
Di samping itu, MYDIN turut meneruskan kerjasama dengan 53 rakan pembekal bagi mengumpul dana sasaran sebanyak RM300,000 melalui pembelian produk jenama terlibat.

Dana terkumpul tersebut akan disumbangkan kepada golongan yang memerlukan melalui program tanggungjawab sosial korporat tahunan MYDIN Prihatin.

Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin,
“Kita sedia maklum cabaran kewangan isi rumah terutamanya selepas musim persekolahan, justeru itu, diharap tawaran penjimatan ini membolehkan masyarakat mendapat pilihan barangan dengan harga yang rendah bagi membuat persiapan perayaan”.

Menerima sambutan hangat pada tahun lepas, MYDIN sekali lagi menganjurkan program Iftar Sinar MYDIN 2025 dengan kerjasama Sinar Harian dan rakan-rakan pembekal.
Sebanyak sembilan lokasi cawangan MYDIN terlibat di seluruh negara termasuk Subang Jaya (Selangor), Seremban (Negeri Sembilan), MITC (Melaka), Mutiara Rini (Johor), Meru Raya (Perak), Bukit Mertajam (Pulau Pinang), Jengka (Pahang) , Tunjong (Kelantan) dan Petra Jaya (Sarawak).
Bagi memberi penjimatan, pengguna e-dompet terlibat iaitu Atome, MYDINPay, MYDIN PayFlex dan Shopback berpeluang menikmati pulangan tunai sehingga RM150,000, diskaun barangan dan pelbagai lagi. Tawaran ini bermula 21 Februari sehingga 30 Mac 2025.
Selain itu, MYDIN dengan kolaborasi Ambi Pur dan Febreze turut menganjurkan peraduan ‘Balik Kampung Macam VIP’ di mana pelanggan yang membeli produk tersebut bernilai serendah RM20 di mana-mana cawangan MYDIN berpeluang memenangi perjalanan pulang ke kampung dengan kereta premium.

Turut berlangsung sepanjang Ramadan, MYDIN dengan kerjasama rakan pembekal antaranya 100 Plus, Adabi, Bestari, Faiza, Gas Malaysia, Hayati, Jati, Kawan, Khalis, MyRasa dan Ramly turut akan mengagihkan 45,000 bekas bubur lambuk di cawangan terlibat.
Kempen ‘Excited Raya’ berlangsung dari 1 Februari sehingga 30 April 2025.
Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN Malaysia di www.mydin.my

Leave a comment