
Dengan kerjasama Monsta, kempen ini membawakan pelbagai kemeriahan mingguan termasuk bazar yang meriah serta pilihan hidangan berbuka puasa yang menyelerakan.

Dengan lebih 600 jenama untuk membeli-belah Raya dan lebih daripada 150 kedai makanan dan minuman, Pavilion Bukit Jalil merupakan destinasi terbaik untuk berbuka puasa, dengan pelbagai pilihan yang boleh dinikmati dan dikenang oleh semua.

BoBoiBoy, Mechamato dan Papa Pipi tidak dipilih secara rawak.

Diilhamkan daripada tradisi balik kampung, kempen ini menyaksikan adiwira ini pulang ke kampung bersama-sama, sekali gus mencipta satu momen yang sederhana namun dekat dengan pengalaman ramai orang semasa musim perayaan.

Kemeriahan hiasan perayaan di seluruh Pavilion Bukit Jalil diilhamkan daripada beberapa babak ikonik dalam siri BoBoiBoy dan Mechamato, membawakan elemen-elemen yang sinonim dengan animasi tersebut ke dalam penataan hiasan di sekitar pusat beli-belah tersebut. Selain hiasan yang menarik, pengunjung juga berpeluang untuk menyertai sesi temu mesra bersama maskot, bengkel kebudayaan dan aktiviti komuniti yang berlangsung sepanjang musim perayaan.

“Hari Raya merupakan musim yang dipenuhi kegembiraan, keakraban dan detik-detik bermakna yang dikongsi bersama keluarga serta insan tersayang. Di Pavilion Bukit Jalil, kami berhasrat untuk mencipta pengalaman perayaan yang menyatukan komuniti dalam suasana yang meriah dan mesra. Melalui kerjasama kami bersama Monsta, adiwira kegemaran rakyat Malaysia seperti BoBoiBoy, Mechamato dan Papa Pipi dibawakan ke pusat beli-belah ini untuk mencipta suasana ceria dan mesra keluarga yang mencerminkan semangat Joyful Aidilfitri – Together, Here., di mana keluarga dapat meluangkan masa bersama serta mencipta kenangan berharga sepanjang musim perayaan,” kata Dato’ Mearia Hamzah, Ahli Lembaga Pengarah, Pavilion REIT.

Tumpuan utama kempen ini ialah Monsta Galaxy Card Tournament (Kejohanan Kad Monsta Galaxy), yang berlangsung selama tiga hujung minggu perayaan di Tingkat 2, Centre Court pada 7, 8, 14, 15, 28 dan 29 Mac 2026. Peminat permainan kad dari semua peringkat umur boleh menyertai kejohanan ini melalui mekanisme beli-untuk-main, yang menyaksikan para peserta bersaing untuk memenangi hadiah, pek promosi dan pingat, sementara maskot Monsta turut memeriahkan suasana dengan penampilan di sekitar kawasan acara.
Bagi keluarga yang membawa anak-anak kecil, Monsta Mascot Parade (Perarakan Maskot Monsta) menampilkan Amato daripada Mechamato, Papa Zola, Pipi Zola dan BoBoiBoy pada 7, 14 dan 28 Mac 2026 dari jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang. Barisan adiwira Monsta ini akan menaiki kereta api bersama pengunjung kanak-kanak dari Pink Zone ke Orange Zone, sebelum berakhir di Centre Court, Tingkat 2, di mana keluarga boleh menikmati permainan mini serta mendapatkan hadiah percuma.
Selain itu, setiap hari Ahad pada 8, 15 dan 29 Mac 2026, pengunjung yang berkeluarga boleh menikmati Sunday Movie Screening with Monsta (Tayangan Filem Ahad bersama Monsta), yang menampilkan rancangan Monsta yang berbeza setiap minggu, serta kuiz pra-tayangan dan penampilan khas maskot bagi menambah keseronokan pengunjung.
Sambutan perayaan ini turut melangkaui dunia Monsta. PIAZZA, Tingkat 3 akan diubah menjadi The Grand Line Raya Bazaar dengan kerjasama Netflix, menampilkan dunia One Piece dari 4 hingga 8 Mac 2026. Bazar imersif ini menggabungkan kehangatan bazar Raya tradisional dengan dunia ikonik One Piece, lengkap dengan gerai makanan bertema, cabaran interaktif dan pelbagai sudut menarik untuk merakam dan berkongsi momen di Instagram.
Bagi menzahirkan sokongan kepada ibu tunggal dan sempena Hari Wanita Sedunia, Single Mom Market oleh Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia menambahkan dimensi yang bermakna kepada sambutan perayaan ini. Terletak di Tingkat 2, Pink Zone sepanjang tempoh kempen, jualan ini mengetengahkan dan mengangkat usahawan wanita dalam suasana yang diinspirasikan oleh Raya.
Sambutan perayaan di Pavilion Bukit Jalil diteruskan dengan acara yang penuh makna. Pada 11 Mac 2026, Pavilion REIT Joyful Aidilfitri Iftar with Community akan menyambut kehadiran rumah anak yatim dari seluruh Lembah Klang dalam majlis berbuka puasa di PIAZZA, Tingkat 3, yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur. Acara ini akan meraikan 600 tetamu, disokong oleh lebih 30 penyewa dan jenama di seluruh Pavilion Malls, serta menampilkan penampilan khas adiwira Monsta bagi mencipta kenangan yang bermakna dan mencerminkan semangat kemurahan hati yang menghiasi bulan Ramadan.
UCSI University (ICAD) turut menyertai sambutan perayaan dengan aktiviti budaya yang menyeronokkan. Pada 14 Mac 2026 jam 3.00 petang, kanak-kanak dan pengunjung boleh menyertai Batik Tie & Dye Art Workshop (Bengkel Seni Batik Ikat & Celup) di Centre Court untuk menghasilkan karya batik mereka sendiri. Sambutan diteruskan pada 28 Mac 2026 jam 3.00 petang dengan Batik Gaya Raya Fashion Parade (Perarakan Fesyen Batik Gaya Raya), yang memperlihatkan para pelajar memperagakan rekaan batik moden, sekali gus menghidupkan warisan tekstil tradisional Malaysia dengan sentuhan yang segar dan kreatif.
Bersempena Earth Day 2026, Pavilion Bukit Jalil akan menganjurkan WWF Eco Bazaar dari 27 hingga 29 Mac 2026 di Tingkat 3, PIAZZA. Program ini menampilkan aktiviti Scavenger Hunt pada waktu pagi yang melibatkan 20 kedai untuk pasukan seramai dua hingga empat orang, dan pemenang akan menerima barangan eksklusif WWF serta hadiah dari Pavilion Bukit Jalil. Acara ini turut merangkumi Eco Bazaar sepanjang hari, serta Lights Out Ceremony dari jam 8.30 hingga 9.30 malam, termasuk kiraan detik, simbolik memadamkan lampu dan persembahan secara langsung, semuanya dijalankan dengan pendekatan mesra alam dan polisi tanpa plastik.
Pada Raya ini, setiap kunjungan turut disertai ganjaran istimewa. Dengan kerjasama Maybank, Pavilion Bukit Jalil menawarkan ganjaran kepada pengunjung di semua tahap perbelanjaan sepanjang kempen. Berbelanja RM150 atau lebih dalam satu resit atau RM100 menggunakan Kad Kredit atau Kad Caj Maybank, untuk menebus Sampul Raya eksklusif dan Kad Monsta Galaxy. Berbelanja RM300 atau lebih dalam satu resit untuk menerima Beg Tote Monsta Edisi Terhad dan Sampul Raya eksklusif. Pemegang kad Maybank yang berbelanja RM500 atau lebih akan menerima set Cawan & Piring, manakala yang berbelanja RM1,000 atau lebih berpeluang membawa pulang set Jag Luminarc.
Sebagai sokongan terhadap Malaysia Super Sales anjuran Tourism Malaysia dari 1 hingga 31 Mac 2026, Pavilion Bukit Jalil menjemput pengunjung untuk menyertai Spend Big, Win Gold – Raya Super Sale, yang berlangsung dari 27 Februari hingga 29 Mac 2026. Pengunjung hanya perlu berbelanja RM1,000 atau lebih dalam satu resit, muat turun dan daftar di aplikasi Pavilion Bukit Jalil, kemudian muat naik resit melalui aplikasi untuk menghantar penyertaan. Pemenang bertuah berpeluang membawa pulang barang kemas emas yang menawan.
Eksklusif untuk ahli Pavilion Privileges, Raya Members’ Special menjemput ahli berbelanja RM1,500 dalam satu resit dari 27 Februari hingga 29 Mac 2026 untuk menebus empat tiket wayang TGV. Manakala, ahli Kids Club yang berbelanja RM200 dalam satu resit dalam tempoh yang sama akan menerima Set Kotak Makan Tengah Hari eksklusif. Keseronokan diteruskan buat ahli Pavilion Privileges dengan Crafty Raya Workshop (Bengkel Kraf Raya) yang diadakan setiap hari Khamis dari jam 3.00 hingga 4.00 petang. Bersempena Hari Wanita Antarabangsa, ahli yang berbelanja RM800 atau lebih sepanjang kempen Raya boleh menyertai sesi istimewa Pottery Painting (Mewarna Tembikar).
Joyful Aidilfitri – Together, Here. di Pavilion Bukit Jalil berlangsung dari 27 Februari hingga 29 Mac 2026. Daripada keseronokan dunia Monsta dan kemeriahan bazar hingga ke juadah buka puasa yang menyelerakan, terdapat acara istimewa untuk dinikmati setiap minggu. Raikan musim perayaan, cipta kenangan dan hayati semangat Aidilfitri. Berkunjunglah untuk meraikan dan pulang dengan momen yang tidak dapat dilupakan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
- Laman web : http://www.pavilion-bukitjalil.com
- Facebook : https://www.facebook.com/PavilionBukitJalil.Mall
- Instagram : https://www.instagram.com/pavilionbukitjalil/
- TikTok : https://www.tiktok.com/@pavilionbukitjalil
- Xiaohongshu : Pavilion_BJ
- YouTube : @PavilionBukitJalil

Leave a comment