
Suria KLCC: Keindahan Taman Bercahaya
Centre Court Suria KLCC bertukar menjadi taman indah lagi menawan berinspirasikan keanggunan bunga teratai.

Hiasan utama adalah bunga teratai gergasi bercahaya, dikelilingi kolam berwarna-warni dengan pencahayaan interaktif, diiringi dua kolam teratai berlapis di sisi serta gerbang teratai besar di bahagian belakang untuk sesi bergambar yang menarik.

Pengunjung turut boleh menikmati persembahan tarian klasik Bharatanatyam sepanjang kempen serta menyertai Bengkel Lukisan Inai khas pada hari Deepavali, 20 Oktober 2025.

Ganjaran eksklusif buat pembeli Suria KLCC:
- Belanja RM1,000 ke atas dalam dua resit untuk menerima e-Baucar Suria KLCC bernilai RM50.
- Pembelian e-Baucar bernilai RM1,000 di laman web Suria KLCC melayakkan pembeli menerima e-Baucar tambahan RM100.
Alamanda Shopping Centre: Tradisi dan Komuniti Bertemu
Di Putrajaya, Alamanda Shopping Centre turut menyemarakkan sambutan dengan dekorasi bertemakan ‘Lotus of Light’ di Centre Court yang menampilkan reka bentuk kolam bunga teratai dan gerbang bunga bercahaya, sempurna sebagai latar bergambar untuk seisi keluarga.
Ganjaran pembeli di Alamanda:
- Belanja RM500 ke atas dalam dua resit untuk menerima e-Baucar Alamanda bernilai RM30.
- Belanja RM1,500 ke atas dalam dua resit untuk menerima e-Baucar bernilai RM80.
Alamanda turut meneruskan inisiatif Jualan Pin Reben Hijau, yang bertujuan mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental melalui kerjasama bersama NGO terpilih, satu usaha kecil namun bermakna bagi menyemai nilai empati dan keprihatinan dalam masyarakat.
Mesra Mall: Merayakan Kepelbagaian dan Keterangkuman
Mesra Mall bakal meraikan Deepavali dengan sambutan Deepavali dari 16 hingga 26 Oktober 2025. Dekorasi yang juga berinspirasikan bunga teratai akan menghiasi ruang legar pusat beli-belah tersebut, mencipta suasana penuh warna dan kegembiraan yang dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Sebagai simbol perpaduan, kempen ini menzahirkan komitmen Mesra Mall dalam mengiktiraf dan meraikan kepelbagaian budaya Malaysia, agar semangat Deepavali dapat dirasai oleh setiap pengunjung tanpa mengira latar belakang.
Untuk info lanjut, layari:
i.Suria KLCC – www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
ii.Alamanda – www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
iii.Mesra Mall – www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

Leave a comment