LEBIH 70,000 KANAK-KANAK MALAYSIA DISARING BAGI MENGESAN ANEMIA

Perubahan ini ketara semasa Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan anjuran KPWKM di Stadium Merdeka pada 23 November lalu, di mana 800 kanak-kanak berjaya disaring dalam tempoh sehari.

Apabila halangan seperti lawatan klinik dan kos dihapuskan, ibu bapa lebih cenderung memilih pemeriksaan risiko yang proaktif, berbanding menunggu sehingga gejala muncul.

“Sempena Hari Kekurangan Zat Besi Anemia Sedunia, kita diingatkan bahawa hak setiap kanak-kanak untuk berkembang secara sihat bermula dengan pengesanan awal. Sambutan menggalakkan yang kami saksikan pada Hari Kanak-kanak Kebangsaan, dengan 800 saringan dalam satu hari, menunjukkan ibu bapa benar-benar memahami kepentingannya. Apabila tema ‘Hak Kami, Masa Depan Kami’ dikaitkan dengan langkah pencegahan kesihatan, mesejnya jelas: hak seseorang kanak-kanak untuk mencapai potensi penuh bergantung pada tindakan menangani kekurangan zat besi sejak peringkat awal”

Program ini menunjukkan apa yang mampu dicapai apabila keupayaan sektor swasta digabungkan dengan jangkauan kerajaan. Kami telah menyaring hampir 70,000 kanak-kanak untuk risiko anemia setakat ini. Malah, setelah memperhebat usaha kami melalui perkongsian awam-swasta, kami mencatat peningkatan enam kali ganda dalam jumlah saringan pada 2025 berbanding ketika program ini bermula pada 2023. Ini membuktikan, walaupun model ini berkesan, masih lebih banyak usaha diperlukan untuk mencapai jangkauan di peringkat kebangsaan. Oleh itu, kami akan terus memperluas akses saringan menerusi pelbagai titik sentuh komuniti di seluruh negara” kata Pengurus Negara Danone Specialized Nutrition Malaysia & Singapura, Koh Kok Meng.

Menerusi program ini, ibu bapa hanya perlu melengkapkan ​Soal Selidik Saringan Kuat Zat Besi — alat penilaian kendiri yang dibangunkan bersama pakar pediatrik dan nutrisi, yang menilai pengambilan zat besi berdasarkan umur kanak-kanak. Tiada ujian darah atau lawatan klinik diperlukan. Keluarga akan menerima panduan segera: cadangan nutrisi yang disesuaikan dengan umur anak, serta rujukan lanjut bagi mereka yang dikenal pasti berisiko lebih tinggi. Langkah ini menghapuskan kekangan terhadap tindakan awal, sebelum gejala bertambah buruk atau menjejaskan perkembangan kanak-kanak.

“Kekurangan zat besi merupakan punca paling lazim untuk anemia, namun 90% kanak-kanak yang menghidap Anemia Kekurangan Zat Besi (IDA) mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala ketara. Kajian menunjukkan IDA boleh memberi kesan jangka panjang yang tidak dapat dipulihkan terhadap perkembangan otak — kanak-kanak yang terjejas menunjukkan skor IQ sehingga 13 mata lebih rendah daripada rakan sebaya. Saringan awal membolehkan intervensi dilakukan dalam tempoh paling berkesan.” jelas Profesor dan Pakar Perunding Kanan Endokrinologi Pediatrik di Universiti Malaya, Profesor Dr Muhammad Yazid Jalaludin.

Pengesanan awal hanyalah langkah pertama. Program ini mencerminkan kesalinghubungan penjagaan pencegahan – di mana saringan membantu mengenal pasti risiko, manakala panduan nutrisi membolehkan keluarga melakukan intervensi sebelum gejala bertambah buruk. Dengan memanfaatkan rangkaian komuniti KPWKM, program ini menghapuskan halangan terhadap pengesanan dan tindakan awal, di samping menghubungkan keluarga kepada sokongan perubatan yang diperlukan, serta menyediakan cadangan nutrisi bagi mencegah kekurangan zat besi sebelum ia bermula.

Program ini diteruskan melalui inisiatif KPWKM dan acara komuniti, dengan peluang saringan tambahan dirancang untuk menjangkau lebih ramai keluarga di seluruh negara.

Leave a comment