
Pengalaman magis Krismas bermula di Centre Court yang telah dihias indah untuk sambutan perayaan Krismas. Daya tarikan utama semestinya pokok Krismas megah berdiri, dihiasi oleh lampu dan aksesori berkemilauan, diiringi oleh kilauan lampu interaktif dan alunan melodi ceria.

Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan CEO Suria KLCC Sdn Bhd, berkata,

“Sebagai destinasi ikonik di tengah-tengah Kuala Lumpur, Suria KLCC bukan sekadar pusat beli-belah – ini adalah tempat di mana kenangan dicipta dan pengalaman dikongsi. Tahun ini, tema ‘Majestic Krismas’ kami, yang diserlahkan oleh pokok Krismas yang menakjubkan dan First Outdoor Skating Rink in Malaysia, direka untuk memberikan pengalaman percutian bertaraf dunia yang tidak dapat dilupakan, yang membawa kegembiraan dan kebersamaan kepada semua pengunjung kami.”

Di bahagian tengah struktur terletaknya Mirror Room, sebuah bilik imersif yang menampilkan panel pantulan yang mencipta ilusi visual penuh kilauan, sesuai untuk diabadikan sebagai foto menarik di media sosial.

Menariknya, Mirror Room turut diserikan dengan haruman elegan daripada Lancôme.

Melengkapkan lagi keindahan Centre Court ialah Interactive Music Box. Pengunjung boleh memilih lagu klasik percutian kegemaran daripada enam pilihan lagu, mencetuskan melodi ceria dan gemerlapan lampu yang diselaraskan serentak dengan lagu yang dipilih. Pengalaman ini disempurnakan dengan Festive Photobooth yang menawarkan foto bercetak dan digital secara percuma.
Pengiktirafan Rekod: The First Outdoor Skating Rink in Malaysia

Suria KLCC dengan bangganya memperkenalkan pengalaman PERTAMA yang telah diiktiraf oleh
Malaysia Book of Records; The First Outdoor Skating Rink in Malaysia.

Festive Skating Experience yang eksklusif ini mengelilingi pokok Krismas setinggi 80-kaki yang menakjubkan, menawarkan detik yang tidak dapat dilupakan dengan latar belakang pemandangan ikonik Menara Berkembar PETRONAS. Gelanggang ini dibuka setiap hari dari 26 November hingga 25 Disember 2025.
Ganjaran Eksklusif dan Aktiviti Menarik
Suria KLCC menawarkan program ganjaran menarik dari 22 November 2025 – 4 Januari 2026:
Tier 1 (Festive Skating Experience): Mereka yang berbelanja RM500 ke atas dalam satu (1) resit akan menerima Pengalaman Festive Skating, eksklusif untuk 2 orang.
Tier 2 (Christmas Rewards): Mereka yang berbelanja RM2,500 ke atas dalam dua
(2) resit akan menerima Baucar Membeli-Belah e-Voucher Suria KLCC bernilai RM100 serta Pengalaman Festive Skating, ekslusif untuk 2 orang.
Suasana perayaan dipertingkatkan lagi dengan barisan program seperti:
Santa Claus Meet & Greet: Akan berlangsung pada 25 November, hari Sabtu terpilih (29 November, 6, 13, 20 Disember), dan 25 Disember
Christmas Carolling: Dijadualkan pada 25 November, hari Ahad terpilih (30 November, 7, 14, 21 Disember), dan 25 Disember.
Aktiviti Untuk Semua: Pengunjung boleh menyertai Christmas Wreath Workshops (29 November, 6, 13, 20, 25 Disember), dan merakam kenangan di Festive Photobooth.
PUSAT BELI BELAH ALAMANDA
Pusat Beli Belah Alamanda di Putrajaya menyambut keajaiban Krismas dari 28 November 2025 hingga 4 Januari 2026. Centre Court Alamanda akan menampilkan hiasan perayaan yang indah dan megah, berpusatkan pokok Krismas bertingkat, di samping gerbang berlampu serta perhiasan bebola bercahaya di seluruh pusat beli-belah, mewujudkan suasana yang benar-benar mempesona.
Alamanda akan menganjurkan siri program percutian yang menghiburkan:
Persembahan Perayaan: Hujung minggu akan menampilkan persembahan tarian Krismas, balet kanak-kanak dan pertunjukan silap mata.
Santa’s Visit: Pada Hari Krismas (25 Disember), Santa akan menggembirakan kanak- kanak dengan menyambut keluarga dan mengagihkan gula-gula.
Bengkel Kreatif: Kanak-kanak yang mendaftar dalam program VIKids boleh menikmati sesi kraf dan seni percutian khusus, seperti menghias donat.
Pembeli-belah juga akan diberi ganjaran:
Ganjaran Tier 1: Pembeli-belah yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit
akan menerima Baucar Membeli-Belah e-Voucher Alamanda bernilai RM30.
Ganjaran Tier 2 (High Spenders): Pembelanja tinggi yang berbelanja RM1,500 dan ke atas akan menikmati Baucar Membeli-Belah e-Voucher Alamanda bernilai RM80.
Inisiatif Kesedaran Kesihatan Mental: Selaras dengan inisiatif kesihatan mental Suria KLCC Group, Alamanda akan menjalankan jualan Green Ribbon Pin pada harga RM10 setiap satu sepanjang kempen, dan semua hasil akan disalurkan kepada NGO kesihatan mental.
MESRA MALL: KEMERIAHAN BERCUTI DAN KARNIVAL VIKIDS
Di Mesra Mall di Kemaman, Terengganu, sambutan Krismas akan diadakan dari 5 Disember 2025 hingga 31 Disember 2025. Centre Court Mesra Mall akan menampilkan hiasan perayaan dengan keindahan pokok Krismas yang didekorasi karusel kuda.
Sepanjang kempen perayaan Krismas, Mesra Mall akan menganjurkan aktiviti yang menarik untuk para pengunjung:
Aktiviti Perayaan: Pembeli-belah boleh menyertai dua bengkel: Creative Succulent Workshop dan Snowflakes Workshop.
Karnival VIKids: Sambutan diteruskan dengan Karnival VIKids yang meriah, berlangsung dari 25 hingga 29 Disember, di mana kanak-kanak boleh mengambil bahagian dalam permainan bertema dan menebus hadiah.
Sorotan Program Ganjaran Pembeli-Belah di Mesra Mall:
500 pembeli-belah pertama yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam maksimum dua resit boleh menebus 2-Tiered Dessert Display Rack eksklusif.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, sila layari:
i.Suria KLCC – www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
ii.Alamanda – www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
iii.Mesra Mall – www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

Leave a comment