KEMPEN MYDIN ‘BANGGA BUATAN LOKAL’ PERTINGKATKAN JUALAN & PROMOSI PRODUK TEMPATAN

Majlis pelancaran kempen tersebut telah disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Senator Dr. Hajah Fuziah Salleh.

Credit: MYDIN FB

Pelbagai promosi barangan dan aktiviti menarik turut ditawarkan sepanjang kempen berlangsung bagi meningkatkan jualan dan mempromosi produk keluaran tempatan.

Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin,

“ Kami di MYDIN amat mengutamakan pemilihan produk tempatan bagi bantuan kotak makanan untuk program-program tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan. Di samping itu juga, MYDIN melalui inisiatif MYDIN Prihatin turut menyumbang baucar tunai bernilai RM500 kepada 40 peniaga kecil sebagai bantuan kewangan bagi perniagaan mereka”.

Bagi menambah kemeriahan, Karnival Jualan ‘Bangga Buatan Lokal’ turut berlangsung pada 19 sehingga 22 Disember 2024 di MYDIN USJ bagi memberi peluang kepada usahawan-usahawan tempatan membuka reruai jualan bagi mempromosi dan memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai.

Turut berlangsung pada 20 Disember, Seminar Keusahawanan ‘Bangga Buatan Lokal’ yang membariskan tokoh usahawan yang telah berjaya bagi berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada usahawan-usahawan baharu untuk kekal berdaya saing dan menjadi usahawan yang berilmu.

Dalam majlis pelancaran tersebut, MYDIN turut melancarkan lagu korporat baharu berjudul ‘Di Mata Dunia’ ciptaan komposer Amirah Ali dan penulis lirik Shah Shamshiri yang dinyanyikan penyanyi terkenal tanah air Ayu Damit.

Orang ramai boleh melayari laman media sosial rasmi MYDIN Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen yang sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2024.

Leave a comment