KARUSEL KUDA ORIENTAL JADI TUMPUAN DI THE PLACE, SURIA KLCC SEMPENA SAMBUTAN TAHUN KUDA

Sambutan yang menggabungkan tradisi, budaya dan pengalaman perayaan yang penuh bermakna boleh dirasai mulai 16 Januari hingga 18 Februari 2026.

“Sebagai destinasi ikonik di kotaraya Kuala Lumpur, Suria KLCC bukan sekadar sebuah pusat beli-belah; ia merupakan tempat terciptanya kenangan dan perkongsian pengalaman. Sempena Tahun Baharu Cina ini, kami berbesar hati untuk mempersembahkan sebuah perjalanan imersif yang meraikan tenaga dan semangat Tahun Kuda, sambil menyatukan masyarakat melalui warisan dan kegembiraan bersama. Kami juga berbangga untuk meneruskan komitmen kami terhadap kesejahteraan komuniti menerusi Inisiatif CSR, yang membolehkan para pembeli menyumbang secara bermakna kepada kesedaran kesihatan mental sambil menghayati semangat perayaan,” kata Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Sepanjang musim perayaan , pengunjung dijemput menikmati suasana kemeriahan lagi ceria di KLCC The Place, di mana sambutan Tahun Baru Cina dihidupkan melalui dekorasi perayaan yang menarik, tawaran bermusim, dan pengalaman beli-belah yang menarik, selain dapat merasai perjalanan perayaan yang benar-benar holistik dengan detik-detik santai di Taman KLCC serta di sekitar Presint KLCC, yang menempatkan pelbagai gabungan gaya hidup, santapan, serta tarikan seni dan budaya.

Centre Court Suria KLCC telah ditransformasikan menjadi sebuah pameran perayaan yang imersif
dengan Karusel Kuda Oriental sebagai tarikan utama yang melambangkan Tahun Kuda. Instalasi
ini dilatari pemandangan gunung-ganang dan pokok bunga sakura yang memukau serta meneroka elemen interaktif seperti ’Lotus Pond of Blessings’, yang mengajak pengunjung menyampaikan hajat demi kemakmuran dan tuah.

Sebuah pavilion tradisional Cina lengkap dengan jambatan turut melengkapkan suasana indah, sesuai untuk dijadikan kenangan.

Ganjaran Eksklusif dan Sorotan Perayaan
Suria KLCC memastikan musim perayaan yang lebih bermakna melalui Program Ganjaran Pembeli:

  • Ganjaran Pembeli: Belanja RM2,500 dan ke atas dalam dua resit untuk menerima
    RM100 e-Baucar Beli-belah Suria KLCC serta satu set Angpau.
  • Bonus e-Baucar: Pembelian RM1,000 e-Baucar melalui laman web akan menerima
    tambahan RM100 e-Baucar.

Suasana perayaan turut dimeriahkan dengan Persembahan Tarian Singa Akrobatik setiap hari Sabtu serta pada Hari Pertama dan Kedua Tahun Baharu Cina.

Pengunjung juga boleh menyertai Bengkel ‘Sugar Art’, Bengkel Cap Kaligrafi Cina, serta bergambar di Photobooth.

ALAMANDA SHOPPING CENTRE
Berlangsung dari 23 Januari hingga 18 Februari 2026, Alamanda Putrajaya menghidupkan suasana perayaan dengan melengkapkan Centre Court menjadi taman Oriental yang penuh warna tradisi perayan Tahun Baru Cina. Karusel Kuda Oriental menjadi tumpuan utama, dipadankan dengan pavilion Cina dan tanglung merah, serta dihiasi bunga sakura yang mencipta suasana tenang untuk seisi keluarga.

Antara aktiviti yang disediakan adalah:

  • Persembahan Tarian Singa: Persembahan tarian singa akrobatik dan tarian tradisional Cina pada tarikh terpilih.
  • Aktiviti Kanak-kanak: Program ViKids menampilkan Bengkel ’Sugar Painting’ untuk kanak-kanak mencuba seni rakyat tradisional.
  • Ganjaran Belanja: Belanja RM600 dan ke atas dalam dua resit untuk menerima RM30 e-Baucar, atau RM1,500 dan ke atas untuk RM80 e-Baucar.
  • Sumbangan Bermakna: Sokong inisiatif kesihatan mental dengan membeli Pin Reben
    Hijau pada harga RM10, beserta buah limau mandarin sebagai tanda penghargaan.

MESRA MALL

Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina di pantai Timur ini berlangsung dari 29 Januari hingga 18 Februari 2026, juga dengan konsep Karusel Kuda Oriental tradisional dan mesra keluarga, lengkap dengan hiasan perayaan yang ceria.

Antara aktiviti yang disediakan adalah:

  • Persembahan Perayaan: Tarian Singa Tradisional dan Walkabout yang menyebarkan tuah dan kemakmuran di seluruh pusat beli-belah.
  • Bengkel Keluarga: Aktiviti seperti Pembuatan Gendang Rattle Cina, Kraf Kipas, dan Kraf Kuda daripada pinggan kertas untuk seisi keluarga.
  • Ganjaran Istimewa: 400 pembeli terawal yang berbelanja RM350 ke atas dalam dua resit akan menerima RM30 baucar Beli-belah Mesra Mall.

Leave a comment