4 PELAJAR UUM SERTAI EKSPEDISI KE EVEREST BASE CAMP

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Tunku Mahkota Kedah di Eiger Adventure Ampang.

Ekspedisi 4 DEKAD UUM DI EVEREST BASE CAMP ini bakal dimulai pada 14 hingga 28 Disember 2024, dengan 4 pelajar yang akan menyertai misi pendakian iaitu:

⦁ Ihsan Sabri Kamaruddin
⦁ Murfiqah Nurina Mohd Razali
⦁ Muhammad Syamim Mohd Hamdan
⦁ Muhammad Aidil Muhammad

Empat pelajar ini akan diketuai oleh Prof Madya Ts. Dr. Adzrool Idzwan Ismail bersama Encik Azim Afif yang bertindak sebagai pengendali pendakian, dan disertai oleh 3 lagi pegawai pengiring, iaitu:

  • Amirudin Hashim – Ketua Jurulatih
  • Muhamad Fahmi Muhamad Zulkiflee – Penolong Jurulatih
  • Prof Madya Ts. Dr Jastini Mohd Jamil – Ketua Sekretariat Pendakian

Dianjurkan oleh Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif & Seni Persembahan dengan kerjasama Inasis Petronas, Universiti Utara Malaysia. Program ini merupakan sebahagian aktiviti berimpak tinggi sempena sambutan ulang tahun ke-40 Universiti Utara Malaysia (UUM).

Asas program ini berdasarkan kepada cetusan idea YBhg Prof Dato Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mohd Fo’ad Sakdan untuk menjenamakan Universiti Utara Malaysia ke peringkat antarabangsa serta mengetengahkan bidang pengurusan industri kreatif UUM, di peringkat dunia.

Program ini juga bertujuan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin data dan juga footage ekspedisi bagi tujuan penghasilan karya dan kandungan kreatif, seperti penghasilan Virtual Reality (VR), penghasilan dokumentari pendek yang bakal menjadi panduan digital bagi pendaki-pendaki gunung di masa hadapan, serta dokumentasi buku “Coffee Table Book”, Travel Log dan kandungan kreatif berhubung sukan mendaki dan trekking.

Bagi program kali ini, ARISPROP HOLDING SDN. BHD (Pengarah Urusan, Dato Hj. Haris Embong) merupakan rakan strategik program ekspedisi kali ini bersama EIGER TROPICAL ADVENTURE (Pengarah Eiger Adventure Malaysia, Riadi Ariaji Suwarno) sebagai penaja peralatan ekspidisi pendakian rasmi.

Antara barisan penaja bagi program ekspedisi EBC kali ini adalah:

Penaja Platinum:
⦁ Malpro
⦁ Tourism Pahang Penaja Gold :
⦁ YUGO Education
⦁ Yanimas Jaya

Penaja barangan dengan nilai RM10,000 ke atas :
⦁ EBOQ
⦁ Peak Journey

Penaja Silver :
⦁ UUM Holding Sdn. Bhd
⦁ Joe Photography
⦁ Malaysia International Tourism Development Association (MiTDA)
⦁ SRS Utama Ent.

Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif & Seni Persembahan (SCIMPA) memilih Ekspedisi ke Everest Base Camp sebagai subject matter kerana, ianya sebagai simbol pengiktirafan dunia, kerana peserta dari UUM boleh dan mampu berada di laluan (EBC) pendakian puncak tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest. Ini merupakan julung kalinya, UUM melalui SCIMPA, menganjurkan program ekspedisi seperti ini.

Dengan lima Option Module bidang pengajian yang ditawarkan oleh SCIMPA, iaitu Filem, Muzik, Animasi, Extended Reality dan Design Innovation, ilmu ini dapat di praktikkan oleh para peserta dan juga pelajar apabila pulang nanti.

Program ini diharapkan dapat membantu menjayakan kempen mempromosikan UUM, negeri dan negara untuk menyemarakkan industri pelancongan dari perspeksitif dan segmen industri kreatif negara bersempena Tahun Melawat UUM 2024, Tahun Melawat Kedah 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026

PELAKSANAAN MISI

Perjalanan mengembara 15 hari 14 malam ke Everest Base Camp (EBC), juga dikenali sebagai Everest Sanctuary Trek merupakan perjalanan menakjubkan yang membawa pendaki ke “dahi langit” di Himalaya. Ia merupakan salah satu destinasi pengembaraan paling terkenal di Himalaya, Nepal yang menarik beribu-ribu pendaki setiap tahun.

Berikut merupakan laluan yang akan dilalui oleh peserta selama 15 hari 14 malam:

  • Day 01 Kuala Lumpur – Tribhuvan International Airport Kathmandu
  • Day 02 Kathmandu (Program Mobiliti di Universiti Tribhuvan)
  • Day 03 Kathmandu – Lukla – Phakding
  • Day 04 Phakding – Namche Bazaar
  • Day 05 Namche Bazaar (acclimatization)
  • Day 06 Namche Bazaar – Tengboche
  • Day 07 Tengboche – Dingboche
  • Day 08 Dingboche (acclimatization)
  • Day 09 Dingboche – Lobuche
  • Day 10 Lobuche – Gorakshep – Kalapatthar – Gorakshep
  • Day 11 Gorakshep – Everest Base Camp – Gorakshep – Periche
  • Day 12 Periche – Namche Bazaar
  • Day 13 Namche Bazaar – Lukla
  • Day 14 Lukla – Kathmandu (Program mobiliti di Universiti Tribhuvan)
  • Day 15 Kathmandu – Kuala Lumpur

FAEDAH DAN IMPAK
⦁ Membantu meningkatkan semangat bangga dan sayangkan negara apabila berjaya sampai ke Everest Base Camp;
⦁ Menghasilkan bahan visual yang menunjukkan sifat kebersamaan dan kepelbagaian yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, agama, bangsa dan budaya;
⦁ Memupuk semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan masyarakat melalui perkongsian nilai-nilai patriotisme dan kebersamaan yang kuat.

Diharapkan program ini akan mencapai objektif yang disasarkan seterusnya menjadi satu wadah baru untuk Universiti Utara Malaysia berada di persada dunia melalui segment industri kreatif.

Leave a comment