
Kempen ini bukan sahaja menekankan kelazatan hidangan Aidilfitri, tetapi juga emosi dan kenangan yang mengiringi suasana perayaan iaitu suka atau duka, segalanya adalah ‘rasa’ yang wajar dihargai dan diraikan.

SINOPSIS FILEM

‘Nas Si Goreng’ mengisahkan perjalanan Anas, seorang pemuda yang membesar menyaksikan ibunya memasak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Namun, selepas pemergian ibunya, Anas menghadapi kesukaran menerima kehilangan tersebut sehingga dia mula “menggoreng cerita” untuk mengisi kekosongan dalam hatinya.
Kisah ini mengajak penonton menelusuri perjalanan emosi Anas dalam menerima kehilangan, mengubati kesedihan dan menyedari kepentingan meneruskan warisan ibunya – mengabadikan memori insan tersayang melalui masakan.
Filem pendek ini menampilkan barisan pelakon seperti Fadhli Masoot sebagai Anas, Nabila Huda sebagai Anisa dan Liza Abdullah sebagai ibu.
Filem ini mengangkat tema kenangan, kasih sayang dan penyembuhan, seiring dengan semangat “SAJI Rayakan Rasa” – bahawa setiap rasa, sama ada di lidah atau di hati, membawa makna yang menyatukan dan mencipta kenangan Aidilfitri yang abadi.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR): SAJI SEIKHLAS HATI

Sebagai jenama yang dekat di hati rakyat, SAJI meneruskan komitmen kepada masyarakat menerusi program CSR SAJI Seikhlas Hati.
Dalam masa yang sama, SAJI telah meraikan 20 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Al Haq Malaysia serta menyerahkan sumbangan Aidilfitri bernilai RM300 dan hamper produk SAJI & SERI PELANGI bernilai RM50 setiap seorang. Sumbangan ini bertujuan untuk membawa kegembiraan dan menceriakan sambutan Aidilfitri bagi golongan yang memerlukan.

Usaha berkongsi rezeki dari pihak SAJI ini adalah sebahagian dari Program SAJI Seikhlas Hati yang bukan sekadar usaha bermusim, tetapi satu inisiatif berterusan yang mencerminkan komitmen SAJI dalam menyumbang kepada masyarakat.
Sejak 2023, program ini telah memberi manfaat kepada hampir 3,000 golongan asnaf di seluruh negara.
Februari lalu, SAJI menjalankan program “Back to School” di Giant Bandar Kinrara, membantu 80 pelajar asnaf di Lembah Klang dengan kelengkapan persekolahan bagi sesi 2025.
Menjelang Aidilfitri ini, SAJI akan membantu 200 golongan asnaf di Kuantan, Pahang dan menyumbangkan kos pemulihan sebanyak RM10,000 bagi membaik pulih rumah seorang mangsa ribut.
KOLABORASI BERSAMA HOTEL SERI PACIFIC & SERAI GROUP
Untuk memperkasakan lagi kempen SAJI Rayakan Rasa 2025, SAJI mempersembahkan dua kolaborasi eksklusif yang memperkukuh keterlibatan jenama bersama rakan industri F&B dan hospitaliti tempatan:
- SERI PACIFIC – 18 Video Resipi Eksklusif Bersama Chef Terkemuka
Inspirasi Citarasa Ramadan, satu siri istimewa yang menampilkan 18 resipi menarik hasil air tangan chef terkemuka dari Hotel Seri Pacific. Menggunakan produk berkualiti SAJI, resipi-resipi ini diinspirasikan untuk juadah berbuka dan sahur sepanjang Ramadan. Siri ini boleh ditonton di semua platform media sosial rasmi SAJI dan Seri Pacific – Facebook, Instagram dan TikTok. - Kerjasama Eksklusif SAJI x Serai
Menghidupkan Citarasa Tempatan Menawarkan pengalaman menjamu selera yang lebih BERMAKNA dan dekat di hati rakyat Malaysia. Sebagai sebahagian daripada kempen ini, dua pemenang bertuah akan menikmati jamuan rumah terbuka eksklusif di Restoran Serai bernilai RM4,000.
Kolaborasi ini akan terus diperluaskan melalui kempen SAJI Setitis Minyak, Sejuta Senyuman, di mana kehadiran jenama SAJI diperkukuhkan di dunia gastronomi tempatan. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, SAJI akan mendapat paparan eksklusif di beberapa “point of sale” di semua cawangan Restoran Serai, memastikan jenama ini terus dekat di hati para penggemar makanan.
PENCAPAIAN SAJI 25 TAHUN
Diperkenalkan pada tahun 2000, SAJI telah menjadi lebih daripada keperluan di dapur. Ia merupakan sebahagian daripada rumah, simbol tradisi, dan bahan masakan yang dipercayai.
Dengan sokongan pengguna, jenama SAJI kini telah menerajui pasaran minyak masak tempatan dengan kekal sebagai pilihan minyak masak no 1 di Malaysia.
Produk SAJI juga telah berkembang daripada hanya minyak masak berasaskan sawit kepada pelbagai rangkaian produk kulinari seperti krimer, santan, ketupat, kerisik, dan pelbagai lagi. SAJI sentiasa berdaya saing dan terus berinovasi untuk memastikan jenama SAJI terus menjadi Teman Kulinari rakyat Malaysia.
Produk SAJI bukan sahaja dihasilkan dengan kualiti terbaik, patuh terhadap Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 tetapi juga dijamin Halal, menjadikannya pilihan utama dalam penyediaan setiap hidangan.
Minyak masak SAJI dan produk-produk berasaskan sawit turut dieksport ke 13 negara lain antaranya Vietnam, Kazakhstan, Pakistan, Afghanistan, Bangladesh, Korea, Panama, Kanada, Djibouti, Algeria, Senegal, Thailand dan Turki.
Antara pengiktirafan yang dirangkul SAJI antaranya adalah:
- Menjadi antara minyak masak terawal di Malaysia yang mendapat persijilan MSPO.
- Reader’s Digest Trusted Brands Platinum Award 2024
- Kantar Brand with Most Incremental Shoppers in 2023
- Expert Choice Award – Top 10 Raya TVC 2023
- Kancil Awards 2024 – Gold Award in Best Malay Copywriting, Content Writing & Scriptwriting (SAJI Minyak Maaf)
- Kancil Awards 2025 – Silver Award in Film (Online) Single, Bronze Award in Best use of Cultural Insight in Film & Branded Content, Film Direction (Single), Best Malay Copywriting, Content Writing & Scriptwriting (Single)
- Giant Supplier of The Year 2022
- Fastest Growing Brand of the Decade 2022
- Best Brands Sustainable Business & Brands Inspiring Achievement Award
- Reader’s Digest Trusted Brands Gold Award 2022
- SME 100 Sustainable Brand Award 2021
PERADUAN SAJI RAYAKAN RASA & TONTON NAS SI GORENG
Pada tahun ini, kempen SAJI Rayakan Rasa ini turut membawakan Peraduan Istimewa, di mana pengguna berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM50,000. Untuk menyertai, pengguna hanya perlu membeli produk SAJI, SERI PELANGI, atau PREMEO bernilai RM25 ke atas dan menghantar bukti pembelian melalui WhatsApp ke +6011-5118 3825.
Untuk menonton filem pendek ‘Nas Si Goreng’ dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kempen SAJI Rayakan Rasa, ikuti SAJI di platform media sosial @sajimalaysia – Facebook, Instagram, TikTok, dan YouTube.

Leave a comment