“RHYMBA RAYA” INTERMARK MALL GABUNG TRADISI RAMADAN BERSAMA ALAM SEMULA JADI

Pembeli juga boleh menikmati persembahan budaya Melayu yang menampilkan keindahan seni tradisional untuk pengalaman perayaan yang mengasyikkan.

Untuk menambah sentuhan bermakna kepada sambutan ini, Intermark Mall dengan bangganya meneruskan kerjasama dengan pereka fesyen terkenal, Carven Ong, bagi menghidupkan semula fabrik terpakai yang dikumpul daripada perayaan Vintage Lunar Splendour yang lalu.

Fabrik-fabrik ini dikitar semula untuk dijadikan beg mesra alam yang bergaya dan berkekalan – gabungan unsur fesyen dengan kelestarian. Beg yang dihasilkan dengan penuh ketelitian ini akan dijual sepanjang bulan ini, di mana hasil jualan akan disalurkan kepada usaha pemuliharaan alam sekitar serta komuniti kurang bernasib baik.

Dalam usaha memperjuangkan warisan dan kelestarian, Intermark Mall turut berkolaborasi dengan Yayasan Tuanku Nur Zahirah bagi meningkatkan kesedaran serta penghargaan terhadap seni tenunan songket yang begitu halus dan bernilai tinggi.

Sebuah weaving loom tradisional yang dikenali sebagai kek akan dipasang untuk demonstrasi tenunan secara langsung dan kelas interaktif yang dikendalikan oleh penenun profesional akan diadakan supaya pengunjung dapat menyelami keindahan seni kraf yang berusia ratusan tahun ini.

Pengunjung juga digalakkan untuk memiliki hasil tenunan songket yang eksklusif ini sebagai kenangan atau hadiah istimewa. Setiap pembelian bukan sahaja menyokong kelangsungan hidup para penenun tradisional tetapi juga membantu memelihara warisan berharga Malaysia. Hasil kraf unik yang dibuat dengan tangan ini akan tersedia untuk pembelian sepanjang tempoh perayaan.

Bagi menyemarakkan lagi semangat memberi dan berkongsi rezeki, Program Rezeki Ramadhan dengan kerjasama AmanahRaya akan menyebarkan kegembiraan kepada anak-anak yatim serta komuniti setempat melalui pengagihan bubur lambuk kepada 2,000 penerima. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuhkan semangat kebersamaan dan kasih sayang sepanjang bulan Ramadan yang penuh berkat.

Pembeli di Intermark Mall juga akan menikmati ganjaran eksklusif sepanjang sambutan Rhymba Raya. Dengan perbelanjaan RM250 dalam maksimum dua resit, pengunjung boleh menebus satu set sampul Raya edisi terhad. Sementara itu, mereka yang berbelanja RM450 boleh menebus baucar makanan dan minuman bernilai RM20 untuk menikmati hidangan lazat daripada penyewa terpilih. Sebagai kejutan istimewa, pembeli dengan jumlah perbelanjaan tertinggi berpeluang memenangi hadiah menarik, termasuk penginapan di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur berserta sarapan percuma yang bernilai lebih RM500.

Sambutan Raya bukan sekadar masa untuk perayaan, tetapi juga saat untuk penghargaan dan berkongsi rezeki. Dengan gabungan budaya, kelestarian alam sekitar, dan semangat kemasyarakatan, Rhymba Raya di Intermark Mall menjanjikan pengalaman yang benar-benar bermakna dan tidak dapat dilupakan untuk semua pengunjung.

Leave a comment