
Kerjasama ini memperkukuhkan inisiatif yang diperkenalkan pada tahun 2023 oleh YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar ľun Razak dan juga penaung PRKM, sewaktu pelancaran Laman Kucing Madani. Keíjasama ini mewakili usaha bersatu antara badan kerajaan, NGO dan organisasi swasta untuk meningkatkan standard kebajikan haiwan peliharaan di Malaysia.
Majlis menandatangani MoU ini turut dihadiri oleh Dr. Anya Chiu, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Pet Universe, Mohd Edi Armishah Mohamed, Setiausaha Persatuan Rakan Kucing Malaysia, Datuk Azman Haji Abidin, Setiausaha Politik Yang AMat Berhormat Perdana Menteri, Dr. Akma Ngah Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Wira Ling Kah Chok, Pengarah Eksekutif, Kumpulan Pet Universe, Dr. Hank Ng, Timbalan Pengarah Urusan Pet Universe Medical Center, Patrick Chin, Ketua Pegawai Eksekutif Pet Universe Nourish, Ryan Ooi, Pengarah Eksekutif Pet Universe Group, Dr.Keisha Shekeena, Ketua Pegawai Eksekutif, Pet Universe Medical Center, Andrew Leong, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan.

Dalam majlis itu juga, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah diberi penghargaan menamakan seekor anak kucing yang dijaga oleh kakitangan Pet Universe. Beliau menamakan anak kucing tersebut dengan nama ‘Snowflakes’.

“MoU ini mencerminkan komitmen bersama terhadap kebajikan kucing di Malaysia. Bersama-sama, kami berhasrat untuk meningkatkan kesedaran dan menyediakan sumber untuk memastikan rakan berbulu kita menerima penjagaan yang sewajarnya.” kata Encik Mohd Edi Armishah Mohamed, Setiausaha Persatuan Rakan Kucing Malaysia (PRKM).
Dr. Anya Chiu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pet Universe menambah,

“Di Pet Universe, moto kami, ‘Menginsankan Haiwan Peliharaan,’ mendorong segala yang kami lakukan. Kami percaya bahawa haiwan peliharaan adalah sebahagian penting dalam keluarga, dan melalui kerjasama dengan PRKM ini, kami komited untuk memupuk budaya yang mengutamakan kesejahteríaan mereka.”

Misi Bersama untuk Kebajikan Haiwan Peliharaan yang Lebih Baik

Fokus utama MoU ini meliputi:
⦁ Memperkuat usaha kerjasama untuk meningkatkan kebajikan dan peílindungan kucing di seluruh negara.
⦁ Memupuk pendidikan awam mengenai kemajuan penjagaan haiwan peliharaan, terutamanya melalui perkhidmatan seperti hotel kucing dan amalan veterinar.
⦁ Melancarkan inisiatif berasaskan komuniti untuk menggalakkan pemilikan haiwan peliharaan yang bertanggungjawab dan meningkatkan kesejahteraan kucing serta haiwan peliharaan lain.

Menggabungkan Kepakaran dan Sumber
PRKM akan memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat tentang amalan penjagaan kucing yang bertanggungjawab, manakala Pet Universe akan menyediakan kemudahan dan kepakarannya yang bertaraf tinggi. Kerjasama ini melibatkan penganjuran bengkel, seminar dan aktiviti yang bertujuan melibatkan serta mendidik masyarakat tentang penjagaan haiwan peliharaan sebagai ahli keluarga yang dihargai.
Visi untuk Masa Depan yang Berbelas Kasihan
Kerjasama ini dijangka memberi manfaat kepada haiwan peliharaan dan pemiliknya, lalu memupuk hubungan erat dalam kalangan komuniti pencinta haiwan yang semakin berkembang di Malaysia. Aktiviti bersama ini bukan sahaja akan meningkatkan kesedaran tetapi juga membentuk masyarakat yang berbelas kasihan dan berpengetahuan yang mana kebajikan haiwan peliharaan menjadi keutamaan.
PRKM dan Pet Universe sedang bersiap sedia untuk melancaíkan pelbagai inisiatif yang berimpak, termasuk kempen kesedaran awam, bengkel komuniti dan program pendidikan. Usaha ini bertujuan menginspirasi keluarga untuk mengamalkan pemilikan haiwan peliharaan yang bertanggungjawab dan melihat haiwan peliharaan meíeka sebagai ahli keluarga yang dihaígai.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
- Pet Universe
- Tel: 012 761 3255
- Email: info@petuniverse.com
- Persatuan Rakan Kucing Malaysia (PRKM)
- Email: persatuanrakankucingmalaysia@gmail.co

Leave a comment