KONSERT ‘CINTA RASUL’ SELUSURI PERJALANAN CINTA PADA NABI SAW

Turut memeriahkan pentas ialah UNIC, artis jemputan yang terkenal dengan gaya kontemporari dan mesej dakwah yang segar. Lebih istimewa, Rabbani akan membuat penampilan khas, menyatukan generasi lama dan baharu dalam satu malam yang penuh makna.

Konsert yang diadakan oleh 10 Pro Event Management sebenarnya lebih kepada malam yang mengangkat keindahan spiritual dan nostalgia nasyid dalam suasana penuh keinsafan dan kekeluargaan.

Menurut Pengarah Urusan 10 Pro Event Management, Tuan Kamal,

“Konsert ini bukan sahaja berkonsep kekeluargaan dan hiburan berjiwa, tetapi juga membawa misi kemanusiaan. Sebahagian daripada hasil kutipan akan disalurkan kepada Tabung Darul Iman, khusus untuk membantu pesakit kronik yang memerlukan sokongan di sekitar Terengganu. Kami percaya muzik dan komuniti boleh menjadi jambatan untuk kebaikan yang lebih besar.”

Maklumat Konsert:

  • Lokasi: Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu
  • Tarikh: 3 Oktober 2025
  • Masa: 8:45 malam
  • Tiket boleh didapati melalui platform rasmi jualan

Lebih daripada sekadar konsert, acara ini turut menampilkan Letups Fest Food Festival — pesta makanan yang menyatukan vendor tempatan, sajian viral, dan rasa tradisi. Dari aroma sate bakar hingga minuman fusion, ia adalah syurga buat pencinta makanan.

Cabutan bertuah juga akan diadakan sepanjang festival, dengan hadiah-hadiah luar biasa termasuk sebuah kereta, motosikal, goldbar eksklusif dan pelbagai hadiah menarik lain.

Konsert Cinta Rasul dijangka menjadi titik pertemuan antara generasi dan jiwa-jiwa yang mencari ketenangan, menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan menghidupkan semula zaman kegemilangan nasyid.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

10 Pro Event Management di info@10proevent.my

Leave a comment