
Pelantikan Ustaz Don Daniyal ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi usaha Alkhair Malaysia dalam memperkenalkan organisasi secara lebih meluas melalui peranan Duta, meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aktiviti kemanusiaan dan menyampaikan mesej kebaikan kepada komuniti tempatan dan antarabangsa.

Sebagai simbolik pelantikan ini, satu sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan serta disempurnakan oleh Ustaz Azfar Abdullah, Pengerusi Alkhair Malaysia, bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, Duta Kebaikan Alkhair.

Majlis ini dijangka memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi visi dan misi dalam menyebarluaskan mesej kebaikan serta memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk terlibat dalam inisiatif kebajikan.
Pertubuhan Al-Khair Malaysia adalah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada 2024. Objektif penubuhan ini adalah bagi membantu kerja kebajikan dan misi kemanusiaan di dalam Malaysia dan luar negara.

Leave a comment