KEMPEN 11.11 LAZADA “SWEETEST BRAND DEALS OF THE YEAR” TAWAR PEMBELIAN LEBIH SELAMAT

Melalui kempen 11.11 “Tawaran Jenama Paling Manis Tahun Ini”, Lazada memastikan rakyat Malaysia boleh membeli-belah dengan yakin, dengan jenama tulen, inovasi pintar, dan ketenangan dalam setiap transaksi.

“Di Lazada, kami sedang membina ekosistem eDagang yang lebih pintar dan inklusif, di mana setiap penjual, besar atau kecil, mempunyai peluang dan infrastruktur untuk berkembang. Ia berasaskan kepercayaan dua hala antara jenama, penjual, dan pelanggan yang mempercayai mereka. Untuk 11.11 kali ini, kami ingin menunjukkan bahawa rakyat Malaysia boleh menikmati yang terbaik dari kedua-dua dunia ini; kualiti dan keyakinan.” kata Kaya Qin, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia.

“Trend promosi harga murah semata-mata kini semakin kehilangan tarikan. Kami melihat pengguna Malaysia semakin bijak dan lebih menilai keaslian, kebolehpercayaan, serta polisi yang adil. Oleh itu, Lazada kini memberi tumpuan kepada tadbir urus jenama, inovasi AI, dan jaminan kualiti bagi membina kepercayaan serta kesetiaan jangka panjang.” ujar Kevin Yap, Ketua Operasi Am, Lazada Malaysia.

Setiap produk di LazMall menampilkan tanda pengesahan rasmi LazMall, berserta jaminan ketulenan, waranti yang jelas, pembayaran selamat dan pilihan pemulangan yang mudah, termasuk Polisi Tukar Fikiran (Change-of-Mind) di mana berkenaan.

Lazada turut menjamin setiap pembelian di LazMall, dengan bayaran balik sehingga lima kali ganda sekiranya produk yang dibeli di LazMall didapati tiruan, menjadikannya antara perlindungan pengguna paling kukuh di Asia Tenggara.

Gabungan Manis Antara AI dan Kepercayaan

Teknologi kini menjadikan pengalaman membeli-belah lebih peribadi, dan AI Lazzie ialah tunjang transformasi ini. Dikuasakan oleh model bahasa besar Qwen dari Alibaba, AI Lazzie berfungsi sebagai rakan beli-belah maya yang membantu rakyat Malaysia mencari produk sesuai dengan gaya hidup mereka, membuat perbandingan pantas, dan membeli dengan lebih yakin.

Dalam kempen 9.9 baru-baru ini, AI Lazzie membantu meningkatkan pesanan sebanyak 36 peratus dan interaksi pembeli sebanyak 34 peratus, menunjukkan bahawa pengguna Malaysia menghargai pengalaman membeli-belah yang pintar dan mesra pengguna, bukan sekadar transaksi.

Kini, menjelang 11.11, Lazada memperkenalkan rangkaian lima ejen AI pintar yang akan berfungsi secara serentak bagi memastikan setiap pengalaman membeli-belah lebih lancar dan boleh dipercayai.

  • Untuk Pembeli:
    AI Lazzie (Ejen Beli-belah): Rakan membeli-belah peribadi yang membantu pengguna mencari produk sesuai untuk gaya hidup mereka, membuat perbandingan serta-merta, dan melengkapkan pembelian dengan yakin.
  • Di Sebalik Tabir:
    -Ejen Pemulangan (Refund Agent): Mengurus proses pemulangan dan perkhidmatan selepas jualan dengan lebih pantas serta adil.
    -Ejen Logistik (Logistics Agent): Mengemas kini maklumat penghantaran secara masa nyata supaya pelanggan sentiasa mengetahui status penghantaran pesanan mereka.
    -Ejen Penyenaraian Produk (Product Listing Agent): Memastikan halaman produk lebih teratur, jelas dan mudah dilayari.
    -Ejen Pemasaran (Marketing Agent): Menyusun tawaran yang disesuaikan dengan citarasa, masa dan tabiat pembelian pelanggan.

    Gabungan ini menjadikan AI bukan sekadar sokongan teknologi di belakang tabir, tetapi ‘co-pilot’ pintar yang menggerakkan setiap klik, menjadikan pengalaman membeli-belah 11.11 di Lazada lebih lancar, selamat, dan menguntungkan bagi pengguna Malaysia.

Detik Manis Sebenar
Fokus Lazada tahun ini mudah: menjadikan setiap pembelian satu pengalaman yang meyakinkan. Di LazMall, setiap produk disahkan tulen, setiap transaksi dilindungi, dan setiap cadangan dipacu oleh inovasi yang direka untuk rakyat Malaysia. Jadi, apabila pembeli menuju ke LazMall (Lazada) sempena 11.11 ini, mereka akan menikmati keaslian, keselamatan, dan teknologi inovatif yang menjadikan setiap ringgit lebih berbaloi.
Kerana detik paling manis bukan sekadar tentang berapa banyak anda jimat, tetapi tentang keyakinan anda semasa membeli.

Leave a comment