
Pencapaian ini melibatkan lebih 30,000 pelajar dari 20 buah sekolah rendah di Lembah Klang, sekali gus menunjukkan bahawa kuasa pendidikan adalah pemacu utama kepada tindakan alam sekitar yang berkesan.

Inisiatif ini mencerminkan visi korporat Panasonic, “Create Today. Enrich Tomorrow.”, yang berteraskan komitmen jangka panjang terhadap kesejahteraan holistik untuk manusia, masyarakat dan planet, berpandukan nilai-nilai dari Jepun. Prinsip ini terus menjadi panduan dalam setiap usaha Panasonic di seluruh rantau ini.

Majlis kemuncak kempen ini diadakan di SJK (C) Yuk Chai, Petaling Jaya dihadiri oleh Encik Yusaini Salleh, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN Selangor); Encik Keisuke Nishida, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia; Encik Visut Thobpak, Pengarah Bahagian Pembuatan Bateri Kering, Panasonic Energy Thailand; Puan Lau Swee San, Pengurus Negara Panasonic Energy Malaysia; Dato’ Nigel Ng, Pengarah Jaring Metal Industries Sdn Bhd; dan Encik Robin Tan Tien Chye, Guru Besar SJK (C) Yuk Chai.

Encik Keisuke Nishida, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia berkongsi bahawa intipati utama inisiatif ini adalah cabaran alam sekitar yang mendesak – iaitu pelupusan bateri isi rumah yang tidak betul. Bateri mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh mencemarkan tanah dan air jika tidak diuruskan dengan betul. Dengan mengetengahkan isu ini melalui pendidikan dan tindakan proaktif, Panasonic berhasrat untuk membina kesedaran berpanjangan mengenai pengurusan e-sisa yang bertanggungjawab dan memupuk tabiat lestari sejak usia muda.
“Kempen ini bukan sekadar usaha kitar semula – ia tentang memperkasakan generasi baharu sebagai penjaga alam sekitar. Kami berbangga dapat melaksanakan program yang bermakna, yang menggabungkan pendidikan, tindakan dan impak. Rekod yang dicapai merupakan satu mercu tanda, tetapi pencapaian sebenar ialah menanam nilai kesedaran alam sekitar yang kekal dalam diri pelajar Malaysia,”
Sepanjang kempen ini, para pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan mendidik, direka untuk menjadikan pembelajaran alam sekitar lebih menyeronokkan dan penuh impak. Antara sorotan utama ialah Program Pertukaran Bateri, di mana pelajar menukar bateri lama dengan yang baharu – sekali gus memupuk amalan pelupusan selamat. Mereka juga menyertai bengkel interaktif yang memfokuskan kepada keselamatan penggunaan bateri, pencegahan pencemaran dan akibat sebenar daripada pengurusan sisa yang tidak betul. Menambahkan lagi keceriaan ialah kehadiran maskot Panasonic Energy yang digemari ramai, Leo, yang berjaya menyampaikan mesej inisiatif “Energy For Green Future” dengan cara yang menyeronokkan dan berkesan kepada para pelajar.
Menjana Impak Alam Sekitar Menerusi Panasonic Green Impact
Kempen “Energy For Green Future – School Recycling Campaign 2.0” ini merupakan inisiatif utama yang sejajar dengan kerangka global Panasonic Green Impact (PGI), yang menyasarkan pengurangan pelepasan CO₂ serta memupuk gaya hidup mampan secara jangka panjang.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Panasonic Energy, bahagian yang bertanggungjawab dalam pengeluaran bateri, berhasrat untuk menjadi simbol sumbangan positif terhadap alam sekitar. Aktiviti yang dilaksanakan dalam kempen ini memberi tumpuan kepada meningkatkan kesedaran dan pendidikan awam, terutamanya dalam kalangan generasi muda, mengenai kepentingan pelupusan dan kitar semula bateri yang betul. Panasonic Energy berharap dapat memupuk perubahan tingkah laku yang berpanjangan demi masa depan yang lebih lestari.
Inisiatif ini turut mercerminkan salah satu tonggak utama dalam kerangka Panasonic Green Impact yang menekankan kesedaran alam sekitar dan memacu perubahan positif dalam masyarakat. Ia mengukuhkan lagi misi luas Panasonic untuk mempercepatkan peralihan ke arah masyarakat neutral karbon menerusi jalinan kerjasama bersama pihak luar dan pembudayaan nilai kelestarian dari dalam organisasi.
“Panasonic akan terus komited untuk bekerjasama dengan organisasi mesra alam, institusi pendidikan, sektor awam dan warga kerja kami sendiri untuk memacu inovasi lestari dan memupuk budaya tanggungjawab alam sekitar di Malaysia dan seluruh rantau ini,” akhir kata Nishida.

Leave a comment