Category: hiburan
-
ALBUM ‘PERJALANAN’ OLEH SOMA KETENGAHKAN LAGU KOMPOSER DATUK S.ATAN

Penyanyi baru anak jati Selangor, Soma atau nama penuhnya Rosmah S.Sengari @ Basar, menyifatkan kelahiran album ‘Perjalanan’ ini sebagai buah tangan untuk seluruh rakyat Malaysia memandangkan lagu-lagu beliau adalah hasil ciptaan komposer yang tidak asing lagi dalam industri muzik, iaitu Allahyarham Datuk S.Atan.
-
PERFUME PARADISE WANGIAN RASMI FESTIVAL “FUTURELAND”

Warner Music Malaysia sangat teruja untuk mengumumkan perkongsian dinamik dengan Perfume Paradise sebagai wangian rasmi untuk “Futureland” Festival yang sangat dinanti-nantikan penonton di lokasi ikonik, Stadium Merdeka pada 23 November ini. Kerjasama yang menarik ini juga akan menyaksikan YES 5G menyertai sebagai rakan telco rasmi bersama perkongsian yang diumumkan sebelum ini dengan Watsons Malaysia sebagai…
-
PAMERAN POSTER #Empatbelas2024 OLAH IDENTITI SETIAP NEGERI DALAM PERSPEKTIF BARU

Pameran koleksi #Empatbelas2024 ini adalah hasil usaha APOM-A Piece of Malaysia sempena meraikan semangat Malaysia dan juga sebagai usaha untuk menonjolkan kekayaan budaya 14 negeri Malaysia.
-
MR D.I.Y SAMBUT HARI MERDEKA DENGAN MENGANJURKAN BAZAR MERDEKA

Buat kali pertama, peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, menganjurkan bazar selama tiga hari bermula dari 30 Ogos hingga 1 September, di Pavilion Bukit Jalil, bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.
-
PROGRAM “SINONIM SUDIRMAN” RAI LEGASI PENGHIBUR IKONIK

Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (KOPSTAR) menghidupkan legasi penghibur lagenda ikonik, Sudirman Haji Arshad dengan mengadakan program yang mendapat kerjasama SUMMIT USJ beserta SUDIRMAN ASSET MANAGEMENT. Dalam masa sama, program tersebut diadakan untuk memupuk serta mengetengahkan bakat muzik generasi muda Malaysia.
-
KARYAWAN PERKENAL JERSI PASUKAN BOLASEPAK & SINGLE “MAJNUN”

Majlis pelancaran bagi kedua-dua acara tersebut telah diadakan di hadapan panggung wayang ikonik yang terkenal di Jalan TAR iaitu Coliseum, sempena dengan program Santai Seni@TAR.
-
GMBB RASMI DILANCARKAN SEBAGAI MERCU KREATIVITI KUALA LUMPUR

Pusat Beli-belah Komuniti Kreatif GMBB, juga dikenali sebagai Hab kreatif yang semakin mendapat perhatian di Kuala Lumpur, akhirnya dilancarkan dengan rasminya dan disambut meriah penuh budaya, kepelbagaian, serta semangat kebersamaan Malaysia.
-
“BINTANG JALANAN-KOLABORASI ALBUM PEMUZIK JALANAN” GABUNGAN 5 PEMUZIK BERBAKAT

Kelima-lima pemuzik jalanan ini bukannya baru dalam bidang muzik malah pernah menempa nama dalam sirkit muzik tempatan. Mereka adalah AMMAL (Naib Juara AF 2016), AMIR (Mentor), ISLAH (All Together Now),YONE (antara Buskers terbaik Penang) dan NAN BLUES ( salah seorang OTAI Buskers Malaysia).
-
UMMI UMAIRAH WAKIL MALAYSIA KE PERINGKAT AKHIR WCOPA DI AMERIKA SYARIKAT
Anak saudara penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ummi Umairah Saiful Anuar, 13, menjadi wakil Malaysia ke peringkat akhir World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat, Sabtu ini.
-
JBL® HEART OF SOUND ROADSHOW PERKENAL TIGA PRODUK AUDIO BAHARU
Produk tersebut adalah 3 pembesar suara mudah alih yang dinaikkan taraf, fon telinga dan cermin mata hitam. Semua produk baharu ini boleh didapati di roadshow JBL mulai 3 hingga 7 Julai di pusat beli-belah 1U, Concourse Old Wing.