
“Pott Glasses bukan sekadar cermin mata. Ia adalah pernyataan gaya, identiti dan keyakinan, direka untuk menggabungkan estetika fesyen dengan keselesaan sepanjang hari bagi gaya hidup moden,” kata Tai Hau Aw, Pengasas Bersama Pott Glasses.
Melalui komitmen ini, kami telah membina Pott Glasses sebagai nama yang dipercayai dalam industri butik cermin mata dengan sentuhan peribadi di Malaysia, sambil meraikan komuniti yang telah menyokong kami sejak hari pertama,” kata Eden Hoong, Pengasas Bersama Pott Glasses.

Acara Ulang Tahun ke-10: “Take a Leap of Frame”
Meneruskan momentum kolaborasi ini, Pott Glasses kini menumpukan perhatian untuk meraikan satu dekad kreativiti dan gaya. Sempena ulang tahun ke-10, Pott Glasses menganjurkan acara bertemakan “Take a Leap of Frame, sebuah penghormatan kepada perjalanan mereka daripada permulaan yang sederhana kepada jenama butik cermin mata terkemuka di Malaysia. Pop-up imersif ini akan berlangsung di The Five @ KPD, Kuala Lumpur, dari 26 September hingga 5 Oktober 2025.

Frasa “Take a Leap of Frame” adalah permainan kata daripada “take a leap of faith”: gambaran tepat tentang perjalanan Pott Glasses daripada permulaan yang kecil kepada jenama runcit bernilai jutaan ringgit.
Apa yang bermula dengan impian dan pendapatan sederhana sebanyak RM1,800 sebulan kini telah berubah menjadi bukti kecekalan, kreativiti, dan kepercayaan yang teguh terhadap visi mereka.

Seperti bingkai yang mereka reka, tema ini bukan sahaja meraikan pencapaian selama sedekad tetapi juga memberi inspirasi kepada orang lain untuk mengejar impian mereka dengan keberanian dan keyakinan yang sama dalam membentuk Pott Glasses menjadi jenama gaya hidup hari ini.

Pop-up “Take A Leap of Frame” bakal menampilkan beberapa tarikan utama:
- Kuiz “Find your Pott Type”-Permainan interaktif yang direka untuk membantu individu mengenal pasti ‘Pott Type’ unik mereka dan gaya cermin mata yang paling sesuai, mencetuskan perbualan gaya dan inspirasi fesyen.
- Zon Imersif Galeri Koleksi ‘X’-Menampilkan Koleksi Pott Sunnies ‘X’ baharu, dengan beberapa sudut bergambar dan hiasan utama yang memukau.
- Pameran “10 Tahun Pott”-Laluan fizikal yang membawa pengunjung menyusuri perjalanan jenama selama sedekad, menyoroti detik-detik penting dan kenangan.
Di sini, tetamu dijemput untuk “Ambil Apa Yang Anda Perlukan Untuk Langkah Seterusnya,” memilih daripada pelbagai kategori seperti Perhubungan, Pertumbuhan, Kerjaya, Gaya Hidup, dan Yang Tidak Diketahui (X).
- Stesen Analisis Warna-Direka untuk membantu pengunjung mengenal pasti warna dan tona yang paling sesuai dengan ciri semula jadi mereka menerusi bimbingan daripada penata gaya terlatih.
Setiap aktiviti di lokasi adalah bukti kepada falsafah Pott Glasses yang mengutamakan pelanggan, direka untuk melangkaui pengalaman runcit tradisional. Daripada kuiz interaktif “Find Your Pott Type” hingga pameran imersif “10 Tahun Pott”, setiap zon dikurasi dengan teliti untuk mencetuskan penemuan, hubungan dan ekspresi diri.
Melalui kolaborasi dengan beberapa jenama tempatan, Pott Glasses terus memperjuangkan kreativiti dan kebanggaan budaya melalui rekaannya. Sepanjang tahun, jenama ini telah bekerjasama dengan NOIZ oleh A-Jane, Pestle & Mortar, dan Motherchuckers, bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama pilihan untuk cermin mata yang praktikal dan bergaya
Dalam pencapaian terkini, Pott Glasses menjalin kerjasama dengan BEHATI untuk Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2025, memperkenalkan tiga bingkai eksklusif yang selari dengan tema “School of Culture” oleh BEHATI. Tema ini menampilkan baju sekolah tradisional dengan sentuhan avant-garde ikonik BEHATI.
Berbekalkan kejayaan KLFW, kolaborasi ini dilancarkan pada Hari Merdeka, menjadikan koleksi ini tersedia buat orang awam sebagai meraikan semangat dan identiti kebangsaan Malaysia.
Memperkenalkan Pott Sunnies
Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun, Pott Glasses telah melancarkan Pott Sunnies: Koleksi ‘X’, koleksi cermin mata hitam baharu yang direka untuk gaya dan ekspresi diri. Dengan sentuhan kreatif, koleksi ini hadir dengan aksesori loket (charm) yang boleh dipasang, membolehkan si pemakai menyesuaikan penampilan mereka sambil mengekspresikan keperibadian
Koleksi Pott Sunnies ‘X’ yang baharu
Elemen ekspresi diri ini menjadikan cermin mata hitam lebih daripada sekadar pelindung matahari—ia menjadi kanvas untuk personaliti dan kreativiti. Dengan Koleksi ‘X’ sebagai barisan sulung, Pott Sunnies mencerminkan satu dekad inovasi sambil membuka jalan untuk lonjakan seterusnya buat jenama ini.
“Di Pott Glasses, misi kami sentiasa mahu menyediakan rakyat Malaysia dengan cermin mata yang melangkaui fungsi; ia tentang penyesuaian peribadi dan gaya.
“Setiap perincian, daripada bingkai hingga loket, direka dengan idea bahawa cermin mata wajar sama menyerlah dalam ekspresi serta boleh disesuaikan dengan pemakainya.

Leave a comment