GAYA PENATAAN DARI MAGHRIBI JADI INSPIRASI SAMBUTAN RAMADAN & RAYA DI SURIA KLCC

Manakala kubah tertutup pula menarik perhatian apabila ia dihiasi dengan unjuran interaktif yang menakjubkan., manakala Tanglung Maghribi memancarkan corak pencahayaan yang mempesona ditambah pula dengan lengkungan tradisional yang megah menghidupkan suasana halaman istana yang indah.

Di Esplanade KLCC pula, lengkungan Moorish yang besar berdiri megah dengan pencahayaan interaktif, menawarkan latar belakang yang menarik bagi mereka yang ingin merakam detik indah sempena sambutan Hari Raya.

“Sempena Hari Raya ini, kami berbesar hati untuk mempersembahkan satu sambutan yang bukan sahaja memukau dengan keindahannya tetapi juga menggalakkan perpaduan, kemurahan hati dan kegembiraan. Kami mengalu-alukan semua untuk bersama-sama meraikan musim penuh makna ini,” kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Irama Tradisional dan Persembahan Memukau

Alunan irama Maghribi yang memikat bergabung bersama rentak muzik tradisional Melayu bergema di persekitaran pusat beli-belah ini melalui siri persembahan Tradisional Raya Tunes, menampilkan gitar Oud Arab dan gendang Maghribi. Pengunjung boleh menikmati persembahan ini di Centre Court pada 30 Mac dan 1 April.

Menambah kemeriahan, ’A Raya Dance Spectacle’ akan menghidupkan Centre Court dengan tarian bertemakan Maghribi. Penari dalam kostum Maghribi akan mempersembahkan tarian yang menggabungkan elemen budaya, keanggunan dan tradisi. Jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan ini pada 29 Mac serta hari pertama Hari Raya (31 Mac).

Bengkel Kreativiti Raya
Pengunjung boleh menyertai pelbagai bengkel kreatif bertemakan Hari Raya. ’Raya Coaster Workshop’ mengajak pembeli-belah mencipta alas cawan mozek berwarna-warni sebagai kenang- kenangan, manakala ’Raya Floral Workshop’ memberi peluang untuk menghasilkan hiasan bunga yang indah untuk menyemarakkan suasana perayaan.

Ganjaran Istimewa untuk Pembeli-Belah
Suria KLCC menjadikan pengalaman membeli-belah lebih bermakna dengan ganjaran eksklusif. Pembeli yang berbelanja RM2,500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai khusus akan menerima e-Baucar RM100 dan satu set Sampul Raya Suria KLCC. Mereka yang berbelanja RM10,000 dan ke atas akan menerima e-Baucar RM300, satu set Sampul Raya Suria KLCC, serta pemegang sampul mewah.

Lebih menarik lagi, pembeli yang membeli e-Baucar Beli-belah Suria KLCC bernilai RM1,000 akan menerima e-Baucar tambahan bernilai RM100. Tawaran istimewa ini hanya untuk 50 pembeli pertama, dengan satu penebusan setiap pembeli.

Komitmen Suria KLCC terhadap Kesedaran Kesihatan Mental
Sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang terhadap kesedaran kesihatan mental, Suria KLCC menawarkan Bengkel Pembuatan Coaster Hari Raya khas kepada pembeli yang membeli ’Suria Ribbon Pin’ dengan harga RM10. Hasil jualan akan disalurkan kepada NGO yang menyokong kesihatan mental.

MESRA MALL

Di Mesra Mall, Kemaman, Terengganu, kempen Hari Raya berlangsung dari 7 Mac hingga 8 April dengan dekorasi bertemakan Maghribi yang megah.

Pelbagai persembahan budaya dan bengkel kreatif menanti pengunjung. Persembahan muzik Gamelan dan tarian tradisional akan berlangsung pada tarikh terpilih sepanjang Mac.

Pembeli juga boleh menikmati pengalaman “Berbuka Puasa di Taman” di Courtyard dengan suasana piknik setelah membuat pembelian minimum dua tin minuman F&N dalam satu resit di Food Court.

Sebagai ganjaran untuk pembeli, mereka yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit di kedai khusus akan menerima set balang kuih eksklusif dan Sampul Raya.

Untuk info lanjut dan terkini, layari:
⦁ Suria KLCC – ⦁ www.suriaklcc.com.my / ⦁ www.facebook.com/SuriaKLCCMall
⦁ Mesra Mall – ⦁ www.mesramall.com / ⦁ www.facebook.com/MyMesraMall

Leave a comment