ALAMANDA SHOPPING CENTRE KEKAL SAMBUTAN AIDIL FITRI DENGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

Selain membeli-belah, mereka turut mencuba aktiviti kraf tradisional Malaysia melalui bengkel anyaman Ketupat dan Mini Wau Bulan.

Pengalaman amali ini memberi peluang kepada mereka untuk mengenali warisan budaya sambil menghayati semangat perayaan musim ini.

Bagi mengukir lebih banyak senyuman, Alamanda Shopping Centre menyampaikan sumbangan duit raya kepada setiap kanak-kanak untuk dibawa pulang. Dalam satu sokongan yang murni, Browniemunch turut menyumbang kepada kemeriahan ini dengan menghadiahkan biskut dan brownies yang lazat, berserta duit raya tambahan untuk menceriakan lagi cuti perayaan mereka.

“Hari Raya menjadi paling bermakna apabila kita berkongsi kegembiraan bersama orang lain,”Melihat wajah kegembiraan kanak-kanak ini semasa memilih Baju Raya dan kasut mereka mengingatkan kita tentang erti sebenar musim ini. Di Alamanda, kami bukan sekadar tempat untuk membeli-belah; kami ingin menjadi tempat di mana kenangan dicipta dan komuniti merasa dihargai”, kata Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Majlis diakhiri dengan sesi berbuka puasa di Chakri Village, di mana kanak-kanak ini menjamu selera bersama rakan media dan pihak pengurusan Alamanda.

Keindahan Perayaan di Alamanda

Sambutan ini merupakan nadi kepada kempen Hari Raya Alamanda 2026 yang menghidupkan suasana perayaan sepanjang musim. Tahun ini, ruang Centre Court telah diubah suai menjadi “Bougainvillea Garden” yang dihiasi dengan bunga-bungaan yang mekar dan sentuhan tradisional. Ia merupakan ruang yang tenang dan indah bagi keluarga berkumpul, berkongsi detik istimewa, dan merakam kenangan Raya bersama.

Pelanggan juga boleh menyertai kemeriahan ini dengan tawaran ganjaran berikut:

  • Berbelanja RM700 dalam dua resit akan menerima sebuah kelalang bunga eksklusif dan satu set paket Raya.
  • Berbelanja RM1,500 dan ke atas akan menerima e-Voucher Membeli- belah Alamanda bernilai RM50, selain kelalang bunga eksklusif dan paket Raya.

Selain itu, Alamanda terus menyokong perjuangan sosial dengan meningkatkan kesedaran kesihatan mental melalui penjualan ‘Green Ribbon Pin’ yang tersedia sepanjang tempoh kempen.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, sila layari:

Leave a comment