IKEA yang dikendalikan oleh pakar tidur.
⦁ Cabar diri dalam Pertandingan Tidur Siang setiap dua minggu. Juara akan membawa pulang pelbagai hadiah hebat!
⦁ Ahli IKEA Family berpeluang menikmati tawaran yang eksklusif dan hebat untuk produk, makanan, dan promosi rakan kongsi.
Jangan terlepas peluang untuk bertemu dengan pempengaruh kegemaran anda seperti Arwind Kumar dan Joseph (IKEA Damansara), Graeme dan Ming Yue dari Sip & Spill (IKEA Cheras), Sai dari Wabikong dan Dennis Lim Ming (IKEA Batu Kawan). Anda juga berkesempatan menikmati persembahan hebat daripada barisan artis tempatan seperti Zee Avi , Alena Murang, Ezra Kairo dan banyak lagi!Untuk jadual penuh dan maklumat lanjut, layari ikea.my/SnoozeFest.
Untuk maklumat lanjut, layari IKEA.my

Leave a comment