FLAVRS: UBAT GIGI DENGAN EMPAT PERISA

Pastinya Flavrs juga menjadi salah satu sebab untuk anda tersenyum setiap hari dek kesegarannya!

Usah risau kerana Flavrs adalah jenama penjagaan mulut Halal, dihasilkan mengguna ramuan bersih, pembungkusan yang boleh dikitar semula, dan reka bentuk yang bergaya.

Flavrs mahu menjadikan penjagaan mulut satu rutin yang menyeronokkan, bukan sekadar kewajipan.

“Kebanyakan kita dah guna jenama yang sama sejak sekolah lagi, tapi tak banyak yang betul-betul mencerminkan siapa diri kita. Hidup kita dah cukup rutin. Ubat gigi tak perlu jadi satu lagi perkara yang membosankan.” kata Stephy Sam, pengasas Flavrs.

Flavrs juga adalah ubat gigi yang bukan saja bebas fluorida, tapi juga sedap, bergaya, dan menggembirakan untuk digunakan setiap hari.

Formulasi Flavrs telah mengambil masa lebih lima tahun untuk dibangunkan, dengan lebih 100 prototaip rasa diuji.

Empat perisa awal ini hanyalah permulaan dan lebih banyak perisa menarik bakal menyusul.

Semua produk Flavrs dibangunkan oleh pasukan pakar penjagaan mulut berpengalaman lebih 30 tahun, memastikan kualiti dan keselamatan untuk pengguna.

Apa Yang Ada Dalam Ubat Gigi Flavrs?

  • Lebih 94% bahan semula jadi
  • Bebas fluorida, bebas SLS
  • tidak diuji ke atas haiwan,
  • diperakui Halal
  • Diperkaya dengan Nano-Hydroxyapatite – alternatif selamat kepada fluorida yang popular di Jepun & Eropah
  • Dibotolkan dalam pam boleh kitar semula

Kit Permulaan Flavrs
Kini boleh didapati dengan diskaun pelancaran 25%, berharga RM39.90, secara eksklusif di:

www.flavrs.com.my

Set ini mengandungi keempat-empat perisa utama, sesuai untuk tukar-tukar mengikut mood anda setiap hari.

Dengan pelbagai perancangan kolaborasi jenama, percubaan runcit dan aktivasi pop-up sepanjang tahun ini, Flavrs menyasarkan untuk menjadikan aktiviti memberus gigi sebagai satu pengalaman budaya menjelang akhir 2025.

Leave a comment