SKIM BANTUAN AWAL IPTA & IPTS MANFAATKAN 250 PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI

Majlis Penyampaian Cek Skim Bantuan Awal IPTA & IPTS Yayasan Wilayah Persekutuan telah diadakan dengan kerjasama pihak Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), bertempat di Masjid Jamek Kg Baru.

Ia dihadiri oleh Yang Berbahagia Dr. Basir V.Kunhimohamed, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Encik Ahmad Ibnu Sina Termizi, Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, DBKL selaku Wakil Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tuan Mohd Mustafa Ghazanfar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan, Puan Rohani Hussin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan, tetamu jemputan khas, dan ibu bapa pelajar.

Pemberian sumbangan kepada 250 pelajar ini diharapkan dapat mengurangkan beban kewangan dan dapat menampung perbelanjaan awal seperti pendaftaran semester, pembelian buku akademik dan pelbagai keperluan sebelum memulakan sesi pengajian.

Adalah diharapkan melalui program seperti ini, bukan sahaja dapat membantu meringankan beban keluarga pelajar tetapi juga memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan yang berkualiti dan
berdaya saing.

Sebelum itu, Yayasan Wilayah Persekutuan bersama-sama kakitangan Maybank turut memberikan sumbangan Bantuan Awal IPT kepada 27 pelajar dari Wilayah Persekutuan Labuan.

Leave a comment