JDX Presto Concept Store Kini di Quill City Mall

JDX Presto Concept Store merupakan gedung konsep tanpa tunai terbesar di ASEAN.

Photo 1 (23)

Ia dibuka sebagai melambangkan usaha sama antara PUC dan Smuzcity dalam mewujudkan landskap peruncitan tanpa tunai di Malaysia iaitu gedung Dalam Talian ke Luar Talian (“O2O”) yang pertama seumpamanya.

Berkeluasan sejumlah 50,000 kaki persegi di Aras 3 (Lot 63, 63B dan 72) Quill City Mall KL, JDX Presto Concept Store menampilkan pelbagai label dan jenama produk yang merangkumi barangan Elektrikal, Gajet, Kesihatan & Kecantikan, Kelengkapan Rumah, Fesyen dan Makanan & Minuman. Penawaran-penawaran yang berjumlah sebanyak 3,000 Unit Penyimpanan Stok (SKU) ini melibatkan produk daripada J.Zao, serta produk-produk laris dari China dan rantau ASEAN.

Photo 3 (11)

Membeli-belah di gedung berkenaan adalah mudah. Pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR produk pilihan mereka dengan menggunakan aplikasi Presto dan menikmati pengalaman pembayaran mudah melalui eDompet bernama PrestoPay yang terdapat dalam aplikasi berkenaan. Pelanggan kemudiannya dapat memilih sama ada pemungutan barangan daripada gedung atau penghantaran ke pintu rumah untuk kemudahan menerusi sokongan JD Logistics, afiliasi logistik kepada peruncit terbesar China, JD.com.

Para pelanggan boleh berehat daripada aktiviti membeli-belah mereka dengan menikmati sajian ringan daripada Peti Sejuk Tanpa Kendalian Manusia (JDX Presto Unmanned Fridge) yang berada dalam kafe gedung dan dikuasai dengan teknologi AI dan RFID. Peti Sejuk ini merupakan ciptaan makmal inovasi logistik kepada JD Logistics, JDX. Dengan mengimbas paparan kod QR melalui aplikasi Presto, pelanggan berupaya membuka peti sejuk tersebut dan memilih produk kegemaran mereka. Pembayaran akan ditolak daripada PrestoPay apabila pintu peti sejuk ditutup.

Seiring dengan pelan kerajaan untuk mencapai masyarakat tanpa tunai di Malaysia, PUC telah mendukung usaha kewangan digital sepenuhnya menerusi usaha-usaha seperti penerapan PrestoPay dan pengenalan kemudahan pembiayaan mikro PrestoPay Credit Financing ke dalam ekosistem berkenaan. Di JDX Presto Concept Store, setiap transaksi tidak melibatkan tunai dan disempurnakan dengan lancar.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PUC Berhad, CHEONG Chia Chou berkata,

“Kami dengan bangga telah melancarkan Presto dua tahun lalu dan sejak itu, pasukan kami telah berusaha keras untuk memperkaya Presto dengan pelbagai penawaran digital secara berperingkat-peringkat. Dengan pembukaan rasmi gedung O2O pertama kami, hari ini sememangnya merupakan satu pencapaian penting dalam pengembaraan selama ini. Kami amat teruja untuk menyediakan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menerokai produk dan teknologi inovasi JDX menerusi PrestoMall dan menyempurnakan pengembaraan beli-belah dengan mengunjungi JDX Presto Concept Store atau sebaliknya kerana kami mempercayai bahawa pengalaman bersepadu ini adalah penting bagi pelanggan untuk merasai produk berkaitan bagi membolehkan mereka membuat pilihan, terutamanya kepada golongan yang kurang atau tidak pernah membuat sebarang pembelian dalam talian.”

Cheong menambah, “Simbol Presto diwakili oleh arnab. Pilihan arnab sebagai watak utama disebabkan oleh sifat yang mudah disayangi, kepekaan, keupayaan untuk mengemudi melalui cabaran dan kepantasan melompat, menggambarkan kecenderungan jenama Presto terhadap pertumbuhan. Menerusi pelancaran gedung O2O pertama kami, pelanggan boleh bertemu dan mengambil gambar bersama Presto, menggandakan pengalaman membeli-belah dengan unsur-unsur keseronokan dan interaktif. Barangan bertema Presto juga boleh didapati daripada gedung ini bagi pengemar Presto.”

Pengasas Smuzcity, Kent Lee Kian Yan berkongsi pendapat,

“Kami amat berbangga untuk menggunakan teknologi JDX bagi menggandakan kesenangan tanpa tunai kepada pembeli Malaysia melalui aplikasi super tempatan yang bernama Presto.”

“Pernahkah anda membayangkan diri anda membeli barangan di pusat beli-belah tanpa membawa dompet anda? Kini, dengan hanya sebuah telefon pintar di tangan, perjalanan membeli-belah anda boleh bermula. Bersama PUC, kami berdedikasi untuk menambahkan sentuhan inovasi dalam landskap peruncitan, memberikan definisi baharu dan membentukkan pengalaman beli-belah O2O yang unik kepada rakyat Malaysia,” tambah Lee.

Rakan tuan rumah rasmi, Pengarah Eksekutif Kumpulan bagi Kumpulan Syarikat Quill, Dato’ Ar. Michael Ong berkata,

“Pusat beli-belah kami memberikan sokongan sepenuh kepada usaha pembayaran digital yang memanfaatkan kedua-dua pelanggan dan peniaga. Pada Mei lalu, Presto telah menganjurkan Bazar Raya Tanpa Tunai pertama mereka di Quill City Mall KL untuk menggalakkan dan mendidik pengguna untuk membuat pembayaran barangan keperluan Hari Raya mereka tanpa melibatkan wang tunai. Usaha itu telah berjaya dan kami amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada pengembaraan mereka dalam dunia peruncitan.”

Naib Presiden Kanan Quill City Mall KL, Justin Liew menambah,

“Dengan peralihan Quill City Mall KL ke arah era ‘phygital’, JDX Presto Concept Store yang bertumpu pada infrastruktur teknologi berasaskan pengguna yang melicinkan interaksi antara pengguna dan jenama, amat seiring dengan langkah kami. Oleh sebab itu, kami amat teruja untuk berganding bahu dengan kedua-dua pihak dalam usaha-usaha yang menarik, seperti mengembangkan jenama tempatan ke platform antarabangsa.”

Bersempena pembukaan rasmi JDX Presto Concept Store, 300 pelanggan pertama dapat membuat pembelian barangan SKU terpilih pada harga RM12.12 sahaja, terhad hanya satu item bagi setiap pelanggan. Orang ramai boleh beratur mulai pukul 8 pagi dan pintu akan dibuka kepada orang ramai pada pukul 11 pagi, 12 Disember ini. Melanjutkan sambutan sehingga 15 Disember 2019, pelanggan boleh mencari dan mengimbas kod QR yang terdapat di dalam gedung dan pusat beli-belah untuk memperoleh PrestoPay Credits, yang boleh terus berbelanja dalam gedung dan servis yang terdapat dalam Presto.

Lima pelanggan yang membelanjakan nilai minimum RM50 dalam gedung tersebut dari 12 Disember 2019 hingga 31 Disember 2019 akan berpeluang untuk memenangi sepasang tiket masuk ke Taman Tema Disneyland Hong Kong masing-masing.

Jangan lepaskan peluang ke Quill City Mall KL dan menikmati pengalaman beli-belah penuh keunikan pada hari ini!

Aplikasi Presto boleh dimuat turun menerusi Apple Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut berkenaan Presto, sila layari https://www.prestouniverse.com/presto.

 

Terminal Pembayaran Bersepadu Untuk Transaksi Tanpa Tunai di Sunway Pyramid

Pengunjung dan peruncit dipermudahkan dengan adanya terminal pembayaran yang mempakejkan kefungsian “semua dalam satu”.

Sunway Pyramid 1

Atas sebahagian daripada usaha pendigitalan Sunway untuk membekalkan pengalaman yang serba mudah bagi para pembeli-belah dan peruncitnya, rangkaian pusat beli-belah Sunway (Sunway Malls) telah memperkenalkan Terminal Pembayaran Bersepadu (“Unified Payment Terminal” atau “UPT”), sebuah terminal pembayaran semua dalam satu yang menerima pelbagai bentuk pembayaran tanpa tunai daripada transaksi yang dibuat menggunakan e-dompet (e-wallet), kad debit dan kredit.

Sunway Pyramid 2

Langkah ini akan memberi manfaat kepada para peruncit dan pembeli-belah. Terminal Pembayaran Bersepadu berkenaan dapat menawarkan pembeli-belah lebih banyak opsyen pembayaran tanpa tunai yang dapat membuahkan pengalaman yang lebih mudah dan lancar.

Dengan cara ini, pembeli-belah tidak perlu membawa wang tunai yang banyak bersama mereka, sekali gus meminimakan kekhuatiran pengguna terhadap aspek sekuriti. Pembeli-belah juga tidak perlu membimbit duit syiling kerana mereka boleh membayar jumlah yang tepat menerusi kemudahan pembayaran tanpa tunai.

Pengenalan Terminal Pembayaran Bersepadu ini turut mengelakkan para peruncit daripada mengerahkan berbilangan buah terminal untuk menerima pembayaran, lantas dapat menjurus kepada kos sewaan terminal yang lebih rendah. Oleh kerana terminal tersebut membolehkan para peruncit menerima bayaran daripada pelbagai jenis e-dompet, maka jurang batasan untuk menerima pembayaran tanpa tunai dapat disingkirkan.

Setakat Disember 2019, Sunway Malls telah menyaksikan lebih daripada 750 peruncitnya menggunakan kemudahan pembayaran tanpa tunai, dan rakan-rakan kongsi e-dompet yang terkini meliputi:

  • Alipay
  • Boost
  • Grabpay
  • GoodKredit
  • Maybank QRPay
  • Mcash
  • NETS
  • Touch ‘n Go eWallet
  • WeChat Pay,
  • lain-lain yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Perungkaian ini juga sejajar dengan komitmen Sunway terhadap Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan mengurangkan jejak karbon para pembeli-belah, termasuk pusat beli-belah tersebut dengan memupuk gaya hidup tanpa tunai.

Untuk menggalakkan pembeli-belah menggunakan kemudahan baharu ini, Sunway Pyramid sedang menawarkan pembeli-belah peluang untuk mendapatkan 10x mata ganjaran Sunway Pals apabila mereka menggunakan kemudahan pembayaran tanpa tunai melalui e-dompet pembekal yang terlibat (Boost, GrabPay, Maybank QRPay, dan Touch ‘n Go eWallet) sehingga 31 Disember tahun ini.

Bagi pembeli-belah yang membelanjakan RM200 dan ke atas menggunakan NETS, mereka akan menerima mata ganjaran Sunway Pals yang bernilai RM15 sehingga akhir bulan Jun 2020.

HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks sementara itu menyatakan,

“Pengenalan Terminal Pembayaran Bersepadu ini merupakan antara inisiatif kami untuk menambah baik pengalaman buat para pembeli-belah dan peruncit kami di Sunway Pyramid. Kami berharap untuk membekalkan persekitaran yang lebih memudahkan, efisien dan selamat untuk setiap individu yang memilih kami sebagai destinasi pusat beli-belah pilihan mereka pada hari ini dan pada masa yang akan datang.”

Sejak Oktober lalu, Sunway Malls telah melancarkan inisiatif ini menerusi empat pusat beli-belah lain yang meliputi Sunway Velocity Mall, Sunway Putra Mall, Sunway Carnival Mall dan Sunway Citrine Hub.

Nantikan perkembangan lanjut daripada Sunway Pyramid di media sosialnya.
Ikuti perkembangan daripada Sunway Pyramid di platform media sosial yang berikut:

Sunway Malls sedang bersiap untuk menjadi antara pemilik-operator pusat beli-belah yang terbesar di Malaysia dengan projek-projek sedia ada dan yang dirancang kini meliputi NLA berjumlah 7.7 juta kaki persegi, dan angka ini bakal ditingkatkan kepada NLA berjumlah 10.2 juta kaki persegi tidak lama lagi.

Pusat-pusat beli-belah tersebut ialah:-

  1. Sunway Pyramid, Sunway City, Kuala Lumpur
  2. Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
  3. Sunway Big Box Retail Park, Sunway Iskandar, Johor
  4. Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur
  5. Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang
  6. Sunway Citrine Hub, Sunway Iskandar, Johor
  7. Sunway Giza Mall, Kota Damansara

RED READERHOOD Sumbang Buku di Jualan Buku Big Bad Wolf

Sumbangan berupa buku Bahasa Inggeris kepada mereka yang kurang bernasib baik. Syabas diucapkan kepada Red Readerhood!

BBW KL 2019 RRH _02

Jika anda seorang pengunjung setia Jualan Buku Big Bad Wolf, anda pasti arif tentang Red Readerhood! Ia adalah sebuah sudut istimewa yang disediakan secara khusus, dibarisi oleh para sukarelawan yang ceria sambil menggayakan mantel ala Red Riding Hood dan terletak bersebelahan dengan kaunter pembayaran. Walau bagaimanapun, bagi anda yang tidak tahu mengenainya atau belum pernah melihatnya sebelum ini, berikut adalah sedikit pengenalan mengenai Red Readerhood:

Red Readerhood (RRH) adalah sayap Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Big Bad Wolf Books yang berpegang teguh kepada prinsip bahawa semua orang, tanpa mengira status mereka mempunyai hak untuk memperolehi ilmu menerusi pembacaan.
● Tahun lalu, Jualan Buku Big Bad Wolf Kuala Lumpur berjaya menyumbangkan lebih 16,000 buku kepada rumah-rumah kebajikan dan anak-anak yatim di Lembah Klang.
● Sepanjang 2019, Jualan Buku Big Bad Wolf telah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai organisasi penerima manfaat di seluruh negara, mengumpul dan mendermakan lebih 35,000 buku. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ulat buku dermawan dari Pahang, Johor, Sabah, Sarawak Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu, Perak, Kedah dan Melaka!
● Inisiatif ini tidak berakhir di Malaysia, sebaliknya Red Readerhood telah banyak membantu masyarakat kurang bernasib baik di peringkat antarabangsa di negara-negara seperti Filipina, Indonesia, Taiwan, Myanmar, Korea Selatan, Pakistan dan banyak lagi.

BBW KL 2019 RRH _01

Tahun ini, sempena dengan Jualan Buku Big Bad Wolf Kuala Lumpur, Red Readerhood telah bekerjasama dengan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan global iaitu Friends to Mankind (FtMK) Malaysia bagi menjayakan projek The Book Effect.

Projek The Book Effect adalah sebuah projek sepanjang tahun yang menyasarkan untuk mengumpul 10,000 buku bagi membina perpustakaan untuk beberapa sekolah anak yatim dan pelarian di sekitar Lembah Klang. Bukan setakat itu sahaja, mereka turut merancang untuk memupuk minat suka membaca di kalangan anggota masyarakat menerusi aktiviti seperti kelab buku, sudut membaca komuniti, sesi membaca khusus oleh pelajar kolej untuk kanak-kanak di perpustakaan awam tempatan dan banyak lagi aktiviti lain bagi menyebarkan keseronokan membaca.

Sebagai permulaan, Jualan Buku Big Bad Wolf Kuala Lumpur 2019 berikrar untuk menyumbangkan 1,000 buku dan telah berjaya mengumpul lebih 11,000 buku dalam tempoh 10 hari yang lalu. Para pengunjung digalakkan untuk membeli buku di Jualan ini dan mendermakannya demi usaha murni berkenaan di sudut Red Readerhood di sepanjang tempoh 24 jam selama 11 hari, Jualan ini diadakan. Sila singgah ke sudut ini yang terletak bersebelahan dengan kaunter pembayaran di Jualan Buku berkenaan!

Sudut aktiviti Friends to Mankind di Jualan Buku

Selain daripada itu, Jualan Buku Big Bad Wolf Kuala Lumpur 2019 turut menjadi tuan rumah kepada 120 anak-anak bekas penagih dadah yang sedang menjalani pemulihan di bawah seliaan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) di Jualan ini. Aktiviti ini dianjurkan di bawah Projek Amal, sebuah inisiatif oleh PEMADAM. Kanak-kanak berusia di antara 7 hingga 16 tahun berkenaan berpeluang bersemuka dan beramah mesra dengan Pengasas Bersama Big Bad Wolf Books, Andrew Yap serta Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri Selangor, Daing Muhammad Reduan. Kanak-kanak tersebut telah dihiburkan dengan sesi bercerita sebelum dibawa meninjau Jualan Buku berkenaan dan memilih buku kegemaran mereka sambil diiringi oleh para sukarelawan. Projek Amal ini dianjurkan dengan tujuan untuk memupuk minat suka membaca di kalangan kanak-kanak semasa cuti sekolah hujung tahun dengan harapan semoga tabiat berkenaan terus berkekalan.

Jangan lepaskan peluang untuk turut sama menyumbang kepada inisiatif Red Readerhood sambil anda berbelanja di Jualan Buku Big Bad Wolf.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai acara utama serta pertandingan yang dianjurkan semasa Jualan Buku berkenaan, sila muat turun aplikasi Wolf Pack di http://www.bigbadwolfbooks.com/download dan ikuti:

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai inisiatif Friends To Mankind, sila kunjungi: https://www.friendstomankind.org/bookeffect/.

 

A&Wesomeness Tarik Lebih Pelanggan Generasi Baharu

Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas pertama Malaysia ini akan meningkatkan lagi kualiti, perkhidmatan dan inovasi kepada lebih ramai pelanggan dari golongan generasi baharu.

Picture1

Sejak diambil alih oleh Inter Mark Resources Sdn. Bhd. (IMRSB) lebih daripada setahun lalu, A&W Malaysia Sdn. Bhd., jenama rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) yang berusia 56 tahun kini dalam landasan yang betul untuk kembali hebat.

Picture8

George Ang, Ketua Pegawai Eksekutif bagi A&W Malaysia Sdn. Bhd. dan IMRSB berkata demikian ketika merasmikan A&Wesome Festival, yang berlangsung di outlet pandu dalam pertama A&W di Petaling Jaya untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat setia atas sokongan berterusan mereka selama ini.

Picture10

Menurut Ang, festival dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk keluarga dan orang dewasa, bertujuan untuk mengembalikan kenangan indah kepada pelanggan yang telah menikmati hidangan makanan segera di A&W serta menarik pelanggan generasi baharu dengan tawaran menu baru yang berkualiti dan lazat.

“Kelebihan yang kita ada ialah jenama yang mempunyai hubungan yang kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia yang membesar pada tahun 70-an dan 80-an. Mereka merayakan ulang tahun mereka di outlet kami dengan Rooty® The Great Root Bear dan mempunyai sekurang-kurangnya satu kegemaran dalam menu kami; atau mereka boleh bersantai di A&W selepas sekolah pada waktu petang untuk menikmati float RB ikonik kami.”

Beliau menambah bahawa jangkauan media sosial A&W telah mendapat sambutan positif untuk menjadikan rangkaian QSR kembali ‘hebat’ dan akan terus menghidangkan makanan yang berkualiti dan lazat yang biasa mereka nikmati semasa mereka membesar. Walau bagaimanapun, Ang percaya bahawa masa depan perniagaan rantaian QSR terletak pada kemampuan A&W untuk memenangi hati pelanggan generasi baharu, yang terdiri daripada generasi milenium.

Sejak Ang menerajui syarikat, Ang dan pasukannya telah melaksanakan inisiatif peningkatan nilai dan perkhidmatan untuk menarik minat kumpulan pengguna ini. Ini termasuklah penggunaan ayam segar dan bukannya ayam beku; mengekalkan kualiti makanan dengan menggunakan sistem masak mengikut pesanan bagi menyediakan makanan segar dan panas kepada pelanggan; dan yang paling penting, hidangan yang menyelerakan serta berinovasi, menawan selera rakyat Malaysia untuk masa yang terhad sahaja.

Pada awal tahun ini, beberapa sos baharu telah diperkembangkan menggunakan bahan-bahan yang digemari oleh rakyat Malaysia untuk Coney A&W yang terkenal, seperti Buttermilk Cheese Coney dan Sichuan Mala Coney. Ang berkata bahawa menerusi pengiklanan dan promosi, item penawaran baharu dan terhad ini menarik ramai pelanggan dan membuat mereka kembali untuk menikmatinya lagi. Ini merupakan arah tuju yang akan diteruskan oleh syarikat.

Bercakap tentang inovasi, Ang menambah bahawa kios dessert A&W baharu dijangka dibuka di pusat beli-belah yang popular tidak lama lagi.

“Kios kami akan menawarkan menu yang berbeza berbanding outlet-outlet kami seperti Waffle To Go, yang merupakan salah satu hidangan dessert seperti wafel dan ais krim kegemaran pelanggan, tetapi digabungkan dengan ais krim lembut untuk mudah dimakan; dan Float on Cone, yang merupakan sorbet RB dengan ais krim vanila lembut (soft serve),” katanya lagi.

“Dessert kami sememangnya kegemaran pelanggan di outlet kami. Konsep kios dessert yang baharu yang menawarkan Float on Cone, yang sinonim dengan kami, pasti akan menarik hati pelanggan sasaran kami yang lebih muda!” tambah Ang.

Selain menambah item baharu pada menu, Ang berkata banyak usaha telah dilakukan dalam melatih kakitangan supaya menjadi lebih cekap dalam perkhidmatan mereka dan memastikan standard makanan yang disajikan adalah tinggi. “Sejak kami mengambil alih, kami tidak berhenti-henti berusaha untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan di outlet kami. Kami telah menubuhkan Akademi A&W untuk melatih atau melatih semula kakitangan dan menjalankan pertandingan dalam kalangan mereka untuk memberi motivasi perkhidmatan yang baik,” jelas Ang.

Untuk menjadikan A&W lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia, A&W Malaysia merancang untuk menambah bilangan outlet, kemudahan pandu dalam dan kiosk. “Pada awal tahun 2020, kami akan membuka outlet A&W yang sangat unik di Seventeen Mall di PJ yang berkonsepkan hip dan bergaya, mengembalikan reka bentuk dalaman A&W yang retro. Outlet ini akan menghidangkan sarapan pagi dan lain- lain sepanjang hari sambil anda menikmati muzik dari tahun 70-an dan 80-an. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan bilangan outlet sedia ada dari 48 kepada 100 buah outlet, yang sebahagiannya adalah kemudahan pandu dalam dan kiosk menjelang 2021,” kata Ang.

Tandakan suka pada halaman Facebook A&W Malaysia di https://www.facebook.com/AnWMalaysiaOfficial/ untuk maklumat terkini tentang festival dan menu outlet A&W.

 

SHOPEE dan KPLB Jalin Kerjasama Manfaat Produk Usahawan Luar Bandar

Kerjasama ini bertujuan memperkasakan ribuan peniaga luar bandar untuk menjalankan perniagaan atas talian. Dengan perasmian Kedai Desaauto@KPLB ini juga dapat memanfaatkan peniaga-peniaga ini sempena kempen 12.12 Birthday Sale.

Picture 1

Memandangkan nilai bersih sektor e-dagang ASEAN dijangkakan mencecah US$153 bilion pada tahun 2025, Shopee bekerjasama rapat dengan pihak Kerajaan untuk mempersiapsiagakan peniaga tempatan dengan kemahiran, ilmu dan peluang untuk memasarkan produk mereka atas talian.

Picture 3

Bulan lepas, Shopee telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Elokal, pembolehdaya yang dilantik Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi memastikan usahawan luar bandar tidak ketinggalan. Kedai rasmi Desamall@KPLB telah dilancarkan, mengenengahkan produk buatan tempatan seperti sambal, dodol, buku, baju kurung dan banyak lagi.

Meneruskan kejayaan tersebut, pihak Kementerian melancarkan sebuah kedai pengkhususan automotif atas talian di Shopee. Dikenali sebagai Desaauto@KPLB, inisiatif tersebut dijangkakan memberi manfaat kepada lebih 200 usahawan luar bandar yang mengilang dan mengedar produk automotif seperti tayar, bahagian gantian dan minyak enjin. Ini memberi mereka peluang untuk menjangkau pelanggan berpotensi baharu seluruh negara dan rantau melalui perkhidmatan melangkau sempadan Shopee, Platform Antarabangsa Shopee. Sebagai pemulaan, 100 produk akan didapati di kedai rasmi atas talian tersebut.

“Sekitar 24% daripada populasi Malaysia menginap di kawasan luar bandar, dan fokus utama Kementerian saya adalah untuk memajukan infrastruktur, kedudukan ekonomi dan pendapatan penduduk luar bandar. Masih banyak yang perlu dilakukan bagi kawasan luar bandar. Desamall@KPLB dan Desaauto@KPLB di Shopee adalah antara dua inisiatif KPLB yang akan memastikan usahawan luar bandar tidak ketinggalan dalam arus permodenan terkini sejajar dengan Revolusi Industri 4.0. Sasaran kami untuk tahun 2020 adalah untuk mempersiapkan 5,000 usahawan luar bandar baharu. Kami telah menyediakan kerja dasar untuk mereka dan dengan perancangan yang menarik ini, kami yakin yang kita akan berjaya mencapai sasaran kita. Tanggungjawab seterusnya adalah atas bahu warga luar bandar untuk mengambil langkah ke hadapan dan menggunakan peluang yang disediakan ini sepenuhnya,” ucap Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun yang merasmikan pelancaran kedai rasmi Desaauto@KPLB di Shopee, di W Kuala Lumpur.

Shopee 12.12 Birthday Sale yang Hebat Buat Semua

Pelancaran Desaauto@KPLB telah diadakan bersempena dengan pengumuman Shopee 12.12 Birthday Sale yang berlangsung dari 28 November hingga 12 Disember. Shopee akan mengadakan acara hiburan dan promosi sebagai ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan padu mereka yang tidak berbelah bahagi, termasuk tawaran harian RM12, penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM12, dan 12 juta Shopee coins untuk dimenangi di Shopee Catch.

Eksklusif Hanya Untuk Pengguna Shopee

SUV premium PROTON yang pertama, Proton X70 kini tiba di Shopee. Kunjungi kedai rasmi Proton di Shopee dari 3 Disember hingga 31 Disember 2019 untuk menikmati bayaran tempahan serendah RM99.00. Di samping itu, 50 pelanggan pertama yang mendaftar Proton X70 mereka sebelum 31 Disember 2019 juga akan menerima baucar-baucar Shopee berjumlah RM2,000 serta dapat menikmati promosi lain yang sedia ada dari PROTON.

Tawaran dan diskaun eksklusif dari Mydin, Petronas, AEON BiG, Castrol, DNA by Dynas, Mikaseries, Bridgestone Bicycle, Xixili, SimplySiti by Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Phewiiit by Amy Search, C’ by Jane Chuck, White Fluffy by Janna Nick, Pureen, Bum Equipment dan banyak lagi menambah kepada kehebatan sambutan 12.12 Birthday Sale. Jenama-jenama ini boleh didapati hanya di Shopee pada 12.12 Birthday Sale ini!

Dalam pada sambutan ulang tahun kelahiran Shopee,  pengguna kini boleh menambah nilai bagi telefon bimbit dan membayar bil Astro, air, dan elektrik mereka dengan mudah melalui ciri baharu Reloads, Vouchers, and Bills yang terdapat di aplikasi Shopee. Para pengguna juga berpeluang untuk mendapatkan pulangan tunai Shopee coins sebanyak 10% semasa membayar bil mereka di Shopee. Pada 12 Disember sahaja, pulangan tunai dinaikkan kepada 12%. Setiap pengguna terhad kepada pulangan tunai Shopee coins sekali sahaja bagi tempoh kempen.

Tahun ini merupakan tahun yang amat bermakna bagi platform e-dagang nombor 1 Malaysia dengan tercapainya pelbagai peristiwa penting.

“Kami mahu mengakhiri tahun 2019 dengan sambutan bermakna yang memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Pelancaran Desaauto@KPLB meneruskan usaha kami untuk memperkasakan dan memberi kebolehan kepada usahawan tempatan, dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada mereka untuk berkembang maju dan berjaya atas talian. Ini termasuk bengkel percuma kami bagi para penjual, Shopee University yang membimbing mereka mengenai cara-cara untuk mengoptimumkan perniagaan mereka secara atas talian sambil kami mengurus dan menyetempatkan kempen jualan untuk meningkatkan prestasi jualan usahawan-usahawan Shopee,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee.

Lebih Banyak Tawaran Hebat, Sukar Dilepaskan!

● Dimsum – Servis langganan video atas permintaan melancarkan ciri Watch & Shop di mana para pelanggan boleh membeli barang yang seumpama dengan barang yang ditayangkan di drama atau filem, di Shopee. Dari 5 hingga 15 Disember, gunakan DIMSUM1212 untuk menikmati diskaun RM10 dengan perbelanjaan mininum sebanyak RM35 melalui ciri ini. Tawaran eksklusif untuk pengguna baharu Shopee sahaja.
● Standard Chartered, RHB, CIMB Bank, HSBC, UOB – Pemegang kad bakal menikmati ganjaran apabila membeli-belah di Shopee pada 12.12 Birthday Sale ini.
● Visa – Menangi hadiah sebanyak RM300,000.
● The Alley – Tempah The Alley X Shopee Smoothie eksklusif, dan nikmati dua (2) cawan Brown Sugar Creme Brulee Milk dengan hanya RM22.
● Pizza Hut – Dapatkan satu (1) pizza regular pada RM9.99 pada 12 Disember sahaja.
● Sushi King – Nikmati satu (1) California Temaki pada RM1.20.
● Baskin Robbins – Beli satu (1) dan dapatkan satu (1) Chocolate Blast Beverage percuma.
● Dunkin’ Donuts – Nikmati sebiji donut pada RM1.20; beli satu (1) dapatkan satu (1) kopi percuma.
● KFC – Beli satu (1) percuma satu (1) untuk produk terpilih.
● FPX – 5,000 baucar bakal dinikmati bagi 2,500 pembeli pertama melebihi RM100 pada 28 dan 29 November.

Ho mengulas,

“Shopee 12.12 Birthday Sale ini juga direka sebagai ucapan terima kasih kepada pengguna atas sokongan luar biasa mereka dengan tawaran terhebat pada akhir tahun. Kami telah melancarkan semua tawaran ini dan ganjaran eksklusif supaya rakyat Malaysia dapat turut serta bersama kami dalam sambutan ini dan menamatkan tahun ini dengan baik. Pelbagai tawaran menarik diadakan pada 12.12 Birthday Sale ini dan kami berharap ia akan membantu anda dalam persediaan menjelang tahun baru.”

Untuk menikmati tawaran ulang tahun kelahiran Shopee pada 12.12 Birthday Sale ini, layari http://shopee.com.my/1212

BATA Sumbang 150 Pasang Kasut

Syabas BATA kerana membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari Gereja St Mark, Seremban ini mendapat kasut baru untuk ke sekolah tahun hadapan!

IMG_6483

Majlis sumbangan dan penyerahan kasut sekolah ini diadakan di cawangan Bata, Nu Sentral, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh kira-kira 20 kanak-kanak yang sanggup datang awal pagi dari Seremban bersama fasilitator yang bertindak sebagai  pengiring.

IMG_6410

Serahan sumbangan kasut sekolah ini dilakukan oleh Pengarah Urusan Bata Malaysia, Encik Ajay Ramachandran bersama-sama Influencer Media Sosial bagi Bata Malaysia yang terbaharu untuk Kempen Kembali ke Sekolah iaitu Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.

Dengan bantuan wakil Bata Malaysia dan fasilitator, kanak-kanak yang berusia antara 7 hingga 17 tahun sangat gembira apabila berpeluang memilih kasut sekolah yang mereka ingini untuk dipakai sempena buka sekolah tidak lama lagi!

Encik Ramachandran menyatakan bahawa Bata percaya dengan memberi sumbangan dan bantuan yang sebaiknya kepada kanak-kanak ini dapat memberikan mereka mencapai potensi yang sepenuhnya.

“Memberi sumbangan berupa kasut sekolah mungkin perkara yang biasa namun sebenarnya sepasang kasut adalah penting pada kanak-kanak, tidak kira bagaimana kehidupan mereka, perlu memiliki sepasang kasut sekolah yang sesuai untuk mereka menghadiri alam persekolahan. Kasut sekolah yang selesa dan bertetapan dengan kaki mereka memberi impak yang bagus kepada kanaka-kanak ini yang mana boleh meningkatkan semangat mereka, lebih fokus sewaktu belajar dan mudah menguasai ilmu di dalam kelas”

IMG_6384

Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar pula berasa gembira dapat menghadiri program  bersama-sama dengan kanak-kanak dari Gereja St Mark ini.

“Saya sentiasa percaya pada membuat sumbangan kepada komuniti-saya merasa gembira Bata berkongsi kepercayaan itu bersama dengan saya. Adalah sangat penting untuk sesebuah organisasi itu tidak melupakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan menyokong komuniti semampu boleh”

Sumbangan kasut sekolah ini dijalankan melalui Program Kanak-Kanak Bata (BCP). Dilancarkan pada tahun 2011, ia memfokuskan kepada memberi bantuan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di negara yang mempunyai jenama ini. BCP sangat dedikasi kepada idea yang setiap kanak-kanak perlu diberikan peluang yang dapat membantu mereka mencapai potensi masing-masing.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan mengikut FB: (Bata Home) atau IG (@batamalaysia)

“A Starry Christmas” dan Star Wars: The Rise of Skywalker Meriahkan Pavilion KL

Pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur ini membawa kemeriahan hari Natal bersama sambutan “A Starry Christmas” yang mengasyikkan, menandakan permulaan yang menggembirakan untuk musim beli-belah, makan dan masa keriangan akhir tahun!

 

dav

Buat pertama kalinya, Pavilion KL berganding dengan The Walt Disney Company Malaysia bagi meraikan kejaiaban Krismas sempena dengan pelancaran filem yang sangat dinantikan iaitu Star Wars: The Rise of Skywalker, filem terakhir daripada francais STAR WARS.

hdr

Mulai 19 November hingga 31 Disember, peminat Star Wars boleh merasai kehangatan pengembaraan antara galaksi yang hebat di Centre Court yang mana anda akan disambut dengan ‘lightsabers’ merah dan biru yang menjulang tinggi. Ketika anda menuruti Spanish Steps sediakan kamera untuk bergambar bersama Sith Troopers manakala terapung di tengah Centre Court adalah Replika Milennium Falcon terbesar yang telah menerima anugerah oleh Malaysia Book of Records.

Berukuran sebesar 30 x 40 kaki, replika yang tersergam indah itu menarik pengujung dengan pertunjukan cahaya pada pukul 8 malam setiap hari. Jangan dilupakan merasai pengalaman interaktif di stesen Hyper Drive and Cockpit Access untuk mengambil gambar kenangan, selain membeli barangan khas Star Wars.

Tahun lalu, Pavilion KL bekerjasama dengan Disney membawa kempen “Disney Celebrate The Magic-Dream Christmas” sempena dengan “Mickey’s 90 Years”. Pavilion KL memenangi Emas di Anugerah “CASC-PPK Best Experiential Marketing 2019”. Jun 2019 hingga Januari 2020, sekali lagi bekerjsama dengan Disney dan Crave Asia untuk membawa pameran “Marvel Studios-Ten Years of Heroes Exhibition Malaysia” buat pertama kalinya di Malaysia.

Kempen Star Wars kali ini tidak kurang hebatnya. Peminat Star Wars akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk peluang bertemu watak-watak Star Wars kegemaran seperti C-3PO, R2-D2, Stormtroopers, latihan ‘lightsaber’ dalam usaha menjadi seorang Jedi di ‘Star Wars Jedi Experience”.

hdr

“Kerjasama kami dengan Disney telah menyajikan pengunjung dan pelawat dengan peluang untuk merasai pengalama bersama Mickey, Marvel dan sekarang Star Wars dengan cara yang sangat menyeluruh dan penuh interaktif. Komitmen kami di Pavilion KL adalah untuk terus meningkatkan mutu standard serta memberi pengunjung dan pelawat pengalaman yang hebat dan kreatif di setiap kesempatan yang ada.” ujar Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif (Peruncitan) Pavilion KL.

Jangan lupa bergambar dan hashtag #PaviliomKL #AStarryChristmasXPKL

Semangat Musim Cuti Menjadi Nyata di Pavilion KL

Singgahlah di “YSL Beaute’s Holiday Look 2019 High on Stars Collection” di Pintu Utama Aras 3. Aktifkan “Spritzer’s Sparkling Holiday” di Connection Aras 3 di mana anda akan menemui gerai foto untuk menangkap gambar Krismas dan menebus sampel percuma Spritzer Sparkling 325ml dari 1 hingga 29 Disember 2019.

Dapatkan ganjaran untuk pembelian di seluruh Pavilion KL dengan menebus dan membawa pulang beg bagasi ukuran kabin Edisi Terhad Star Wars percuma dengan pembelanjaan minimum sebanyak RM5,000 dalam satu resit (RM3,000 dengan kad kredit Maybank). Selain itu, anda juga boleh menebus flask vakum Edisi Terhad Star Wars percuma dengan perbelanjaan sebanyak RM1,5000 dalam satu resit (RM1,000 dengan kad kredit Maybank).

Idea Hadiah

Belilah hadiah sempena musim cuti dan balutkannya di Santa’s Workshop di Dining Lot, Aras 7. Dapatkan koleksi Star Wars di kedai-kedai termasuk konsep Royal Selangor yang baru dibuka dimana anda akan menemui koleksi Star Wars dengan watak-watak ikonik termasuk Yoda, Darth Vader dan Boba Fett yang diabadikan dalam piuter. Di kedai konspe MCM yang baru dibuka di Couture Pavilion pula, dapatkan aksesori kulit dan fesyen terbaru sebelum menuju ke Fashion Avenue untuk mencari koleksi alat solek baru.

Makan, Minum dan Bergembiralah

Perayaan akhir tahun adalah masa untuk berkumpul, bertemu dan mengimbas kembali peristiwa tahunan. Rasailah pengalaman yuletida ketika menjamu selera dengan kepelbagaian masakan antarabangsa di Pavilion Kl, Connection atau bergembira di Red Box Plus, Cloud Nine dan Saro Lounge. Musim ini adalah peluang terakhir melihat Pameran “Marvel Studios-Ten Years of Heroes Exhibiton Malaysia di Aras 10 sebelum ditutp pada Januari 2020. Pelbagai persembahan Krismas, Santa Greet & Meet dan nyanyian karol menanti anda di Paviion KL!

Maklumat lanjut, layari atau hubungi:

AEON Taman Maluri Perkenal Konsep ‘Aeon Style’

Konsep yang diperkenalkan oleh Aeon ini adalah pertama seumpamanya di Asean! Dan ia kini dikenali sebagai AEON Style Taman Maluri.

Image 4

Setelah DUA tahun menjalani proses naik taraf, kini pusat beli-belah AEON Taman Maluri tampil semula dengan penampilan wajah baharu dan segar.

Dengan kos perbelanjaan sekitar RM300 juta melibatkan pertambahan ruang komersil berkeluasan 42,460 meter persegi (450,000 kaki persegi) dengan lebih daripada 120 unit merentasi tujuh tingkat, ia dilengkapi dengan lebih daripada 1,500 ruang letak kereta yang terletak di empat tingkat untuk memudahkan pengunjung yang datang membeli-belah di situ.

Pusat beli-belah AEON Taman Maluri  ini menawarkan konsep “AEON Style” yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara. Tujuan utama AEON menawarkan konsep “AEON Style” adalah untuk memperkaya kehidupan masyarakat serta meningkatkan pengalaman pengunjung. AEON Taman Maluri yang diperbaharui ini kini dikenali sebagai AEON Style Taman Maluri.

Konsep AEON Style ini bertujuan untuk mewujudkan ruang khas di dalam pusat beli-belah ini yang menawarkan keselesaan dan kesenangan kepada para pengunjung yang membeli-belah serta meluangkan masa dengan yang tersayang. Pusat beli-belah ini dinaiktaraf untuk menyediakan ruang yang lapang kepada para pengunjung untuk berjalan dengan selesa, memudahkan pengendalian kerusi roda dan kereta sorong bayi sambil menikmati pengalaman membeli-belah. Para pengunjung juga boleh menikmati pelbagai jenama fesyen serta makanan tempatan dan antarabangsa yang pasti memikat selera para pengunjung.

Di AEON Style Taman Maluri, perkhidmatan baharu seperti ‘Baby Advisor’ merupakan penasihat terlatih dan disahkan oleh AEON Japan. ‘Baby Advisor’ ini menawarkan nasihat profesional mengenai penjagaan dan produk bayi kepada para wanita hamil dan kaum ibu. AEON Taman Maluri merupakan pusat beli-belah pertama dan satu-satunya yang memperkenalkan perkhidmatan ini di luar negara Jepun. Bagi mewujudkan sebuah pengalaman membeli-belah yang terbaik, tempat duduk khas juga disediakan untuk para wanita yang bakal bergelar ibu ini selepas seharian membeli-belah.

Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD., Shinobu Washizawa berkata,

“Dengan penampilan baharu yang menggunakan konsep AEON Style ini, selaras dengan matlamat utama kami untuk terus kekal relevan bagi memenuhi keperluan trend yang giat berubah bagi setiap generasi. Konsep ini mampu menggambungkan barisan produk dari AEON dan meningkatkan perkhidmatan pelanggan dengan menawarkan pengalaman membeli-belah yang holistik. Para pengunjung amat dialu-alukan untuk melihat ruangan dalaman yang diilhamkan dengan konsep alam semula jadi, pilihan makanan dan minuman yang menarik dan merasai pengalaman membeli-belah yang hebat yang dapat memenuhi keperluan pelbagai spektrum daripada bayi ke generasi yang lebih berusia.”

Kewujudan pengangkutan rel sebagai satu daripada mod pengangkutan terpenting negara seperti Transit Aliran Deras (MRT) dan juga Transit Aliran Ringan (LRT) memberi akses dan kemudahan kepada para pengunjung untuk ke pusat beli-belah AEON Taman Maluri.”

Image 2

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail telah turun padang untuk merasai pengalaman perjalanan dari MRT Taman Suntex ke MRT AEON Maluri pagi ini.

Beliau turut diiringi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YBhg Datuk Muez bin Abdul Aziz; Pengerusi AEON CO. (M) BHD., Datuk Iskandar bin Sarudin; Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD., Shinobu Washizawa; Pengarah Perhubungan Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Dato’ Najmuddin Abdullah; Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail MRT Laluan Sg Buloh-Kajang, Azmi Md Zain dan Pengurusan Tertinggi AEON CO. (M) BHD.

Stesen MRT AEON Maluri disambungkan dengan pusat membeli-belah melalui terowong pejalan kaki bawah tanah, manakala stesen LRT Maluri terletak hanya beberapa minit dengan berjalan kaki. Penyediaan pelbagai mod pengangkutan seperti MRT Sungai Buloh – Kajang Line; LRT Ampang & Sri Petaling Line; LRT Kelana Jaya Line; Monorel Line yang dihubungi melalui interchange station memudahkan pergerakkan para pengunjung. Ini menjadikan lokasi AEON Taman Maluri amat strategik kepada penduduk bandar.

Terowong pejalan kaki yang disambungkan dengan stesen MRT AEON Maluri dan stesen LRT Maluri ke pusat beli-belah AEON Taman Maluri, menawarkan para pengunjung pengalaman berjalan selama lima (5) hingga sepuluh (10) minit sahaja untuk sampai ke pusat beli-belah AEON Taman Maluri.

Kanak-kanak akan teruja dengan adanya ‘Kids Republic’ di AEON Style Taman Maluri ini di mana mereka dapat bermain dengan mainan pendidikan, melihat alat tulis kreatif dan inovatif yang tersedia selain dari pelbagai pilihan pakaian. Bersempena dengan Pembukaan Rasmi AEON Taman Maluri, aplikasi mudah alih khas untuk ‘Kids Republic’ bakal diperkenalkan bagi menawarkan tip-tip mengasuh anak dan diskaun eksklusif pada AEON Mommy’s Day.

Pusat beli-belah AEON Taman Maluri akan terus mengekalkan nama baik AEON dengan menyediakan kemudahan baharu malah lebih baik kepada para pengunjung. Kemudahan yang menarik disediakan dengan adanya tandas mesra ibu bapa, meningkatkan perkhidmatan pengiring keselamatan, menyediakan parkir khas untuk wanita, kaunter lost-and-found, perkhidmatan pertolongan cemas dan kaunter maklumat pusat beli belah. Bukan itu sahaja, tawaran lain yang disediakan di pusat beli-belah AEON Taman Maluri termasuklah surau yang mempunyai set lengkap untuk menunaikan ibadah solat. AEON CO. (M) BHD. juga memberi keutamaan kepada kebersihan dengan menukar set telekung pada setiap hari.

Untuk mengekalkan jangkaan para pengunjung, pusat beli-belah AEON Taman Maluri yang telah dinaiktaraf ini juga menawarkan ruang Customer Relaxing kepada para pengunjung untuk berehat seketika. Ia terletak di tingkat pertama dan ia dilengkapi dengan pengecas mudah alih percuma dan akses WiFi kepada para pengunjung sebelum meneruskan aktiviti membeli-belah.

Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD., Shinobu Washizawa turut berkata,

“Gaya hidup dan nilai pelanggan berubah secara drastik seiring dengan transformasi dalam peruncitan. Oleh hal yang demikian, kami perlu terus menaiktaraf dan menambahbaik pusat-pusat beli belah AEON yang sedia ada serta menubuhkan beberapa ‘General Merchandise Store’ dan ‘MaxValu Prime Supermarket’ untuk menjana pertumbuhan dan memantapkan komuniti kejiranan tempatan.”

Pusat beli-belah AEON Taman Maluri ini terletak di kawasan pusat Cheras. Pusat membeli-belah ini mula beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam pada hari Ahad hingga Khamis, dan 10 pagi hingga 11 malam pada hari Jumaat dan Sabtu.

Dengue Patrol Rentasi 131 Sekolah Demi Kempen Pencegahan Denggi

Dengue Patrol 2019 menjangkaui lebih 795,000 menerusi aktiviti Dasar dan Digital
Inisiatif di seluruh negara dalam menyampaikan kepentingan pencegahan denggi di kalangan pelajar dan komuniti

Dengue Patrol (2)_lr)

Dengue Patrol, sebuah kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Sanofi Pasteur, diperkenalkan pada tahun 2011 dan melibatkan beribu-ribu pelajar setiap tahun untuk mengisi peranan sebagai Ahli Patrol Denggi di sekolah masing-masing dengan menerajui aktiviti dasar dan digital yang melangkaui dinding sekolah ke masyarakat sekeliling.

Dengue Patrol (3)_lr

Sewaktu Majlis Pengiktirafan Dengue Patrol 2019, Timbalan Menteri Pendidikan Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching, diwakili oleh Puan Faridah Yang Razali, Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Murid), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, mengiktiraf usaha semua sekolah dan Ahli Patrol Denggi yang berdedikasi dalam perjuangan mereka untuk menghapuskan denggi.

Yang Berhormat Puan Teo berkata,

Dengue Patrol 2019 terus mempamerkan kreativiti, kepintaran dan dedikasi pelajar-pelajar yang layak untuk mendapat pujian dan pengiktirafan atas usaha luarbiasa mereka. Saban tahun, kita terus melihat hasil yang membuktikan mesej kesedaran denggi dan kepentingan pencegahan disampaikan dan diperkuatkan di kalangan rakan-rakan dan anggota komuniti mereka. Contoh positif sedemikan mengingatkan bahawa kita semua perlu memainkan peranan sebagai warga yang bertanggungjawab dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada setiap Ahli Patrol Denggi kerana menjadi seorang contoh yang baik, termasuk guru-guru yang aktif membimbing dan menyokong mereka sepanjang masa.”

Sejumlah 131 sekolah rendah dan menengah telah mengambil bahagian di peringkat negeri, dengan 50 buah sekolah maju ke peringkat kebangsaan, terdiri daripada 32 juara negeri dengan tambahan 18 sekolah yang dipilih menggunakan format yang baharu.

Gabungan usaha mereka menyerlah dengan 15,215 inisiatif dasar yang menjangkaui lebih daripada 795,673 orang dan sejumlah 564,786 aktiviti atas talian termasuk kuiz denggi dalam talian, iaitu antara kriteria utama penyertaan program ini. Pada tahun ini, sejumlah 44,793 kuiz denggi disempurnakan, menandakan pencapaian tertinggi, yang jelas menunjukkan keberkesanan usaha para pelajar untuk mendorong pemahaman yang lebih baik di kalangan orang ramai tentang penyakit ini.

Contoh inisiatif kreatif yang menyerlah adalah lakonan berunsur pendidikan, pameran, maklumat grafik, video pendek, animasi, aktiviti gotong royong, pertandingan seni, aktiviti penglibatan masyarakat dan tembual bersama pegawai kesihatan. Para pelajar turut mengambil inisiatif untuk melibatkan selebriti Malaysia seperti Janna Nick, Bella Dally, Ziana Zain, Fasha Sandha, Rozita Che Wan, Marsha Milan Londoh, Nabila Razali, Anuar Zain, Remy Ishak dan Rahim Sepahtu, antara lainnya, dan menggunakan pengaruh media sosial dengan hasil yang mengagumkan.

Usaha mereka turut mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh awam, termasuk Menteri Pendidikan Yang Berhormat Dr Maszlee Malik; Menteri Kesihatan Yang Berhormat Datuk Seri Dr Haji Dzulkefly Ahmad; Menteri Belia & Sukan Yang Berhormat Syed Saddiq; dan Menteri Industri Utama Yang Berhormat Teresa Kok.

Sekolah dengan kempen kesedaran dan pencegahan denggi yang paling berkesan dalam Kategori Sekolah Rendah dimenangi Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang (Selangor). Kehadiran media sosial yang aktif, dengan jumlah 462 hantaran menghasilkan sejumlah 41,288 tontonan manakala aktiviti dasar mereka termasuk mencipta dan mengedarkan risalah pendidikan, menganjurkan ceramah, mengumpul ikrar anti-denggi, pertandingan seni dan persembahan nyanyian dan tarian untuk rakan-rakan pelajar yang lain.

Dalam Kategori Sekolah Menengah, Sekolah Menengah Kebangsaan Baru Bintulu (Sarawak) diumumkan sebagai pemenang. Video mereka yang amat berkesan menggambarkan kisah menyentuh hati tentang seorang pelajar bernama Lika yang meninggal dunia akibat denggi serta kisah penglibatan rakan karib Lika dalam Dengue Patrol 2019 bagi mengingati beliau. Mereka turut mendokumenkan penglibatan berkesan dengan media tempatan dan perniagaan, kolaborasi bersama NGO untuk aktiviti gotong royong dan kemasyarakatan seperti lawatan ke pasar dan mengambil bahagian dalam larian negeri sebagai Ahli Patrol Denggi, termasuk testimoni oleh bekas mangsa wabak denggi.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Yang Berbahagia Dato’ Dr Chong Chee Kheong menyampaikan ucap tahniahnya kepada sekolah-sekolah yang menang dengan berkata: “Ancaman denggi sentiasa hadir dan kejayaan berterusan dari Dengue Patrol sangat menggalakkan. Para pelajar berhak untuk mendapat segala pujian dan kredit atas kerja keras dan kreativiti mereka, dan kami menghargai sumber-sumber yang telah dilaburkan dalam program ini oleh Sanofi Pasteur kerana mengekalkan kesedaran dan advokasi yang berterusan dapat melindungi diri sendiri dan masyarakat dari ancaman denggi.”

Tambahan pula, Puan Camille de Lataillade, Pengarah Urusan Sanofi Pasteur (Malaysia & Brunei), berkata:

“Sebagai rakan perjalanan kesihatan anda, Sanofi Pasteur percaya di dalam dunia ini tiada siapa perlu menderita mahupun meninggal dunia disebabkan penyakit yang mampu dicegah vaksin. Kami percaya bahawa pencegahan adalah langkah paling penting untuk sebarang ancaman kesihatan awam. Kami berterima kasih atas sokongan berterusan dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan, dan kami berharap Dengue Patrol akan terus berjaya di kalangan rakyat muda Malaysia, menanamkan kepentingan pencegahan dan mendorong mereka untuk mengambil langkah yang tepat untuk melindungi diri sendiri dan orang lain, kini dan di masa depan.”

Dengue Patrol 2019 telah berlangsung dari Mac sehingga September dan akan kembali pada tahun 2020; untuk maklumat selanjutnya, sila layari http://www.denguepatrol.com.my.

SHOPEE Umum Kerjasama Dengan KPDNHEP Untuk Kempen ‘Beli Barangan Malaysia’

Langkah ini bertujuan menggalakkan pembelian produk buatan Malaysia dan membantu usahawan tempatan mengembangkan perniagaan mereka serta berkembang maju dalam persekitaran yang amat kompetitif.

Photo 2 (10)

Beberapa inisiatif utama akan dijalankan di bawah kerjasama ini:

Photo 4 (7)

  1. untuk memastikan keterlihatan produk-produk buatan Malaysia di platform e-dagang, Shopee telah menghasilkan halaman koleksi khusus Beli Barangan Malaysia yang mengetengahkan produk buatan Malaysia daripada jenama tempatan popular seperti Pensonic, BeauSiti oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Aik Cheong, Selamat, Victoria Sloane, Kaca-Kaca, 888, Amazin’ Graze dan OldTown White Coffee.
    Kempen ini juga akan mendapatkan sokongan selebriti daripada Shopee Selebriti Skuad di mana produk mereka juga dibuat di Malaysia termasuk Tya Arifin, Rita Sosilawati, Nana Mahazan, Fynn Jamal, Amy Search, and Sophia Liana. Di samping itu, pengguna Shopee boleh mendapatkan barangan Malaysia sebenar termasuk produk kecantikan, pes kari lazat, sambal belacan, ikan bilis kering dan banyak lagi daripada para peniaga tempatan.
  2. bermula dengan 10.10 Brands Festival, Shopee berikrar untuk mengetengahkan koleksi Beli Barangan Malaysia untuk acara membeli-belah mega akhir tahun yang akan datang termasuk kempen global 11.11 dan kempen 12.12. Ini adalah untuk memastikan penjual produk buatan Malaysia mendapat manfaat daripada peningkatan trafik dan kegiatan membeli-belah dalam talian untuk tempoh tersebut.
    Sebagai contoh, 10.10 Brands Festival yang berlangsung sehingga 10 Oktober akan menawarkan kepada rakyat Malaysia penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM10, tawaran harian serendah RM10, diskaun eksklusif sehingga 80%, dan permainan dalam aplikasi menarik seperti Mission: Shopee, Voucher Together-Gether, Shopee Catch dan Shopee Quiz dengan jumlah 10 juta Shopee Coins dan baucar untuk dimenangi.

Untuk mencerminkan komitmen Shopee memaparkan kualiti dan daya tarikan produk buatan Malaysia, koleksi Beli Barangan Malaysia akan dipaparkan bersama jenama antarabangsa dan jenama terkenal seperti Unilever, HP, Enfagrow, Photobook Malaysia, L’Oreal, Vinda, Nutox, Universal Traveller, Mr DIY, Nestle dan Realme yang menjalankan Super Brand Days untuk 10.10 Brands Festival. Setiap jenama akan mendapat sokongan khusus daripada Shopee untuk meningkatkan keterlibatan pengguna, seperti ciri-ciri permainan dan pengambilalihan jenama di dalam aplikasi.

3. Selain daripada menyokong produk tempatan di Malaysia, Shopee juga membolehkan penjual tempatan mengembangkan sayap perniagaan ke luar negara dengan inisiatif rentas sempadan serba lengkap. Dikenali sebagai Shopee International Platform (SIP), inisiatif ini menawarkan pelbagai kemudahan logistik, pembayaran dan perkhidmatan pelanggan kepada penjual tempatan tanpa sebarang kos tambahan. Ini pasti mendorong peruncit yang ingin menembusi pasaran antarabangsa tetapi menghadapi kerumitan operasi.

Dengan SIP, para penjual Malaysia kini boleh meluaskan perniagaan mereka di rantau ini, bermula dengan Singapura. Inilah masa yang paling sesuai, selaras dengan agenda Beli Barangan Malaysia, kerana usahawan tempatan boleh menjana pendapatan lebih besar dan berdaya maju dengan Shopee dan meletakkan Malaysia di peta antarabangsa.

Akhir sekali, untuk memacu minat dan trafik untuk Shopee 10.10 Brands Festival dan inisiatif kempen Beli Barangan Malaysia, rakan-rakan niaga Shopee akan menawarkan keistimewaan eksklusif seperti:

● Boat Noodle: Dapatkan 2 Mangkuk Boat Noodle untuk hanya RM1.10 untuk 2 Mangkuk Boat Noodle pada 10.10 (sementara stok masih ada).
● Salad Atelier: Nikmati diskaun 50% untuk Raccoon Salad, Greek God Bowl, dan Quinoa Lemak Wrap & RM10 untuk Chicken Teriyaki bowl, Rabbit and Raccoon Sandwich
● Baskin Robbins: Potongan sehingga 31% di kedai rasmi Baskin Robbins
● Burger King: Dapatkan 2 burger hanya untuk RM10
● Boost: Dapatkan diskaun 10% untuk baucar Shopee dari Boost App pada 10.10 dan anda berpeluang untuk memenangi pulangan tunai sebanyak RM100 dan iPhone 11, ditaja oleh TMT
● Haagen Dazs – Nikmati diskaun sehingga 60% untuk ais krim

“Kempen Beli Barangan Malaysia ialah inisiatif oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mendidik pengguna tentang kehebatan kualiti dan kepelbagaian pilihan produk buatan Malaysia di pasaran. Buat pertama kali tahun ini, KPDNHEP meluaskan skop kempen Beli Barangan Malaysia di luar saluran runcit lazim menerusi kerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan, lapangan terbang, stesen minyak dan platform e-dagang.

“Menerusi pakatan dengan platform e-dagang seperti Shopee, kami berharap untuk meningkatkan permintaan bagi produk buatan Malaysia dan menggalakkan usahawan tempatan untuk lebih berdaya saing dan bersedia untuk mengeksport. Memandangkan Shopee menawarkan capaian kepada 20 juta pengguna di Malaysia dan berpotensi untuk mencapai 200 juta lagi pengguna di rantau ini, saya yakin bahawa kempen Beli Barangan Malaysia di Shopee akan mencatatkan kejayaan besar,” kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri, KPDNHEP di majlis pelancaran yang diadakan di Sofitel Kuala Lumpur Damansara.

Keputusan untuk memulakan kerjasama ini dengan KPDNHEP ini adalah sejajar dengan komitmen berterusan Shopee untuk membangunkan dan memperkasakan usahawan tempatan.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata,

“Kami berbangga untuk terus berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk menyokong barangan dan perkhidmatan keluaran Malaysia dan merangsang ekonomi tempatan. Ini juga menyokong usaha sedia ada kami seperti Shopee University, bengkel percuma kami untuk penjual yang telah membantu dan melengkapkan kira-kira 6,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana dan penjual dengan ilmu jual beli dan pemasaran e-dagang. Oleh itu, kami amat teruja kerana dapat melakukan lebih melalui kerjasama kami dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.”

Dapatkan maklumat lanjut tentang 10.10 Brands Festival di: