
Menurut Pengarah Eksekutif MYDIN, Ahimmat Mydin,

“Pelanggan kami berlatarbelakangkan pelbagai kaum. Justeru itu, kempen seumpama ini bertujuan untuk menghargai sokongan mereka dan berkongsi kemeriahan sambutan Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi.
MYDIN, melalui program tanggungjawab sosial korporat MYDIN Prihatin ‘Cahaya Prihatin’, berkolaborasi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Perpaduan Negara untuk memberikan sumbangan kepada 200 keluarga masyarakat India yang kurang berkemampuan di sekitar Selangor.
Sumbangan tersebut berupa bakul makanan dan baucar tunai, bertujuan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan. Ini menunjukkan komitmen MYDIN dalam menyokong masyarakat dan memperkukuhkan perpaduan”

Menariknya, sepanjang kempen berlangsung MYDIN turut bekerjasama dengan SMS Deen Jewellers bagi menawarkan ganjaran berupa barangan kemas bernilai keseluruhan RM120,000 kepada pelanggan bertuah yang berbelanja serendah RM150 di dalam satu resit di mana-mana cawangan MYDIN.

Manakala, pelanggan bertuah yang membeli barang kemas di SMS Deen Jewellers serendah RM1,500 pula berpeluang memenangi hadiah ‘hypermarket sweep’ dengan nilai keseluruhan RM45,000.

Bagi menambah kemeriahan kempen itu juga, MYDIN telah menjalin kerjasama dengan Bombay Bazaar untuk menawarkan pelbagai barangan kelengkapan persediaan sambutan Deepavali, termasuk makanan, pakaian tradisional, dan banyak lagi. Barangan ini boleh didapati di beberapa cawangan MYDIN seperti di Subang Jaya (Selangor), Seremban 2 (Negeri Sembilan), MITC (Melaka) dan Meru Raya (Perak).

MYDIN turut bekerjasama dengan pengeluar rempah ratus terkenal Trichy untuk menghasilkan 10 resipi dalam rancangan ‘Taste with BGW’ (Bala Ganapathy William) di semua media sosial termasuk Facebook, YouTube dan TikTok Mydin sempena Deepavali ini.
Orang ramai boleh melayari laman media sosial rasmi MYDIN Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ‘Shine Bright This Deepavali’, yang sedang berlangsung sehingga 31 Oktober 2024.
Layari laman sesawang rasmi www.mydin.my untuk maklumat lanjut.

Leave a comment