
Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion Malls berkata,

“Tahun Baru Cina menandakan sebuah permulaan yang baharu, saat untuk meraikan kebersamaan sambil kita melangkah ke hadapan dengan penuh harapan. Menerusi Prosperity in Bloom, Pavilion Damansara Heights mempersembahkan sebuah sambutan yang tulus dan kontemporari, di mana tradisi, seni dan budaya saling bertemu untuk menginspirasikan hubungan, menyemarakkan kegembiraan dan menzahirkan kemakmuran dalam menyambut tahun yang baharu.”
Pavilion Damansara Heights menampilkan sorotan budaya yang dikurasi dengan menyatukan tradisi dan kreativiti kontemporari.

Pameran HLA Horse Story & Collection, yang diilhamkan daripada Hailan Horse Culture Museum, menghidupkan warisan budaya ekuestrian Cina dengan membawa pengunjung menyusuri perjalanan budaya yang merentas tradisi dan fesyen moden.

Kerjasama dengan artis kontemporari tersohor Malaysia, Jaee Tee, turut mempersembahkan pameran perayaan eksklusif di mana seni dihidupkan melalui gerak ekspresif dan alunan warna, melambangkan penyatuan generasi, budaya dan etnik dalam harmoni serta kemakmuran.

Pengalaman ini turut dilengkapkan dengan demonstrasi pembuatan gula-gula Dragon Beard secara langsung, sebuah kraf manisan tradisional yang menukar bahan asas menjadi helaian halus seumpama sutera, mencerminkan kehalusan dan kesabaran seni warisan Cina.
Dengan semangat memberi yang mengiringi musim perayaan ini, Pavilion Damansara Heights memperkenalkan reka bentuk angpau eksklusif hasil kolaborasi bersama artis Jaee Tee. Hasil jualan karya seni terpilih sepanjang kempen ini akan disalurkan kepada inisiatif kebajikan, sekali gus membuktikan komitmen pusat beli-belah ini terhadap pembangunan komuniti, amalan kemurahan hati dan kemakmuran yang dikongsi bersama.
Selain itu, pengunjung juga dijemput untuk menyertai Spring Couplets Experience & Giveaway untuk menebus couplet perayaan tulisan tangan yang dihasilkan oleh kaligrafer GPKM. Demonstrasi kaligrafi secara langsung serta pengalaman interaktif akan diadakan pada 31 Januari, 1, 7, 8, 14 dan 15 Februari 2026 di Centre Court, Aras 2.
Antara sorotan program budaya sempena kempen ini ialah Unity in Ink: Shared Calligraphy, Shared Joy, yang akan diadakan pada Ahad, 8 Februari 2026, jam 2.00 petang di Centre Court, Aras 2. Di sini, para kaligrafer daripada pelbagai latar belakang etnik akan berkarya secara berdampingan — sebuah perayaan keharmonian, keterangkuman dan penghargaan budaya yang mencerminkan semangat komuniti kempen ini.
Menerusi kerjasama dengan GPKM, Pavilion Damansara Heights akan menganjurkan Art for Charity, sebuah pameran dan jualan amal yang berlangsung selama sebulan mulai 31 Januari hingga 26 Februari 2026.
Bersempena ulang tahun ke-40 persatuan, para pengunjung berpeluang menyaksikan demonstrasi kaligrafi secara langsung dan menyertai bengkel interaktif untuk mempelajari seni kaligrafi. Pengunjung juga dapat menerima couplet Festival Musim Bunga secara percuma setiap hujung minggu sepanjang tempoh pameran. Inisiatif ini akan menampilkan antara 80 hingga 100 karya kaligrafi dan seni dakwat, dengan hasil jualan disalurkan bagi menyokong usaha pengumpulan dana GPKM untuk pembinaan ibu pejabat baharu serta pemeliharaan seni tradisional.
Selain seni dan budaya, Pavilion Damansara Heights menyemarakkan lagi musim perayaan dengan pelbagai bazar yang meriah, termasuk Bazar Tahun Baru Cina di The Atrium, Aras 2 mulai 30 Januari hingga 15 Februari, serta Pasar Jalan-Jalan ‘Huat’ di High Five Street, Aras 5, mulai sekarang hingga Ahad, 22 Februari, yang menampilkan hiasan perayaan, biskut tradisional, busana klasik dan pelbagai sajian bermusim. Menambah sentuhan istimewa ialah pop-up Sanyi Orchid & Olivia Café yang beroperasi mulai sekarang hingga 12 April 2026. Pop-up istimewa ini mengundang pengunjung menikmati kopi yang dibru segar, kek dan pastri artisan, serta hidangan terpilih dalam suasana yang dikelilingi orkid Phalaenopsis yang mempesona. Pilihan orkid untuk pembelian turut tersedia, sesuai sebagai hiasan kediaman atau hadiah. Kafe ini juga berfungsi sebagai lokasi menawan untuk sambutan hari lahir, perhimpunan dan perayaan, menawarkan suasana mesra untuk mengundang detik kebersamaan bersama keluarga dan sahabat.
Sepanjang tempoh kempen, Pavilion Damansara Heights akan menganjurkan rangkaian persembahan perayaan dan aktiviti budaya di Centre Court, Aras 2, bagi menghidupkan setiap kunjungan dengan pengalaman yang segar dan bermakna. Daripada Upacara Tarian Singa yang membawa tuah dan kemakmuran, kepada persembahan seperti ASTRO Hello KL Meet & Greet, Mrs ATV Talent Show, Persembahan CNY oleh Taylor’s International School, kemeriahan terasa di setiap sudut. Kanak-kanak kecil akan terhibur dengan BINKBOO Kids World, manakala pencinta seni budaya boleh menikmati ALIST CNY Gala Show yang menyampaikan alunan lembut Yangqin & Guzheng oleh The Guzheng Academy, serta menyaksikan Persembahan CNY yang bertenaga oleh HULA KL. Sambutan ini mencapai kemuncaknya dengan Heritage in Style Chinese Cultural Festival 2026, sebuah festival hiburan yang menyajikan hiburan untuk semua peringkat usia sepanjang musim perayaan.
Pengunjung turut menikmati pelbagai insentif eksklusif. Dengan perbelanjaan RM168 dalam satu resit, pengunjung layak menebus Pek Angpau Eksklusif, manakala mereka yang berbelanja RM200 dalam satu resit akan menerima Baucar RM20 & Pek Angpau (terhad kepada satu penebusan bagi setiap pelanggan sehari, dengan nilai maksimum RM100). Sambutan ini diakhiri dengan Top Spenders Reward, di mana pemenang hadiah utama akan membawa pulang Pengalaman Jelajah Budaya ke Jiangsu, China bernilai RM10,000 (termasuk tiket penerbangan ekonomi pergi balik, pengangkutan, penginapan dan tiket masuk ke Hailan Horse Culture Museum untuk dua orang), serta 88 hadiah saguhati dalam bentukBaucar Membeli-belah & Makan RM1,000.
Dalam kerjasama eksklusif bersama Maybank, pengunjung yang berbelanja RM688 dan ke atas menggunakan Kad Kredit atau Kad Caj Maybank di kedai khusus dan premis F&B boleh menebus Botol Montigo Ace (14oz) & Pek Angpau (maksimum dua resit terkumpul, terhad kepada 800 unit). Selain itu, pengunjung yang berbelanja RM128 menggunakan Kad Kredit atau Kad Caj Maybank dalam satu resit di kedai khusus dan premis F&B layak menebus Pek Angpau.
Pavilion Damansara Heights menyediakan parkir percuma setiap hari Sabtu, Ahad dan cuti umum (terhad kepada 100 kenderaan sehari). Pemegang Kad Premium Maybank The Platinum Card, Maybank World Elite Mastercard dan Maybank Visa Infinite boleh menikmati Parkir Valet PERCUMA untuk tiga jam pertama di Sprint Entrance 1 (terhad kepada 20 pemegang kad sehari).
Menggabungkan tradisi dan kreativiti kontemporari, Prosperity in Bloom mengukuhkan Pavilion Damansara Heights sebagai destinasi di mana sambutan Tahun Baru Cina dikurasi penuh teliti dan menawarkan pengalaman yang bermakna dengan meraikan budaya, seni dan janji kemakmuran bagi tahun yang akan datang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pavilion-dh.com.

Leave a comment