MITSUI LALAPORT BBCC BAKAL DIBUKA SECARA BERPERINGKAT MULAI 20 JAN 2022

Yey, satu lagi pusat beli-belah baharu bakal dibuka di bandar raya KL tahun 2022!

IMG20220117102625

Dengan anggaran 400 kedai yang bakal beroperasi, LaLaport akan dibuka secara berperingkat-peringkat kepada umum.

Pusat beli-belah dengan gaya hidup dari Jepun ini adalah fasiliti luar negara yang PERTAMA di Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co., Ltd. Bertemakan konsep rekaan “Modern Simplicity” dan “Japanese Flavour”, ia mempunyai gaya penampilan yang sesuai dengan lokasi di pusat bandar. Pembinaannya mewujudkan suasana interaksi yang damai lagi santai menerusi gabungan fasiliti komersil, pejabat, kediaman dan hotel.

Dengan keluasan lebih daripada 82,600 meter persegi, LaLaport akan menjadi pusat beli-belah yang pertama di Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan dan menjadi LaLaport KEDUA Mitsui Fudosan di luar negara selepas Mitsui Shopping Park LaLaport Shanghai Jinqiao.

IMG20220117110116

LaLaport turut membawa jenama terkenal dari Jepun seperti NITORI, Nojima dan JONETZ oleh DON DON DOKI. Star Child, sebuah sekolah taska yang menggabungkan penjagaan kanak-kanak dan pendidikan intelektual gaya Jepun juga akan membuka kemudahan pertamanya di LaLaport.

Di sini juga bakal menawarkan pengalaman makanan yang tidak pernah dilihat di mana-mana pusat beli-belah yang mana ia menawarkan kedai yang disenaraikan oleh Michelin, tempat makan berkonsep baharu oleh Cef terkenal dengan juadah unik seperti dari Shin’Labo, Marta’s Kitchen, Buena Brasa Gastropub, DONQ/Mini One, MATCHA EIGHT, YAKINIKU SIZZLE oleh YAKINIQUEST dan banyak lagi.

IMG20220117103438

“Gourmet Street” bakal memberi pengalaman menjamu selera di kawasan terbuka, “Depachika Marche” yang menyediakan aneka makanan bungkus, medan selera “Cafeteria” dan “Garden Dining” di aras 4 yang boleh memuatkan kapasiti 1,400 orang dalam satu masa. Bagi pengunjung beragama Islam, LaLaport menyediakan satu aras khas yang menempatkan restoran-restoran Halal.

Jika penat berjalan, bolehlah bersantai di ruang acara seperti “Central Rooftop Garden” yang mempunyai keluasan kira-kira 1,700 meter persegi yang dikelilingi oleh pokok-pokok dan tumbuhan hijau. 

IMG20220117103407

Namun yang paling unik ruang acara yang dikenali sebagai “WOW PLAZA” yang terletak di tengah-tengah Gourmet Street. Tiang kayu berbentuk huruf “W” di pintu masuk menjadi tarikan utama.

Tidak sukar untuk datang ke sini jika anda tidak mempunyai pengangkutan sendiri kerana ia mudah diakses dengan tren iaitu:

  • Laluan jalan kaki yang bersambung ke Stesen LRT Hang Tuah
  • 5 minit berjalan kaki dari Stesen Merdeka

Sebanyak 2,400 unit parkir disediakan bagi pengunjung yang ingin membawa pengangkutan sendiri ke sini.

Apa lagi, jom kunjungi LaLaport mulai esok!

FITBIT CHARGE 5 BANTU TINGKAT KECERDASAN & KESIHATAN DIRI

Jam Fitbit Charge 5 terbaharu ini menyediakan Daily Readiness (dengan 6 bulan menjadi ahli premium) iaitu skor peribadi pemilik setiap hari yang akan membuat penilaian berdasarkan pada gaya kesihatan yang diambil, degupan jantung dan corak tidur, secara tak langsung membolehkan pemilik jam  membuat perancangan untuk mendapatkan tahap kesihatan yang optimum.

IMG20211127185121 (2)

Ia juga dilengkapi dengan Pengesan Kesihatan melalui peralatan ECG yang membantu mengesan kadar kesihatan jantung pemakainya.

features-stress-management-charge5-21 (2)

Pengimbas EDA pula membantu mengenalpasti pengurusan tekanan yang ada. Hanya mengambil masa TIGA minit sahaja, Pengimbas EDA akan mengesan sebarang tekanan si pemilik. Selepas tempoh itu, pemilik perlu mencari ruang ketenangan dan kemudian memberi respon tahap tekanan dengan berkongsi emoji yang diberikan.

Ia datang dalam TIGA rona iaitu:

charge5-lunar-white-device-3qtr

Putih Lunar (Soft Gold  Stainless Steel)

charge5-black-device-3qtr
Hitam (Graphite Stainless Steel)

prod0

Biru Keluli (Platinum Stainless Steel)

IMG20211127185320 (2)

Melalui paparan skrin yang cerah dan tulisan yang terang, pemakai boleh melihat kadar tekanan oksigen, dan  jumlah langkah yang telah dilakukan setiap hari.

Yang paling penulis gemari mengenai Fitbit Charge 5 adalah Sleep Tracking dan Sleep Score memandangkan penulis memang menghadapi masalah tidur malam. Dengan Sleep Tracking ini, ia akan mengesan tahap peratusan kualiti tidur seseorang itu sama ada nyenyak atau kurang nyenyak, waktu masuk tidur dan bangun pagi.

Menariknya, meskipun mempunyai banyak aplikasi di dalamnya, bateri jam ini tahan lama, iaitu 7 hari untuk tempoh penggunaan selama 168 jam. Jika anda terlupa untuk membuat pengecasan bateri apabila kadar bateri sudah semakin menurun, Fitbit akan menghantar emel yang menyatakan anda perlu membuat pengecasan bateri.

Screenshot_2022-01-06-12-18-28

Setiap minggu, Fitbit akan menghantar emel yang memaparkan maklumat antaranya mengenai  jumlah kalori yang terbakar, jumlah perjalanan, jumlah degupan jantung, dan jumlah aktiviti senaman yang dilakukan sepanjang minggu berkenaan.

Fitbit Charge 5 ini sememangnya bagus untuk mereka yang menjaga kualiti kesihatan dan gaya hidup mereka kerana ia membantu meningkatkan kadar kesihatan melalui ciri-ciri yang disediakan dalam jam kesihatan ini.

Pictures Credit:fitbit.com

#fitbitmalaysia #fitbit #fitbitcharge #fitbitwatch #fitbitcharge5 #fitbitcharge5fitnesstracker

YTL LANCAR YES 5G YANG PERTAMA DI MALAYSIA

Pasaran yang terpilih untuk menerima perkhidmatan terbaharu ini adalah Lembah Klang.

YES First To 5G Plans_1

YTL Communications mengumumkan pelancaran 5G itu pada 15 Disember lalu susulan daripada pelancaran perkhidmatan 5G Malaysia oleh Digital Nasional Berhad [DNB].

YES First To 5G Plans_2

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications Wing K. Lee berkata:

hdr
hdr

“YES bangga untuk menjadi syarikat pertama yang menawarkan 5G. Inisiatif hebat yang dijalankan oleh pihak kerajaan melalui DNB ini pasti akan memacu negara kita ke arah masa depan dunia kesalinghubungan digital. YES ditubuhkan untuk menjadikan pengalaman seharian kita lebih mudah dan lebih baik bagi semua dengan memanfaatkan teknologi tercanggih untuk diaplikasikan di dunia sebenar. Kami memainkan peranan untuk membantu Malaysia mencapai potensinya dengan memastikan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat akses 5G, dengan menyediakan pelan terbaik yang membenarkan akses terhadap 5G dan peranti 5G.”

Pelan YES #FirstTo5G

Sehubungan dengan pelancaran 5G di Malaysia, YES akan melancarkan pelan istimewa YES #FirstTo5G yang merangkumi akses 5G tanpa had sehingga 1 April 2022.

Pelanggan yang mendaftar untuk mana-mana pelan berkenaan boleh dapatkan pengalaman teknologi mudah alih generasi kelima yang terkini, yang menawarkan kelajuan lebih tinggi, rangkaian yang lebih terjamin, latensi rendah, dan kapasiti rangkaian lebih besar bersama dengan telefon mudah alih 5G.

Dengan 5G, pelanggan boleh menikmati kelajuan muat turn, melayari laman web, dan penstriman video yang lebih pantas.

Maklumat pelan berkenaan adalah seperti berikut:

  • YES FT5G Prabayar Tanpa Had
  • YES FT5G Pascabayar 49
  • YES FT5G Pascabayar 99 Telefon Bundl
  • Harga : RM30
  • 5G tanpa had sehingga 1 April 2022
  • 4G LTE(7Mbps) tanpa had + 9 GB Hotspot
  • Panggilan atas talian dan luar talian tanpa had Harga : RM49
  • 5G tanpa had sehingga 1 April 2022
  • 100GB 4G LTE
  • Panggilan atas talian dan luar talian tanpa had
  • Pelbagai telefon PERCUMA atau disubsidi untuk membolehkan pengguna menaik taraf dan menikmati 5G.

Antara pilihan telefon bimbit yang tersedia ialah

  • XiaoMi, Oppo, Vivo, Realme
  • Harga bulanan sebelum rebat RM99/sebulan
  • 5G tanpa had sehingga 1 April 2022
  • 250GB 4G LTE
  • Panggilan atas talian dan luar talian tanpa had

Cara mendaftar:

  1. Pelanggan perlu mendaftar untuk Pelan YES FT5G di laman web (ww.yes.my/FT5G), dari Pengedar Sah kami atau dari 163 outlet MyNews di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya.
  2. Jika pelanggan mempunyai telefon yang menyokong 5G, aktifkan kad SIM melalui aplikasi MyYes (App Store/Google Play)
  3. masukkan SIM ke dalam telefon untuk dapatkan pengalaman 5G. Jika berada di luar kawasan 5G, rangkaian 4G LTE YES akan digunakan
  4. Jika pelanggan tidak mempunyai telefon yang menyokong 5G, mereka boleh daftar untuk mana-mana pakej YES FT5G 99 Postpaid Bundle melalui kedai dalam talian YES’ (ww.yes.my/FT5G) untuk menikmati telefon PERCUMA atau disubsidi yang akan dihantar terus ke rumah mereka.

Rangkaian 5G buat masa sekarang merangkumi Putrajaya, Cyberjaya, dan beberapa bahagian Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Ia dijangka untuk dikembangkan ke seluruh Lembah Klang pada akhir tahun 2022.

Lee berkata juga bahawa YES sedang bekerjasama dengan gergasi dunia teknologi global dari pelbagai industri untuk membawa inovasi kelas dunia ke Malaysia, termasuklah Cloudminds, Zoom, Tencent, Lenovo, dan Qualcomm. Melalui perkongsian ini, YES bertujuan untuk membangunkan dan menyediakan penyelesaian 5G termaju di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan yang ditawarkan dan pengalaman kuasa 5G, sila layari www.yes.my/FT5G.

SISTEM INTERNET TANDAS (IoT) TINGKAT KECEKAPAN PENGURUSAN TANDAS

Sistem Internet atau Internet of Toilet ini diperkenalkan di pusat beli-belah Sunway Pyramid sebagai usaha digital dalam menaiktaraf pengurusan tandas menggunakan data yang dikumpul melalui pelbagai sensor serta monitor.

Sunway Pyramid IoT 1

Pengumpulan data ini diperoleh apabila pengguna memberi maklum balas dan pengalaman mereka tentang kebersihan tandas secara tidak langsung memudahkan pengurusan tandas dalam masa nyata.

Sunway Pyramid IoT 3

Sistem Internet yang diperkenalkan ini menyaksikan pusat beli-belah itu beralih daripada sistem bilik air konvensional kepada sistem pengurusan yang lebih efisien untuk membekalkan pengalaman yang lebih terhubung lagi lancar buat pengguna dan juga penyelia.

IMG20211207114231aa

Usaha ini merupakan sebahagian daripada langkah Sunway Pyramid untuk mentransformasikan pelbagai aspek pusat beli-belah ini secara digital, ia menyusuli usaha digitalisasi mereka yang terdahulu, termasuk ketika pandemik dan perintah berkurung.

Sebelum ini, Sunway merupakan yang pertama seumpamanya di Lembah Klang memperkenalkan:

  1. Parkir Pintar Sunway (Sunway Smart Parking) bagi mendorong penerimagunaan sistem tanpa tiket dan tanpa tunai di kawasan parkir
  2. Hab Jalinan Pengguna (Customer Engagement Hub) untuk menangani keperluan pengguna masa kini melalui pelbagai saluran walau di mana jua mereka berada

Menerusi kerjasama dengan pakar prasarana yang berpangkalan di Singapura, Rigel Technology, sistem tandas pintar yang baharu ini akan membantu mengoptimumkan prestasi dan efisiensi tandas komersial dengan memanfaatkan sistem IoT menerusi pengumpulan data. Sistem yang diperkenalkan oleh Rigel ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, dan Singapura merupakan satu-satunya lokasi yang boleh didapati setakat ini.

Biasanya kerja penyenggaraan tandas konvensional, penyelia perlu berhadapan dengan cabaran seperti:

  • prestasi kebersihan
  • pelbagai kerosakan yang mungkin tidak dapat disampaikan dengan efektif kepada juruteknik, lantas menjurus kepada pengalaman yang kurang menyenangkan buat pengguna

Namun, masalah diatas boleh diatasi dengan sistem IoT yang banyak memberi manfaat:

  • dari segi pengalaman pengguna
  • kelestarian
  • menjimatkan kos

Dengan meletakkan kelestarian sebagai teras utama bagi perniagaan serta komunitinya, Sunway giat mencari kaedah inovatif yang baharu seperti ini untuk melahirkan pengalaman bertaraf tingi buat  pelanggan mereka lantas mengambil inisiatif agar mereka turut serta sebagai sebahagian dalam pelaksanaan teknologi baharu itu yang mula digunakan di Sunway Pyramid bulan ini.

Sunway Pyramid IoT 4 (2)

Jason Chin, Pengurus Besar Sunway Pyramid berkongsi,

“Sunway sejak sekian lama menjulang konsep bandar pintar serta perbandaran lestari. Langkah kami ke sistem IoT memenuhi konsep ini yang mencakupi sebuah visi holistik, turut melangkaui kepentingan yang bukan sahaja berpaksikan kemesraan alam semata-mata. Lagi satu aspek terletak dalam penaiktarafan pengalaman buat pelanggan, yang diterjemahkan kepada pembekalan kemudahan yang terbaik serta pengurusan fasiliti berprestasi tertinggi. Itulah harapan kami dengan IoT.”

Pengenalan IoT ini membolehkan tenaga pengurusan pusat beli-belah ini menyingkap fungsi dan prestasi tandas melalui sensor dan monitor khas yang dipasang pada barangan seperti tong sampah, dispenser sabun dan tisu; termasuk kelengkapan air yang utama seperti pili, ruang urinari, dan injap tekan; serta pemantauan persekitaran seperti kualiti udara, kelembapan suhu, kaunter individu dan panel maklum balas interaktif. Juga terdapat sensor ammonia yang akan mengesan kewujudan ammonia untuk mencegah bau busuk di bilik air.

Maklumat yang dikumpul ini akan dihantar ke pelayan awan yang boleh diakses melalui platform web dan aplikasi pintar mudah alih untuk memudahkan pengurusan dan penjejakan. Sebagai contoh, tenaga pengurusan dapat memantau dengan lebih jelas prestasi bilik air, penggunaan air serta data penting lain yang membolehkan mereka mengesan sebarang anomali atau kerosakan untuk ditangani dengan segera sebelum situasi berkenaan menjadi lebih teruk, lantas mengurangkan tempoh gendala dan kos, selain menjimatkan air demi output yang lebih lestari.

Dengan mengambil pendekatan pintar ini, Sunway Pyramid juga bermatlamat untuk mengoptimumkan tenaga kerjanya untuk memaksimumkan produktiviti. Menerusi aplikasi mudah alih IoT misalnya, tukang cuci akan dimaklumkan tentang bilik tandas yang memerlukan perhatian segera dari segi kebersihan atau mengenai bahan-bahan tertentu yang perlu diisi semula, serta diberi penugasan dengan serta-merta.

“Kami sedar bahawa inovasi perlu diteruskan untuk menunaikan keperluan para pelanggan kami. Dari Sunway Smart Parking hingga Customer Engagement Hub dan Sunway eMalls, anjakan digitalisasi, inovasi dan teknologi kami baru sahaja bermula,” simpul Jason.

TERPUKAU DENGAN SUASANA KRISMAS DI AVENUE K

Memang mempersona! Terasa seperti dalam dunia khayalan!

WhatsApp Image 2021-12-11 at 17.00.39 (1)

Itu yang sesuai diperkatakan tatkala melihat hiasan dekorasi Krismas di pusat beli-belah ini lebih-lebih lagi kehadiran pokok krismas gergasi yang tersergam tinggi hingga mendongak ke langit!

Berukuran 30 kaki, pokok krismas ini dipenuhi dengan aksesori hiasan bauble berbentuk bulat beraneka saiz dan warna serta bunga poinsettia berona merah.

WhatsApp Image 2021-12-11 at 17.00.38 (2)

Di hadapan pokok krismas gergasi ini pula menempatkan beberapa gerai yang menjual makanan berupa biskut, coklat dan produk dekor untuk sambutan Krismas daripada outlet-outlet yang terdapat di dalam Avenue K antaranya Famous Amos, BreadTalk dan pasar raya Village Grocer juga Mygift.

WhatsApp Image 2021-12-11 at 17.00.39

Sempena Krismas ini, pengunjung yang berbelanja antara RM100 atau RM250 dengan maksimum TIGA resit boleh menebus baucar makanan dan beli-belah bernilai RM40 atau RM150 di Kaunter Informasi.

WhatsApp Image 2021-12-11 at 17.00.39 (4)

Pengunjung yang datang ke Avenue K juga berpeluang menyaksikan persembahan sempena sambutan Krismas dan turut serta dalam aktivit-aktiviti yang disediakan antaranya Snow Fall, Tarian Jingle Bell, Nyanyian Karol, kemunculan Santa dan pembantunya dan banyak lagi yang pastinya menghiburkan.

Bagi yang sukakan cabaran, anda  boleh menyertai pertandingan Mengira Baubles yang menjadi aksesori hiasan pada pokok Krismas. Pertandingan ini dijalankan menerusi pertandingan di Facebook.  Apa yang perlu lakukan adalah:

  1. mengira jumlah baubles yang ada
  2. ambil gambar
  3. pos jawapan dan gambar di Facebook Avenue K @AvenueKMY

Cubalah dan anda berpeluang memenangi hadiah yang hebat!

Avenue K juga tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Sempena ketibaan Krismas ini, Avenue K berkolaborasi bersama-sama C.Michael London, Max Fashion dan Nando di mana bersama-sama jenama ini, mereka akan membeli pakaian baharu, memberi perkhidmatan memotong rambut dan makan malam bersama kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary. Bagi yang ingin menderma pada kanak-kanak ini, sangat-sangat dialukan.

Memandangkan tidak lama lagi sahaja sambutan Krismas ini, jadi ambil kesempatan untuk membeli-belah di sini.

TIC TAC MALAYSIA ‘KEMPEN REFRESH and RECHARGE’ 3R DENGAN ‘LITTLE WINS’

3R itu adalah:

  • Refresh
  • Recharge
  • Raikan

Key Visual (3)

Memandangkan peranan Tic Tac dalam menawarkan ketenangan dengan cara tersendiri dan menyatukan orang ramai dengan pek ikoniknya, Mobile Legends adalah rakan kongsi yang ideal yang mana permainan dalam talian adalah forum terbaik untuk generasi muda merehatkan diri daripada kesibukan tugas harian dan memupuk semangat berkomuniti.

Tic Tac Malaysia melancarkan Kempen ‘Refresh and Recharge’ dengan matlamat memberi inspirasi kepada pemain untuk merasai kesegaran dan meraikan ‘little wins’ dalam permainan, sekali gus menghindarkan diri daripada elemen negatif dalam talian dan membangkitkan kembali sifat murni dalam diri mereka.

Key Visual (2) - Refresh & Recharge Campaign (Tic Tac x Mobile Legends)

Baru-baru ini, Refresh & Recharge (R&R) Night (RR) distrim di laman Facebook Tic Tac Malaysia, bersama DUA pemain Mobile Legends terkemuka di Malaysia, Thanuk Pri Cha (Nukk) dan Syafiq Faizin (Zynn), serta ‘lifestyle influencer’, Muhammad Syah Fitri, (Syahfit). Trio ini bertukar-tukar tip dan trik Mobile Legends eksklusif, serta meluangkan masa melihat dan mengulas koleksi sesi permainan Mobile Legends Zynn yang menghiburkan.

Acara selama satu jam itu juga termasuk perlawanan persahabatan Tic Tac Legend di mana mereka dikehendaki mengguna “chopsticks” untuk mengembalikan gula-gula Tic Tac ke dalam bekas serta membina menara Tic Tac tertinggi dari bekas kosong dalam permainan ‘Support Tower’.

Sebagai sebahagian daripada kempen ‘Refresh and Recharge’, rakyat Malaysia berpeluang memenangi lebih 1,500 aset Mobile Legends seperti Diamond (50 hingga 1,000 Diamond), Skin and Hero setiap minggu.

Apa yang perlu dilakukan adalah:

  1. Membeli Tic Tac dalam mana-mana perisa (Mint, Orange, Spearmint, dan Strawberry)
  2. memuat naik resit pembelian di www.tictac.my untuk layak.

Tic Tac juga bakal memberikan 40 hadiah utama setiap minggu, termasuk ‘Limited Edition’ dan ‘Special Skins’, ‘Heroes’ serta ‘1,000 Diamonds’.

Untuk layak menerima hadiah Bonus ini, gunakan hashtag #TicTacRecharge dan kongsi siaran awam di Facebook/Instagram anda dengan menyatakan mengapa anda suka Tic Tac.

Selepas anda mengikuti langkah yang dinyatakan di atas, hanya muat naik tangkapan layar siaran anda untuk layak bagi peraduan Bonus mingguan!

Kempen Refresh & Recharge with Tic Tac akan berlangsung dari 4 Oktober hingga 28 November 2021. Apa lagi, jangan buang masa dan sertai sekarang!

Maklumat lanjut mengenai kempen dan promosi boleh didapati di:
⦁ Laman Web Tic Tac Malaysia: ⦁ http://www.tictac.my
⦁ Laman Facebook Tic Tac Malaysia: https://www.facebook.com/tictacmalaysia/

PENULEN UDARA SK MAGIC MAMPU BEBASKAN KEDIAMAN DARI VIRUS COVID

Dikatakan ia mampu menghilangkan sehingga 99.99% virus Covid-19 di kediaman anda.

0001 a

Penulen udara terbaharu dari syarikat perkakasan rumah Korea Selatan ini diberi nama ‘All Clean Virus Fit‘.

Ia telahpun diperakui oleh US Food and Drug Administration (USFDA) sebagai peralatan kesihatan dan peranti perubatan yang dapat menghilangkan 99.99% virus Covid-19 termasuk varian terbaru, Varian Delta serta bahan pencemaran udara yang biasa seperti bakteria, habuk dan seangkatannya yang memberi kesan pada masalah kesihatan. Maka ia sangat efektif bagi mereka yang mengalami masalah pernafasan mahupun alergik agar dapat menikmati udara yang baik di dalam rumah.

“Di SK magic, kami sentiasa mencabar kemampuan kami dalam mencari solusi inovatif yang dapat memberi inspirasi dan menggalakkan rakyat Malaysia agar dapat hidup sihat dengan kualiti hidup yang baik apabila mengguna produk kami. Sejak pandemik berlaku, kami lebih aktif dalam mencipta kesedaran tentang pentingnya kualiti air yang bersih, pengambilan udara yang bersih dan melalui program CSR SK magic, kami telah memberi peralatan yang bersesuaian pada hospital dan pusat beli-belah seperti penulen udara dan penapis air supaya rakyat Malaysia dapat terus menikmati udara yang segar serta bersih apabila berada di kawasan berkenaan.

Mengambil kira faktor itu maka terciptalah Penulen Udara the All Clean Virus Fit yang dapat mengatasi virus Covid-19 termasuk varian Delta. Sepertimana produk SK magic yang lain, penulen udara ini dilengkapi dengan teknologi paling baru dan rekaan yang canggih dengan harga mampu milik untuk semua pelanggan yang ingin memperoleh susana kediaman yang bersih.”-Kim Kyung Won, Pengarah Urusan SK magic Malaysia.

Penulen udara All Clean Virus Fit ini bukan sahaja membersihkan udara di kediaman dari pencemaran yang merbahaya, yang terpenting sekali adalah fungsi steril UV Arc Core serta 8 langkah penapisan yang bekerja bersama Penapis Copper Fiber Ultrafine dapat menghilangkan 99.99% virus Covid-19 termasuk varian Delta, Human Coronavirus dan H1N1.  Untuk maksima liputan, penulen udara ini datang dengan ciri Smart 360°  All Directional Air Suction.

Dengan mengambil kira faktor penjarakan sosial di mana pengguna boleh melakukan sendiri penyelenggaraan secara jarak jauh kerana peralatan seperti kipas boleh ditanggalkan untuk kerja-kerja pembersihan.

0001000 a

Menariknya, penulen udara All Clean boleh disewa pada kadar RM79 sebulan manakala penulen udara All Clean Virus Fit boleh disewa pada kadar RM99 sebulan bermula 1 Oktober.

Maklumat lanjut:

“A Blooming New Beginning” Raikan Perayaan Tahun Baru Cina Avenue K

Diharap tema sambutan Tahun Baru Cina bakal membawa lebih banyak kejayaan dan keuntungan pada Avenue K sepanjang tahun baru 2020 ini sepertimana mekarnya kuntuman bunga-bunga yang kembang di taman Avenue K!

dav

Dihiasi dengan bunga-bunga cherry blossom dan peonies berwarna terang lagi ceria, menjadikan taman bunga di Avenue K menjadi tumpuan bagi mereka yang gemar bergambar OOTD yang mana boleh diabadikan di dalam Instagram masing-masing. Bunga-bunga ini mempunyai simbolik tersendiri yang memberi erti “pembaharuan” sempena meraikan kedatangan musim bunga manakala elemen tradisional Cina seperti kipas meraikan kehadiran Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak lama lagi. Kehadiran burung-burung di taman Avenue K pula memberi erti “panjang umur” dan kewujudan suasan romantik di ‘langit’ Avenue K dan tanglung yang terapung di udara memberi pencahayaan yang cantik pada persekitaran pusat beli-belah ini.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan aneka barangan yang sesuai dengan sambutan Tahun Baru Cina boleh berkunjung di gerai-gerai kecil yang terletak di aras Atrium. Antara yang boleh dibeli di sini adalah aneka jenis kuih-muih dan pakaian.

dav

Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini juga, Avenue K telah meraikan 20 penghuni Rumah Kasih Charity Home dengan membeli-belah dan makan malam untuk menggembirakan mereka.

Pada 3 Februari nanti, bakal diadakan majlis “Money Showering’ yang menyaksikan buah-buah oren mandarin akan dilepaskan daripada mulut “Singa” yang beraksi sambil menari di hadapan pengunjung. Buah-buah oren ini membawa simbol kekayaan dan pastinya, membawa banyak kekayaan, keuntungan dan kegembiraan pada Avenue K sepanjang tahun baru ini.

Bukan itu sahaja, Avenue K sudah menyediakan banyak aktiviti menarik pada pengunjung termasuk Street Art Lion Dance, Tarian Kebudayaan Chinese Blossom, pertunjukan seni Erhu Speed, Pertukaran Pelbagai Topeng Muka, pertujukan Daibolo, aligrafi Rainbow, persembahan musik instrumental dan banyak lagi yang memnghiburkan pengunjung.

Selain itu, pengunjung juga boleh dapatkan peket Angpow Prosperity dan beg bertuah Fortune khas Avenue K. Pengunjung perlu berbelanja minimum Rm288 (RM200 bagi pemegang kad keahlian AK Neighbours) untuk mendapatkan Peket Prosperity dan memandangkan stok ini terhad, maka pengunjung perlu menebusnya dengan cepat.

Jika anda peminat cookies pula, anda boleh dapatkan Famous Amos Chocolate Chip Cookies yang diletakkan di dalam Beg Bertuah Fortune. Anda juga boleh mendapat baucer tunai Nene Chicken. Apa yang perlu dilakukan adalah berbelanja sebanyak minimum RM388 (RM288 bagi pemegang kad keahlian  AK Neighbours). Juga terhad, ia akan diberikan pada mereka yang cepat menebusnya.

Avenue K terus berkongsi kemeriahan bermula 3 Januari sehingga 17 Januari ini dengan mengadakan pertandingan ‘Toss the Yee Sang’. Anda boleh memenangi satu set Yee Sang yang ditawarkan oleh Dolly Dim Sum melalui pertandingan media sosial. Lima set ditawarkan oleh restoran ini. Apa yang perlu dilakukan adalah meneka ‘ golden ingredients’ yang tersembunyi di dalam video online dan jika tepat, anda akan menjadi pemenangnya!

Jika anda ingin ke Avenue K dan berhadapan dengan masalah pengangkutan, boleh menaip kod promo Grab: AKCNY20 dan anda mendapat RM10 diskaun untuk DUA kali tempahan dari dan ke Avenue K. Tawaran ini juga terhad kepada 1,000 tempahan bermula 3 Januari hingga 9 Februari.

 

JDX Presto Concept Store Kini di Quill City Mall

JDX Presto Concept Store merupakan gedung konsep tanpa tunai terbesar di ASEAN.

Photo 1 (23)

Ia dibuka sebagai melambangkan usaha sama antara PUC dan Smuzcity dalam mewujudkan landskap peruncitan tanpa tunai di Malaysia iaitu gedung Dalam Talian ke Luar Talian (“O2O”) yang pertama seumpamanya.

Berkeluasan sejumlah 50,000 kaki persegi di Aras 3 (Lot 63, 63B dan 72) Quill City Mall KL, JDX Presto Concept Store menampilkan pelbagai label dan jenama produk yang merangkumi barangan Elektrikal, Gajet, Kesihatan & Kecantikan, Kelengkapan Rumah, Fesyen dan Makanan & Minuman. Penawaran-penawaran yang berjumlah sebanyak 3,000 Unit Penyimpanan Stok (SKU) ini melibatkan produk daripada J.Zao, serta produk-produk laris dari China dan rantau ASEAN.

Photo 3 (11)

Membeli-belah di gedung berkenaan adalah mudah. Pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR produk pilihan mereka dengan menggunakan aplikasi Presto dan menikmati pengalaman pembayaran mudah melalui eDompet bernama PrestoPay yang terdapat dalam aplikasi berkenaan. Pelanggan kemudiannya dapat memilih sama ada pemungutan barangan daripada gedung atau penghantaran ke pintu rumah untuk kemudahan menerusi sokongan JD Logistics, afiliasi logistik kepada peruncit terbesar China, JD.com.

Para pelanggan boleh berehat daripada aktiviti membeli-belah mereka dengan menikmati sajian ringan daripada Peti Sejuk Tanpa Kendalian Manusia (JDX Presto Unmanned Fridge) yang berada dalam kafe gedung dan dikuasai dengan teknologi AI dan RFID. Peti Sejuk ini merupakan ciptaan makmal inovasi logistik kepada JD Logistics, JDX. Dengan mengimbas paparan kod QR melalui aplikasi Presto, pelanggan berupaya membuka peti sejuk tersebut dan memilih produk kegemaran mereka. Pembayaran akan ditolak daripada PrestoPay apabila pintu peti sejuk ditutup.

Seiring dengan pelan kerajaan untuk mencapai masyarakat tanpa tunai di Malaysia, PUC telah mendukung usaha kewangan digital sepenuhnya menerusi usaha-usaha seperti penerapan PrestoPay dan pengenalan kemudahan pembiayaan mikro PrestoPay Credit Financing ke dalam ekosistem berkenaan. Di JDX Presto Concept Store, setiap transaksi tidak melibatkan tunai dan disempurnakan dengan lancar.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PUC Berhad, CHEONG Chia Chou berkata,

“Kami dengan bangga telah melancarkan Presto dua tahun lalu dan sejak itu, pasukan kami telah berusaha keras untuk memperkaya Presto dengan pelbagai penawaran digital secara berperingkat-peringkat. Dengan pembukaan rasmi gedung O2O pertama kami, hari ini sememangnya merupakan satu pencapaian penting dalam pengembaraan selama ini. Kami amat teruja untuk menyediakan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menerokai produk dan teknologi inovasi JDX menerusi PrestoMall dan menyempurnakan pengembaraan beli-belah dengan mengunjungi JDX Presto Concept Store atau sebaliknya kerana kami mempercayai bahawa pengalaman bersepadu ini adalah penting bagi pelanggan untuk merasai produk berkaitan bagi membolehkan mereka membuat pilihan, terutamanya kepada golongan yang kurang atau tidak pernah membuat sebarang pembelian dalam talian.”

Cheong menambah, “Simbol Presto diwakili oleh arnab. Pilihan arnab sebagai watak utama disebabkan oleh sifat yang mudah disayangi, kepekaan, keupayaan untuk mengemudi melalui cabaran dan kepantasan melompat, menggambarkan kecenderungan jenama Presto terhadap pertumbuhan. Menerusi pelancaran gedung O2O pertama kami, pelanggan boleh bertemu dan mengambil gambar bersama Presto, menggandakan pengalaman membeli-belah dengan unsur-unsur keseronokan dan interaktif. Barangan bertema Presto juga boleh didapati daripada gedung ini bagi pengemar Presto.”

Pengasas Smuzcity, Kent Lee Kian Yan berkongsi pendapat,

“Kami amat berbangga untuk menggunakan teknologi JDX bagi menggandakan kesenangan tanpa tunai kepada pembeli Malaysia melalui aplikasi super tempatan yang bernama Presto.”

“Pernahkah anda membayangkan diri anda membeli barangan di pusat beli-belah tanpa membawa dompet anda? Kini, dengan hanya sebuah telefon pintar di tangan, perjalanan membeli-belah anda boleh bermula. Bersama PUC, kami berdedikasi untuk menambahkan sentuhan inovasi dalam landskap peruncitan, memberikan definisi baharu dan membentukkan pengalaman beli-belah O2O yang unik kepada rakyat Malaysia,” tambah Lee.

Rakan tuan rumah rasmi, Pengarah Eksekutif Kumpulan bagi Kumpulan Syarikat Quill, Dato’ Ar. Michael Ong berkata,

“Pusat beli-belah kami memberikan sokongan sepenuh kepada usaha pembayaran digital yang memanfaatkan kedua-dua pelanggan dan peniaga. Pada Mei lalu, Presto telah menganjurkan Bazar Raya Tanpa Tunai pertama mereka di Quill City Mall KL untuk menggalakkan dan mendidik pengguna untuk membuat pembayaran barangan keperluan Hari Raya mereka tanpa melibatkan wang tunai. Usaha itu telah berjaya dan kami amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada pengembaraan mereka dalam dunia peruncitan.”

Naib Presiden Kanan Quill City Mall KL, Justin Liew menambah,

“Dengan peralihan Quill City Mall KL ke arah era ‘phygital’, JDX Presto Concept Store yang bertumpu pada infrastruktur teknologi berasaskan pengguna yang melicinkan interaksi antara pengguna dan jenama, amat seiring dengan langkah kami. Oleh sebab itu, kami amat teruja untuk berganding bahu dengan kedua-dua pihak dalam usaha-usaha yang menarik, seperti mengembangkan jenama tempatan ke platform antarabangsa.”

Bersempena pembukaan rasmi JDX Presto Concept Store, 300 pelanggan pertama dapat membuat pembelian barangan SKU terpilih pada harga RM12.12 sahaja, terhad hanya satu item bagi setiap pelanggan. Orang ramai boleh beratur mulai pukul 8 pagi dan pintu akan dibuka kepada orang ramai pada pukul 11 pagi, 12 Disember ini. Melanjutkan sambutan sehingga 15 Disember 2019, pelanggan boleh mencari dan mengimbas kod QR yang terdapat di dalam gedung dan pusat beli-belah untuk memperoleh PrestoPay Credits, yang boleh terus berbelanja dalam gedung dan servis yang terdapat dalam Presto.

Lima pelanggan yang membelanjakan nilai minimum RM50 dalam gedung tersebut dari 12 Disember 2019 hingga 31 Disember 2019 akan berpeluang untuk memenangi sepasang tiket masuk ke Taman Tema Disneyland Hong Kong masing-masing.

Jangan lepaskan peluang ke Quill City Mall KL dan menikmati pengalaman beli-belah penuh keunikan pada hari ini!

Aplikasi Presto boleh dimuat turun menerusi Apple Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut berkenaan Presto, sila layari https://www.prestouniverse.com/presto.

 

PACIFICA Perkenal Dua Produk Dapur Dari Siri Foodsmith

Dua produk inovasi terbaru  dari Foodsmith Series itu adalah The Forge dan The Vortex. Direka untuk merevitalisasikan masakan harian di rumah, perkakas ini dapat membawa pendekatan masakan moden dan gourmet kepada masakan harian ke seluruh rumah tangga di Malaysia.

(L to R)John Thi, General Manager of Pacifica and Datuk Zaidi, Chairman of Key Alliance Group succesfully unveiled The Forge and The Vortex

Menggabungkan ciri-ciri pintar seperti memasak pratetap, pembersihan keseluruhan automatik, bantuan panduan suara dan banyak lagi, perkakas pintar ini dapat meredakan usaha yang diperlukan untuk menyediakan makanan berkhasiat mengurangkan masa yang diperlukan untuk memasak pelbagai makanan berkhasiat dan sihat. Perkakas-perkakas futuristik ini telah diilhami oleh ciptaan Jepun dan diselaras untuk menyediakan masakan Malaysia.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan kedua-dua perkakas revolusi pintar ini ke pasaran. Masa adalah komoditi yang amat bernilai terutamanya untuk golongan profesional yang bekerja. Perkakas ini dapat membantu menjimatkan masa dan usaha tanpa mengkompromikan manfaat makanan berkhasiat yang dimasak di rumah selepas seharian bekerja. Ia adalah perkakas yang sempurna untuk setiap dapur di rumah, terutama bagi mereka yang merasa sukar untuk memasak dan membersih. Ini adalah penyelesaian yang amat cekap untuk keluarga moden, “kata Encik John Thi, Pengurus Besar Pacifica.

Direka untuk menyediakan pelbagai resipi termasuk sajian makanan Malaysia, The Forge dan The Vortex adalah inovasi peralatan elektrik pintar terkini.

The Forge(3)

The Forge yang dilengkapi Superior Steam Extraction Technology, yang membolehkan masakan dari setiap sudut dalam periuk yang dimeteraikan, keluli tahan karat, tidak bersalut dan tidak melekat. Sistem memasak teratur ini meningkatkan perisa umami dan asid amino manis dalam makanan, sekaligus menambah rasa dalam penyediaan makanan gourmet dari keselesaan rumah anda sendiri.

Pengguna boleh menikmati pengalaman memasak dengan pelbagai ramuan yang merangkumi ikan hingga ayam, makanan laut ke nasi, jamur hingga ke sayur-sayuran dan banyak lagi. The Forge juga dilengkapi dengan Fungsi Pensterilan yang unik yang menyinkirkan sehingga 99% bakteria, yang selamat digunakan untuk pengsterilan botol bayi, peralatan makan dan juga barangan kaca.

The Vortex(3)

The Vortex pula dilengkapi dengan sistem Double Track Heating yang direka untuk memanaskan kandungannya sambil mengekalkan nilai nutrisi pemakanan dan perisa maksimum. Sistem Independent Suspension Muting System juga mengurangkan bunyi seperti ke tahap cerek electrik mendidih, menjadikannya salah satu daripada perkakas elektrik yang paling senyap di pasaran. Pengguna boleh menyediakan pelbagai jenis minuman termasuk kopi, jus, smoothie, susu soya dan lebih banyak dengan pengisar kelajuan tinggi yang menghasilkan tekstur mikro halus, perkakas utama untuk mencapai pelbagai jenis minuman.

Reka bentuk yang inovatif telah direka dengan teliti dan dicipta untuk kemudahan, kecekapan dan mesra pengguna. Fungsi periuk bagi The Forge boleh ditukar ganti dan digunakan sebagai penghidang yang dapat mengurangkan masa pembersihan selepas makan. The Vortex dilengkapi dengan bahagian penutup lutsinar bagi pengguna melihat ke dalam dan meyaksikan proses minuman kegemaran mereka disediakan, bersama dengan fungsi pembersihan automatik yang beroperasi serta-merta selepas minuman atau pencuci mulut disediakan.

“Pacifica bertujuan untuk meningkatkan qualiti kehidupan seisi rumah tangga Malaysia dengan menyediakan perkakas memasak inovatif di setiap dapur yang memerlukan penyelesaian masakan harian mereka. Kami ingin memberi peluang kepada keluarga-keluarga untuk menikmati masakan gourmet dari dapur mereka sendiri. The Vortex dan The Forge dapat melakukan ini, dan kami berharap semua rakyat Malaysia dapat mencuba perkakas ini di pameran-pameran yang akan datang yang memaparkan peranti-peranti ini,” tambah John.

Pacifica merupakan pakar dalam peralatan dapur seperti hud dapur, hob dapur, gudang wain, ketuhar, ketuhar gelombang mikro dan ketuhar wap. Memberi keutamaan pada teknologi, reka bentuk inovasi dan prestasi sebagai faktor utama, Pacifica bertuju untuk membawa produk luar biasa yang praktikal, bergaya dan berorientasikan keluarga ke pasaran Malaysia .

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Pacifica dan produk yang lain, sila layari www.pacifica.my.