KEMERIAHAN “PROSSSPERITY.TOGETHER” DIRASAI DI PAVILION BUKIT JALIL

Namun, sambutan Tahun Baru Cina kali ini turut menyaksikan Kejohanan Tarian Singa Malaysia 2025, yang telahpun berlangsung sehingga 5 Januari 2025, lalu, di PIAZZA.

Acara berprestij ini menampilkan 50 pasukan elit dari Malaysia dan luar negara, yang mempersembahkan rutin tarian singa yang mengagumkan dalam merebut gelaran juara.

Acara ini turut mempamerkan bakat dan tradisi adat, memberi pengunjung peluang istimewa menyaksikan persembahan tarian singa bertaraf dunia dan menjadikan Pavilion Bukit Jalil berbeza daripada destinasi beli belah yang lain.

Suasana meriah di pusat beli-belah ini semakin menyerlah dengan kehadiran beberapa kedai baharu yang menarik, antaranya:

  • The Colorist
  • Top Toy
  • ChaPanda
  • Beneunder
  • Plan.B Studio
  • Nong Geng Ji Hunan Cuisine (tidak halal)

Kedai-kedai ini menawarkan pelbagai tawaran menarik, daripada fesyen kontemporari dan produk gaya hidup hingga ke masakan asli, menjadikannya tempat yang terbaik untuk membeli-belah sempena menyambut kedatangan Tahun Baru Cina.

Raikan kegembiraan yang tiada tandingan dengan watak-watak kegemaran ramai Disney yang bersatu dengan tradisi Tahun Baru Cina.

Ruang legar utama Pavilion Bukit Jalil dihias menjadi tarikan yang menarik, dipenuhi dengan dekorasi yang memukau, pelbagai momen menggamit memori dan kenangan istimewa yang tidak dapat dilupakan.

Nantikan lebih info mengenai kolaborasi menarik ini, yang pastinya membawa sentuhan kegembiraan kepada sambutan Tahun Baru Cina anda!

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi Sambutan Tahun Baru Cina 2025 Pavilion Bukit Jalil:

Jadikan Pavilion Bukit Jalil destinasi anda pada Tahun Baru Cina ini dan cipta detik-detik indah yang tidak dapat dilupakan!

Leave a comment