
Menurut Presiden dan Pengasas Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf MALAYSIA, (Insaf Malaysia), Ishak Abdul Kadir,

“Beberapa tahun terakhir sebelum Covid-19, Insaf Malaysia berjaya mengumpul 15 tan beras. Bila terjadinya pandemik, kami sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi dan terpaksa berhenti. Cadangnya, saya nak mulakan tahun lepas tetapi kena tunggu lagi sebab arahan masa Pandemik tidak membenarkan buat benda-benda itu. Namun, saya buat juga secara kecil-kecilan. Akhirnya tahun ini Insaf Malaysia bercadang memulakan semula dan akan diperluaskan lagi kutipan”
Objek utama program dibahagikan kepada TIGA kelompok iaitu:
- Satu pertiga beras untuk Program Dapur Insaf
- Satu pertiga untuk sekolah
- Satu pertiga untuk OKU, warga emas dan lain-lain
“Untuk Dapur Insaf, kita akan memasak untuk peljar sekolah dari Isnin hingga Jumaat dalam kuantiti 200 hingga 250 pelajar dari golongan anak yatim. Ia adalah program makan tengah hari dan kami akan beri mereka makan sebelum aktiviti kokurikulum dan sekolah agama. Dapur Insaf ini terletak di Taman Seputih bagi kawasan KL manakala Setiawangsa bagi kawasan Gombak, Ampang dan Pandan.
Jadi satu pertiga daripda kutipan beras adalah untuk kegunaan Dapur Insaf. Untuk sehari kami sediakan makan untuk 750 orang di lokasi-lokasi itu. Program SBSK yang diadakan di sekolah pula menyediakan makan tengah hari dan memberi foodbank barangan makanan seperti beras 10kg, minyak masak, kicap dan barangan lain.
Ikutkan sasaran, mungkin tahun ini akan digandakan kutipan, maknanya 30 tan. Jadi kutipan mesti dalam 30,000 kg. Saya harapkan kutipan ini dapat diberikan kepada tiga dapur di KL, Selangor dan Pulau Pinang. Manakal tiga pusat kutipan terletak di Taman Seputih, Taman Setiawangsa dan Perda, PP. Mereka yang berminat boleh drop-off beras di lokasi yang diberikan. Tukis nama dan nombor telefon untuk ditunjukkan bukti pemberian menerusi Whatsapp”
Selain menghantar sendiri, Insaf Malaysia memudahkan urusan melalui pindahan wang menerusi QR COde akaun Maybank Insaf Malaysia (562188306090).
“Semua kutipan akan dicatat untuk pelepasan cukai dan audit. Kutipan beras bermula dari seberat 5kg”
Insaf Malaysia turut mengadakan kerjasama dengan IRAMA Entertainment Komuniti Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) bagi membanu golongan masyarakat termasuk penggiat seni.

“Kami akan menandatangani MoU dengan Presiden IRAMA, Ayob Abdul Majid dan akan memberikan 40 hingga 50 kampit beras bergantung kepada kutipan untuk mereka agihkan pada golongan sasaran. Kami akan buat kutipan sampai Hari Raya memandangkan setiap bulan Insaf Malaysia ada program termasuk bulan puasa menyediakn makanan berbuka, bubur lambuk dan banyak lagi”

Leave a comment