
“Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-68, kami berbangga dapat berkongsi semangat Merdeka bersama para pengunjung di Pusat Beli-Belah Alamanda dan Mesra Mall. Kempen yang dianjurkan ini bertujuan menghargai pelanggan setia kami serta menyatukan semua dalam meraikan warisan dan perpaduan negara. Kami menjemput orang ramai untuk bersama-sama memperingati detik bermakna ini serta menikmati ganjaran istimewa dan aktiviti menarik yang telah disediakan,” kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.
PUSAT BELI-BELAH ALAMANDA
Pusat Beli-Belah Alamanda meraikan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-68 dengan kempen Merdeka sehingga 1 September 2025. Seluruh pusat beli-belah dihiasi dengan Jalur Gemilang, mewujudkan suasana meriah dengan pengalaman membeli-belah yang istimewa serta ganjaran eksklusif untuk para pengunjung.
Ganjaran Merdeka: Pengunjung yang berbelanja RM500 ke atas dalam 2 resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima T-shirt edisi terhad Merdeka ke-68.
Ganjaran ’High Spenders’: Pengunjung yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam 2 resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima T-shirt edisi terhad Merdeka ke-68 serta e-Baucar Alamanda bernilai RM50.
MESRA MALL
Mesra Mall turut menganjurkan kempen Merdeka sehingga 8 September 2025, dengan hiasan bertemakan Hari Merdeka termasuk ruang foto dan paparan Jalur Gemilang yang menyemarakkan suasana patriotik di seluruh pusat beli-belah.
- Shoppers Rewards Programme’: 500 pengunjung pertama yang berbelanja RM350 ke atas dalam 2 resit di mana-mana kedai terpilih boleh menebus T-shirt edisi terhad Mesra Merdeka 2025.
- Hadiah Istimewa Hari Kebangsaan: Pada 31 Ogos 2025, 100 pengunjung pertama di kaunter Concierge pada jam 2.00 petang akan menerima pelekat kereta Jalur Gemilang.
Untuk info lanjut, layari:
- Alamanda – www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
- Mesra Mall – www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

Leave a comment