
Pavilion Bukit Jalil telah bertukar menjadi lokasi perayaan yang serba meriah, dihiasi dengan dekorasi tradisional, reruai barangan perayaan, serta persembahan kebudayaan yang membangkitkan pesona sambutan Raya.

Ditambah lagi dengan kolaborasi bersama adiwira kegemaran Malaysia, BoBoiBoy, membawa keceriaan berpanjangan sepanjang musim perayaan ini.
Pengunjung boleh menantikan detik-detik menggembirakan serta peluang bertemu BoBoiBoy di Kokotiam di Centre Court sepanjang Ramadan dan Raya ini. Pelbagai aktiviti interaktif seperti sesi meet-and-greet, persembahan pentas, dan aktiviti menarik turut disediakan bagi memeriahkan suasana Raya di Pavilion Bukit Jalil.

Sebagai sebahagian daripada semangat Kemeriahan Bersama, Pavilion Bukit Jalil turut membawa keceriaan dan menjalani aktiviti kebajikan dengan meraikan 100 orang kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Dan Penjagaan Nur Hidayah.

Mereka menerima beg saguhati dan Duit Raya, melambangkan komitmen pusat beli-belah ini dalam menyumbang kepada komuniti serta memupuk nilai keterangkuman dan kemurahan hati.

Melalui inisiatif penuh keikhlasan ini, Pavilion Bukit Jalil memastikan bahawa kanak-kanak kurang bernasib baik turut merasai keterujaan dan kemeriahan Raya.
Istimewa kepada pengunjung yang berbelanja RM100 ke atas dalam satu resit, mereka berpeluang untuk bergambar bersama BoBoiBoy, menjadikan pengalaman ini istimewa kepada para peminat dari pelbagai peringkat umur.
Selain itu, persembahan tradisional mingguan seperti Persembahan Instrumental Ghazal dan Orkes Melayu Singing Band akan membawa pengunjung menyelami kekayaan warisan sambutan Raya melalui alunan muzik dan tarian yang menawan.
Bagi pengunjung cilik, remaja mahupun dan pemain trading card, Pavilion Bukit Jalil akan menganjurkan kejohanan permainan trading card No.1 di Malaysia, MONSTA GALAXY CARD, pada 15-16 Mac dan 22-23 Mac 2025. Kejohanan istimewa bertemakan Raya ini mengajak para peserta untuk bersaing dalam pertempuran kad yang penuh keseronokan.
Pavilion Bukit Jalil juga baru-baru ini telah menganjurkan sesi Meet & Greet eksklusif bersama Li-Ning serta majlis iftar bersama duta jenama mereka, termasuk Tan Boon Heong & Ong Yew Sin (Badminton), Ting Chun Hong & Kyle Hiew (Bola Keranjang), dan Welson Sim (Renang). Majlis iftar ini memberi peluang kepada para peminat untuk berbuka puasa bersama personaliti kegemaran mereka diserikan lagi dengan kehadiran selebriti tempatan seperti Asrulnizam Kadir, Zati Nizam, Hasnida Hanim, Farah Nabilah, dan Zaquan Adha.
Bagi menambahkan pengalaman terbaik membeli-belah sempena perayaan ini, pengunjung yang berbelanja RM150 dan ke atas boleh menebus 1 pek sampul Raya eksklusif yang hadir dalam dua rupa istimewa: pek sampul edisi Kemeriahan Bersama Raya atau pek sampul edisi BoBoiBoy.
Pembeli yang berbelanja RM400 ke atas akan menerima satu set alat tulis BoBoiBoy dan 1 pek sampul pilihan mereka, manakala mereka yang berbelanja RM800 dan ke atas boleh menebus satu set bekas makanan BoBoiBoy bersama 1 pek sampul Raya pilihan mereka. Selain itu, ahli Pavilion Privileges yang berbelanja RM800 ke atas akan menerima flask eksklusif sebagai sebahagian daripada ganjaran penebusan mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Pavilion Bukit Jalil, www.pavilion-bukitjalil.com

Leave a comment