
Terkenal dengan fesyen dan gaya ceria serta penuh warna. Balabala menggabungkan gaya, kualiti dan keselesaan dalam koleksi pakaian, kasut dan aksesori yang direka khas bagi bayi dan kanak-kanak sehingga usia 12 tahun.

Majlis pelancaran telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (Retail), Pavilion Kuala Lumpur, Datuk Joyce Yap, Pengurus Negara Balabala Malaysia, Ng Jun Hong, Pengurus Operasi Balabala Malaysia, Water Tan, tetamu-tetamu jemputan khas dan wakil dari Pavilion Kuala Lumpur.

Menurut Kevin Zhong, Naib Presiden Kumpulan Semir,

“Di Balabala, kami percaya setiap kanak-kanak adalah unik, maka fesyen kanak-kanak kami lenih daripada sekadar pemakaian, tetapi kanvas untuk impian dan personaliti yang menyerlah. Komitmen kami terhadap kualiti, keselesaan dan kreativiti diterapkan dalam setiap rekaan, memastikan setiap helaian pakaian menceritakan kisah tersendiri serta meraikan semangat zaman kanak-kanak. Kami teruja membawa falsafah ini ke Malaysia dan tidak sabar untuk mencipta dunia penuh keseronokan, ekspresi diri dan imaginasi untuk kanak-kanak bersama keluarga.
Malaysia merupakan pasaran dinamik dan berkembang pesat bagi fesyen kanak-kanak, menjadikannya lokasi ideal untuk strategi perumbuhan serantau Balabala seiring usaha kami mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara. Kedai kami di Pavilion Kuala Lumpur merupakan pengenalan kepada Balabala dan kami yakin keluarga disini akan menerima visi jenama kami dalam mencipta pakaian bergaya, selesa dan menyeronokkan.
Dalam beberapa tahun akan datang, kami merancang untuk mebuka lebih banyak cawangan di seluruh negara, membuktikan komitmen kami dalam menawarkan pakaian kanak-kanak yang berkualiti tinggi dan direka dengan penuh teliti untuk kelurga di Malaysia. Fokus kami adalah membawa inovasi kepada fesyen kanak-kanak sambil memenuhi keperluan pelbagai pelanggan tempatan”
Sempena pembukaan kedai ini, dari 10 hingga 26 Januari 2025, dengan setiap perbelanjaan di bawah, pelanggan akan menerima rebat:
- Berbelanja RM188, akan menerima rebat segera sebanyak RM28
- Berbelanja RM288, akan menerima rebat segera sebanyak RM48
- Berbelanja RM368, akan menerima rebat segera sebanyak RM68
Antara koleksi utama Balabala adalah:

BalaT-koleksi T-shirt yang menggabungkan keseleseaan bersama gaya. Diperbuat daripada kain yang menyerap kelembapan yang superior, sifat pengeringan pantas, dan sentuhan sejuk, menjadikannya pilihan sempurna bagi kanak-kanak aktif.
Dress-koleksi gaun dengan rona terang dan elegan direka untuk menjadkan setiap gadis merasa istimewa apabila dipakai dalam majlis keramaian.
Koleksi IP-Balabala bekerjasama dengan jenama ikonik seperti Ultraman dan Disney untuk menghidupkan watak-watak kesayangan melalui fesyen.
Dengan pelancaran ini juga, diharapkan keluarga di Malaysia dapat menroka keunikan Balabala yang menggabungkan gaya serta rekaan yang memberi inspirasi kepada kanak-kanak agar lebih yakin mengekspresikan diri dalam menikmati pengemnbaraan harian-harian mereka.

Leave a comment