“Di Hada Labo, kami bertekad untuk membawakan inovasi penjagaan kulit dari Jepun yang berkesan, selamat dan dipercayai. Dengan rangkaian Pencerahan Premium baharu yang dipertingkatkan dengan Teknologi WhiTEQ dan pensijilan Halal, kami ingin memberikan keyakinan kepada wanita Malaysia untuk memiliki kulit yang lebih cerah dan terhidrat — tanpa menjejaskan kelembutan mahupun kualitinya,” kata Puan Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (Malaysia).
Teknologi WhiTEQ merupakan sistem berpaten yang menyerap ke dalam kulit secara mendalam dan melepaskan 5 bahan pencerah secara berperingkat, memberikan kesan maksimum tanpa iritasi. Formula ini turut diperkaya dengan dua jenis Asid Hyaluronik bagi mengekalkan kelembapan serta menguatkan lapisan perlindungan kulit. Hasilnya: kulit yang lebih cerah, sekata dan terhidrat secara mendalam — setiap hari.
Lima bahan utama termasuk:
- Niacinamide (Vitamin B3) – Membantu meningkatkan kejernihan kulit dengan menyokong proses pembaharuan semula jadi, menjadikan tona kulit lebih sekata dan berseri
- Vitamin C (3-O-Ethyl Ascorbic Acid) – Bentuk stabil Vitamin C yang membantu mencerahkan kulit, mengurangkan penampilan wajah yang kusam, dan mengembalikan keremajaan kepada wajah
- α-Arbutin – Dikenali untuk mengurangkan tona kulit tidak sekata secara ketara agar kulit tampak lebih jelas dan bersih
- Vitamin A – Membantu memperhalus tekstur kulit dan menjadikannya lebih licin dan bersinar
- Ekstrak Centella Asiatica – Menenangkan kulit dan mengurangkan ketidakseimbangan tona kulit
*Dalam ujian terhadap pengguna selepas 14 hari penggunaan secara berterusan rangkaian Hada Labo
Pencerahan Premium (Pencuci Muka, Losen Jenis Rich & Pelembap Water Gel):
90% melaporkan kulit lebih cerah
85% melihat pengurangan bintik hitam
90% melihat tona kulit lebih sekata
95% mengalami penghidratan mendalam
*Berdasarkan ujian pengguna melibatkan 19 responden selepas 14 hari penggunaan.
Rangkaian Pencerahan Premium ini menawarkan 7 produk, disesuaikan mengikut jenis kulit dan keperluan harian:
Pencuci Muka 100g RM39.90 – Pembersihan lembut dengan tindakan pencerahan tiga kali ganda dan perlindungan anti-pencemaran
Losen (Ringan & Kaya) 170ml RM78.90 – Pencerahan cara terkini dengan manfaat pelembapan berganda
Esen 30ml RM95.00 – Kandungan aktif berkepekatan tinggi untuk meningkatkan keanjalan dan kecerahan.
Pelembap Water Gel 50g RM85.90 – Hidrasi ringan, sesuai untuk kulit berminyak/ kulit kombinasi.
Pelembap Water Cream 50g RM85.90 – Penjagaan berkhasiat untuk kulit normal/ kulit kering.
Krim Tabir Suria UV SPF50+ PA+++ 30g RM66.00- Melindungi kulit dari sinaran UV sambil mencerahkan kulit.
Produk kini boleh didapati di Watsons, Guardian, dan farmasi-farmasi utama di seluruh negara serta secara dalam talian di Shopee, TikTok Shop dan Lazada.
Falsafah Penjagaan Kulit Hada Labo: “PERFECT X SIMPLE”
Untuk kesempurnaan dan kesederhanaan yang sebenar
Hada Labo menggunakan ramuan terbaik, paling tulen dan berkesan untuk memberikan hasil kulit yang cantik. Diilhamkan daripada kebijaksanaan kecantikan tradisional Jepun, Hada Labo mengamalkan falsafah “tidak lebih, tidak kurang” dalam formulasi produknya, menggunakan nisbah ramuan yang tepat untuk hasil optimum.Segala bahan tambahan yang tidak diperlukan seperti pewarna, pewangi dan minyak mineral tidak dimasukkan agar tidak membebankan kulit seseorang itu. Hanya bahan penting yang bermanfaat kepada kulit dikekalkan untuk memastikan keberkesanan maksimum — Hanya yang terbaik untuk kulit anda…

Leave a comment