
Kempen unik oleh MYDIN ini menawarkan pelbagai ganjaran menarik serta disakun-diskaun hebat termasuk promosi seperti “Janji PWP Ditepati” dan “Manifesto Ahli Meriah” dengan nilai keseluruhan mencecah sehingga RM6.8 juta kepada rakyat Malaysia.

Menariknya, melalui kempen ini juga, pelanggan MYDIN berpeluang “mengundi” jenama-jenama kegemaran dalam suasana seakan-akan pilihan raya sebenar.
Sebanyak 26 kerusi Parlimen dan 85 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan.

Undian boleh dilakukan melalui aplikasi MYDIN Rewards dan jenama yang meraih undian tertinggi bakal bergelar YB (Yang Berharga). Undian boleh dilakukan bermula 24 Julai hingga 31 Ogos 2025.

Setiap pembelian satu unik produk jenama yang mengambil bahagian di mana-mana cawangan MYDIN akan dikira sebagai satu undi manakala dari 1 hinnga 16 September, undian boleh dilakukan secara dalam talian. melalui aplikasi MYDIN Rewards.

MYDIN turut memperkenalkan TIGA inisiatif utama iaitu;
- Ganjaran Rakyat-Pelanggan yang mengundi melalui aplikasi MYDIN Rewards dari 1 hingga 16 September 2025 berpeluang menerima baucar dan pulangan tunai melebihi RM400,000.
- Cashback Rakyat-Mulai 25 Julai hingga 5 Oktober 2025, pelanggan yang berbelanja mengguna Atome, Boost, MCash, SPayLater, Shopback dan Setel akan menikmati diskaun dan pulangan tunai sehingga RM300,000 di semua pasar raya MYDIN.
- Rezeki Rakyat-Mereka yang mengundi berpeluang menikmati promosi esklusif dan diskaun bernilai sehingga RM1.68 juta termasuk penyertaan peraduan bersama jenama yang bertanding permainan Cash Out meneruwi MYDIN Pay.
Jadi, jom berbelanja di MYDIN sehingga 6 Oktober 2025 di mana-mana cawangan MYDIN termasuk platform dalam talian. Keputusan akan diumumkan pada 18 September 2025.

Leave a comment