
Meskipun nama beliau agak baru, tetapi sebenarnya beliau sudah lama berkecimpung dalam dunia nyanyian, memandangkan beliau mula menyanyi sejak usia 13 tahun.

Antara kejayaan yang pernah dirai oleh beliau adalah:
- Dinobat sebagai Naib Juara dalam Pertandingan Bintang Nostalgia Klasik Nasional RTM 2009
- Juara Bintang Klasik RTM 2010, menjadi wakil bagi Negeri Selangor
- Berjaya melepasi Stage 3 dalam uji bakat Sinaran Passport Kegemilangan Akademi Fantasia 3 & 4
- Mengikuti uji bakat Mentor Otai
- Menyertai pelbagai Pertandingan Nyanyian peringkat Negeri dan Daerah

Mengenang kembali pertemuan dengan Allahyarham S.Atan, Soma mengenali Allahyarham sewaktu menyertai pertandingan anjuran Radio Klasik RTM, kemudian ditemukan semula oleh Tuan Haji Mohamed Saleh sewaktu Konsert Makan Malam Amal Legends di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur.

Di malam konsert amal tersebut juga, Soma diperkenalkan dengan Penerbit Lagu, Belle Fatah yang juga adik kepada Allahyarham S.Atan, dan beliau diperdengarkan lagu-lagu baru di telefon bimbitnya. Memandangkan pernah berjumpa dan membuat persembahan bersama sebelum ini, Belle menyatakan hasrat untuk merakamkan lagu bersamanya untuk dimuatkan ke dalam album SOMA.
Bagi lagu berjudul Curahan dan Dugaan, ia pernah dirakamkan pada tahun 1996 namun terhenti atas sebab tertentu. Namun kini, setelah melalui proses penggubahan semula dan mengikut susunan arus muzik, oleh Belle Fatah maka terhasil album ‘Perjalanan’, hasil gabungan ciptaan kedua-dua adik beradik komposer ini.
Manakala, 2 lagu berjudul ‘Kerlipan Langit Lebaran (lagu raya) dan Bisikkanlah Kekasih telah sedia untuk dibuat rakaman, namun tidak sempat dirakamkan, tetapi akan diteruskan bagi menyambung legasi karya seni beliau dan menjadikannya antara lagu-lagu terakhir yang terkandung di dalam Album Soma.
Soma berharap album ini mendapat tempat di kalangan peminat terutamanya yang meminati hasil ciptaan Allahyarham S.Atan.
Maklumat mengenai Album ‘Perjalanan’ :-
⦁ Komposer: Datuk S.Atan
Lagu:-
⦁ Perjalanan (lirik oleh Soma)
⦁ Memori Bulan Disember (lirik oleh Siso Kopratasa)
⦁ Bebaskan Aku (Lirik oleh Siso Kopratasa)
⦁ Komposer: Belle Fatah, Ciptaan asal: Din J
Lagu:-
⦁ Curahan (Lirik oleh Din J, Soma)
⦁ Dugaan (Lirik oleh Din J, Soma)
Penerbit: BELLE FATAH
Penerbit Eksekutif: ROSMAH

Leave a comment