41 KARYAWAN DIIKTIRAF DALAM PERTANDINGAN SENI MR D.I.Y 2025

Kini memasuki tahun keempat penganjurannya, pertandingan tahunan ini dianjurkan oleh Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad, peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, dengan kerjasama cabang amalnya, Yayasan MR D.I.Y. Hasil karya 41 karyawan tempatan telah diiktiraf dalam majlis penyampaian hadiah yang berlangsung hari ini di KEN Gallery, Menara KEN TTDI. Lebih RM200,000 hadiah wang tunai telah disampaikan, termasuk RM30,000 dan RM10,000, masing-masing untuk pemenang Hadiah Utama dalam kategori Awam dan Institusi Pendidikan.

Mengulas mengenai inisiatif ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y., Adrian Ong berkata,

“Pertandingan Seni MR D.I.Y. meraikan keupayaan seni untuk mencetuskan pemikiran, menghubungkan komuniti dan menginspirasi perubahan. Tema tahun ini, ‘Identiti dan Kepelbagaian,’ menggalakkan karyawan untuk meneroka identiti peribadi dan kolektif dalam masyarakat global masa kini. Kami berharap karya-karya ini mampu menginspirasi rakyat Malaysia untuk meraikan perbezaan, menghargai kisah yang dikongsi bersama, dan memandang dunia dengan empati yang lebih mendalam.”

Beliau turut menambah bahawa sebagai peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, MR D.I.Y. berbangga dapat menyokong bakat tempatan dengan menyediakan platform yang bermakna untuk mereka berkongsi idea, kisah dan kreativiti masing-masing.

Tahun ini juga menyaksikan perluasan pertandingan tersebut ke peringkat serantau buat pertama kalinya. Pemenang peringkat kebangsaan yang diumumkan hari ini akan mewakili Malaysia di pentas serantau, menawarkan platform yang lebih besar dan pendedahan di peringkat antarabangsa.

“Kami amat teruja untuk mengorak langkah ini kerana ia membolehkan para karyawan kita menyerlah dan menerima penghargaan di peringkat serantau. Peluang ini amat besar ertinya kepada para karyawan di seluruh Asia dan merupakan salah satu cara kami menambah nilai kepada komuniti di mana kami beroperasi.” kata Ong. “

Hadiah Utama Kategori Awam

  • Mohd Al-Khuzairie Ali, 41
  • Karya “In the Mood of Love, Time and Memory”
  • Dengan menggunakan media campuran dan foto vintaj, Al-Khuzairie meneroka kaitan antara masa, memori dan identiti. Karya ini meraikan kepelbagaian budaya Malaysia sambil menekankan kepentingan pemeliharaan warisan dalam dunia yang sentiasa berubah. Para juri memuji karya seni tersebut kerana kedalaman emosi, lapisan tekstur, dan naratif visualnya yang kuat.

Kategori Institusi Pendidikan

  • Nasrin Nadhirah Suhaidi, 21
  • Pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak,
  • Karya “Harapan”
  • Lukisan ini menggambarkan pengalaman peribadi beliau menghadapi kehilangan semasa pandemik, termasuk pemergian ibunya, sambil memberi penghormatan kepada ketabahan dan kekuatan kolektif rakyat Malaysia. Juri menyifatkan karya ini sebagai “sangat menyentuh hati dan penuh harapan dalam kesunyian.”

Kedua-dua pemenang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM30,000 (kategori awam) dan RM10,000 (kategori institusi pendidikan). Mereka akan mara ke peringkat akhir serantau bersama pemenang Anugerah CEO dan pemenang Anugerah Pilihan Pengasas.

Barisan panel juri bagi edisi 2025 terdiri daripada:

  • Artis tersohor tempatan iaitu Encik Bingley Sim, Cik Leong Mei Yin, Encik Yap Sau Bin, dan Encik Ivan Gabriel,
  • Pengasas dan Penasihat Kumpulan MR D.I.Y., Encik Tan Yu Yeh
  • Ketua Pegawai Eksekutif, Adrian Ong.

Untuk senarai penuh pemenang edisi 2025 dan maklumat lanjut mengenai Pertandingan Seni MR D.I.Y., sila layari laman web mrdiy.com, dan media sosial di Facebook, Instagram, dan TikTok.

Leave a comment