‘RADIANCE OF HERITAGE’ DI INTERMARK MALL HARGAI KEINDAHAN BUDAYA INDIA

Berlangsung dari 7 hingga 26 Oktober 2025, ‘Radiance of Heritage’ dianjurkan khas untuk menghargai keindahan abadi budaya India di mana pengunjung akan dihiburkan dengan alunan tarian Bollywood dan tarian rakyat oleh Eraya Dance.

Bagi yang sukakan seni inai halus, anda boleh mendapatkannya daripada Sanggetha Pillai, Hennastacious selain berpeluang menonjolkan kreativiti melalui bengkel menghias pelita Diya dan menariknya anda boleh membawa pulang hasil tangan sendiri!

Pengalaman kempen ‘Radiance of Heritage’ diteruskan dengan bengkel tarian India tradisional oleh Antara.

Bagi yang meminati teh masala beraroma, bolehlah mendapatkannya daripada Tea Thambi yang menyajikan minuman teh pada setiap hari Jumaat hingga Ahad sepanjang tempoh kempen.

Sebagai tanda komitmen berterusan Intermark Mall dalam memperkayakan pengalaman komuniti, pengunjung yang berbelanja minimum RM300 dalam gabungan dua resit akan mendapat cederamata istimewa Radiance of Heritage Aroma Stone yang eksklusif. Hadiah penuh makna ini boleh dibawa pulang sebagai kenangan bercahaya, melambangkan kehangatan dan sinar abadi Deepavali yang menerangi hati.

Di sebalik sinar dan kemeriahannya, Radiance of Heritage mengangkat makna perpaduan, semangat kekeluargaan, dan kebanggaan budaya — mencerminkan intipati perayaan Deepavali di mana cahaya sentiasa mengatasi kegelapan.

Menggabungkan keindahan tradisi dengan sentuhan moden, Intermark Mall mengundang semua rakyat Malaysia dan para pengunjung untuk meraikan Festival of Lights dengan cara yang bermakna, menyentuh hati dan penuh kenangan indah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
●Intermark Mall, https://www.intermark-mall.com/

Leave a comment