SAMSUNG GALAXY BUDS3 PRO BAWA KECERIAAN SETIAP HARI

Tuntutan kerja yang sentiasa dalam mode: on-the-go, ditambah dengan menaiki pengangkutan awam yang selalu padat dengan ramai orang dan persekitaran yang terlalu bising, memang agak stress, memandangkan penulis agak sensitif dengan gema bunyi dari telefon mahupun suara yang kuat.

Namun ciri Galaxy AI-boosted Noise Control yang ada pada Samsung Galaxy Buds3 Pro, memberi ketenangan sepanjang hari. Sebaik sahaja menggunanya, segala bunyian dan gemaan di sekeliling terus hilang! Terasa seolah-olah berseorangan di satu kawasan yang sangat tenang tanpa ada sebarang gangguan.

Keanggunan rekaan menjadi tarikan tatkala memilih Samsung Buds3 Pro sebagai peneman sepanjang hari. Saiz tempat penyimpan yang kecil lengkap berlampu, memberi satu ketrampilan yang unik lagi ‘cool’. Penutup telus pula memudahkan anda memeriksa sama ada kedua-dua airbud berada di dalamnya tanpa perlu membuka penutupnya.

Airbud Samsung Galaxy Buds3 Pro direka lebih ringan, seterusnya tidak melekap terlalu dalam pada telinga, secara tidak langsung , mengurangkan sebarang tekanan pada kawasan sekeliling telinga terutamanya pada mereka yang memakai tudung kerana ada masanya pemakaian tudung yang ketat atau tekstur tudung yang keras atau kasar boleh memberi impak penekanan berterusan pada persekitaran bahagian telinga. Dengan rekaan yang lebih ringan ini, tiada lagi timbul masalah tekanan meskipun dipakai dalam tempoh yang agak lama.

Meskipun tidak melekap ke dalam telinga, rekaannya yang ringan membuatkan ia kekal berada di dalam posisi di telinga, tidak mudah melurut ataupun terkeluar secara tiba-tiba daripada telinga lebih-lebih lagi apabila anda sedang melakukan aktiviti. Boleh angin satu badan jika sentiasa perlu membetulkan kedudukan airbud!

Kurang membetulkan kedudukan airbud, bermakna anda dapat menfokuskan penggunaan 100% audio tidak kira di mana anda berada. Adanya “touch control” pada airbud, anda boleh mengawal suara dengan hanya membuat “Swipe” ke atas dan bawah, ataupun “Pinch” untuk mendengar lagu yang diingini dan menjawab panggilan masuk.

Ia juga mudah dihubungkan dengan telefon mudah alih. Hanya dengan membuka penutup airbud, secara automatik satu paparan akan terbuka pada telefon anda. Dengan klik pada paparan tersebut, anda akan terus boleh berhubung dengan Samsung Galaxy Buds3 Pro.

Keseronokan mengguna Samsung Galaxy Buds3 Pro tidak bermakna anda tidak peka dengan apa yang terjadi di persekitaran dan sekeliling. Ciri “Siren Detect” secara semula jadi akan bertukar kepada “mode: Ambient” apabila ia mengesan sebarang bunyi siren yang kuat dan membuatkan anda kekal ‘alert‘ meskipun sedang mengguna airbud.

Ciri-ciri yang ada pada Samsung Galaxy Buds3 Pro memang sangat sesuai bagi mereka yang sentiasa on-the-go, namun dalam masa sama, perlukan hiburan untuk ketenangan minda apabila berada dalam persekitaran yang boleh menambah rasa tekanan, sebaliknya memberi keceriaan pada hari-hari yang dilalui.

Leave a comment