ALAMANDA RAI ANAK YATIM DARI YAYAKEM SEMPENA SAMBUTAN AIDIL FITRI

Anak-anak yatim ini berpeluang menikmati pengalaman membeli persiapan raya dengan memilih sendiri pakaian dan kasut raya baharu yang ditaja oleh rakan niaga Alamanda seperti Bata. Majlis ini menjadi lebih istimewa apabila mereka turut menerima sumbangan duit raya daripada Alamanda dan TUCZ.

Anak-anak YAYAKEM ini turut diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama media, tetamu kehormat dan pihak pengurusan Alamanda.

Menurut Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd,

“Sebagai pusat beli- belah utama di Putrajaya, Alamanda memainkan peranan penting dalam memupuk semangat prihatin dan kebersamaan dalam komuniti. Melalui inisiatif seperti ini, kami berharap dapat menyuntik sinar keceriaan kepada mereka yang kurang berkemampuan, terutamanya kanak- kanak yang tidak berpeluang menikmati suasana Ramadan dan Syawal seperti rakan sebaya mereka.”

Encik Muhammad Hanafi Jalalludin, Naib Yang Dipertua YAYAKEM turut meluahkan rasa terima kasih atas inisiatif ini yang membolehkan anak-anak yayasan itu menikmati sambutan Aidilfitri yang lebih bermakna tahun ini.

Selain program CSR, Alamanda turut menghidupkan kempen Hari Raya 2025 dengan hiasan bertemakan Maghribi yang menampilkan rona biru diraja dan emas di Centre Court. Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan tarian Zapin dan Tarian Arab pada hujung minggu serta aktiviti ‘Moroccan Glass Painting’ untuk ahli VIKids.

Sebagai tambahan, pengunjung yang berbelanja RM700 dan ke atas akan menerima satu set Sampul Raya dan balang kuih kaca, manakala pembelian RM1,500 dan ke atas akan menerima tambahan e-Baucar Alamanda bernilai RM50.

Kempen ini turut menyokong kesedaran kesihatan mental melalui jualan ‘Green Ribbon Pin’ yang boleh didapati sepanjang tempoh promosi.

Untuk info lanjut dan terkini, layari www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre.

Leave a comment