MAJLIS MELAMBUNG YEE SANG HIMPUN KOMUNITI SEMPENA TAHUN BARU CINA

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Khas ADUN Bandar Kinrara, Rachel Lee bersama Ahli Majlis Zon 16, Jen Lee, Zon 10, Ng Seow Chen dan Zon 18, Mehanatan.

Turut hadir, wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Afiq Aziz bersama barisan pengurusan kanan GCH Retail Malaysia Sdn Bhd.

Ketua Pajakan dan Pembangunan Perniagaan GCH Retail Malaysia Sdn Bhd, Rebecca Phan, dalam ucapan perasmiannyya menyatakan bahawa majlis Yee Sang yang diadakan melambangkan aspirasi bersama untuk pertumbuhan dan kejayaan berterusan.

“Selain meraikan tradisi, acara hari ini mencerminkan kepercayaan kami terhadap perpaduan, kolaborasi, dan kemakmuran bersama. Di Giant Bandar Kinrara, kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan pemegang taruh, rakan niaga, dan komuniti setempat untuk mewujudkan penglibatan yang bermakna dan nilai jangka panjang,”

Majlis Melambung Yee Sang ini menandakan permulaan tahun yang positif, menetapkan hala tuju bagi perkongsian yang lebih kukuh dan pertumbuhan berterusan pada masa hadapan. Ia juga membawa simbolik kemakmuran, keharmonian dan kejayaan bersama untuk tahun baharu yang diiringi persembahan gendang bertenaga bagi membangkitkan suasana bertuah.

Bukan sekadar perayaan tradisi, majlis melambung Yee Sang itu mencerminkan komitmen Giant Bandar Kinrara dalam memupuk hubungan erat bersama-sama komuniti setempat, secara tidak langsung memperkukuh kerjasama yang menyumbang kepada ekosistem peruncitan yang rancak dan mampan.

Penganjuran acara itu juga dilihat sebagai simbolik kepada semangat perpaduan dan kerjasama, selain mencerminkan komitmen Giant Bandar Kinrara dalam memupuk hubungan erat dengan komuniti serta memperkukuh jaringan kerjasama bersama rakan niaga dan pemegang taruh dalam ekosistem peruncitan setempat.

Majlis diakhiri dengan persembahan tarian singa akrobatik, seterusnya kemunculan maskot kuda di kawasan parkir terbuka, sekali gus menandakan permulaan tahun yang positif buat Giant Bandar Kinrara.

Melalui penganjuran ini, Giant Bandar Kinrara berharap dapat terus memperkayakan pengalaman membeli-belah pelanggan melalui lebih banyak inisiatif kolaboratif pada masa hadapan.

Leave a comment