Quill City Mall Rasmi ‘Rileklah Raya Bersama DIDI & FRIENDS’

Quill City Mall Kuala Lumpur, destinasi mesra keluarga dan kanak-kanak di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur dengan berbesar hati mengadakan sambutan bersejarah perasmian Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends.

Photo 1 (11)

Didi & Friends merupakan salah satu produk Digital Durian, program TV kanak-kanak popular yang menampilkan pendidikan, interaktif dan nyanyian menarik termasuklah bercerita untuk kanak-kanak.

Photo 6 (2)

Dengan kejayaan dan sambutan pengunjung semasa Karnival 1Bilion Didi & Friends pada September 2018 di Quill Convention Centre, dijangkakan kanak-kanak dan keluarga pastinya menikmati sambutan istimewa Hari Raya bersama Didi & Friends ini.

Tahun ini, tema raya bertemakan pengembaraan Didi & Friends ke pantai untuk sambutan Hari Raya; tema pantai yang santai dan tenang gabungan elemen sambutan Raya secara tradisional dan moden. Dikelilingi dekorasi warna-warni lampu di Atrium Utama, rumah pantai, pokok kelapa, pemandangan laut yang visualistik, dan potongan papan Didi antara dekorasi Raya kami yang tidak boleh dilupakan. Kawasan bertemakan pantai di Atrium Utama untuk keluarga dan kanak-kanak berbuka buka puasa dan sesi santai di tepi pantai dengan beg kekacang berwarna-warni. Konsep terbuka dan bebas yang membolehkan kanak-kanak berkumpul dan bersosial antara satu sama lain dengan dikelilingi koleksi fesyen terbaharu.

Pengunjung juga boleh menikmati faedah parkir yang hebat. Dapatkan kadar percuma untuk parkir dengan mencari poster Scan Me QR Code. Pada hari biasa, parkir percuma adalah untuk 2 jam yang pertama dan pada hujung minggu, parkir adalah percuma.

Barang-barang Didi & Friends juga akan dijual sepanjang kempen ini, para pengunjung boleh dapatkan produk Didi & Friends di Foyer Pintu Masuk Utama, Aras Bawah.

Quill City Mall KL telah mempersembahkan sambutan perasmian ini kepada rakan-rakan media, rakan kongsi dan pengunjung pada 25 Mei 2019 lalu. Sambutan Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends ini telah dimulakan dengan persembahan tarian. Dato’ Ar. Michael Ong, Pengarah Eksekutif Kumpulan Quill, Ng Chee Kheong, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Syarikat Quill, Encik Alan Cheong, Pengurus Pusat Quill City Mall Kuala Lumpur dan Joseph Teo, Naib Presiden, Pemasaran Quill City Mall Kuala Lumpur akan merasmikan sambutan ini.

“Dengan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) dari Quill City Mall KL, satu program We “Sea” Your Wish telah diadakan  bersempena sambutan Ramadan dan Hari Raya. Dengan inisitaif ini, para pengunjung akan berpeluang menyumbang kepada Rumah Anak Yatim Yayasan Chow Kit dengan menunaikan impian mereka menerusi kad ucapan yang dipamerkan di We “Sea” Your Wish Display Area di Atrium Utama, Aras Bawah.

Kami berharap dengan program ini, kanak-kanak dapat bergembira dan menggalakkan orang ramai untuk turut serta dalam festival keamanan, refleksi dan dipenuhi dengan kebaikan; sambil mengingati mereka yang kurang bernasib baik di dunia. Seperti biasa, kami ingin sebarkan kasih sayang dan kegembiraan kepada mereka yang kurang bernasib baik sebagai kenangan Hari Raya yang tidak akan dilupakan pada tahun ini,” kata Dato’ Ar. Micheal Ong, Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Quill.

Tidak lupa juga, pertandingan Makan, Minum, Main dan Menang (MMMM) berlangsung dari 18 Mei hingga 31 Julai 2019 menampilkan 2,000 hadiah berbeza seperti tiket wayang PERCUMA, baucar membeli-belah, makanan ringan, permainan kanak-kanak dan hadiah misteri untuk dimenangi. Datang dan berbelanja untuk keperluan Hari Raya anda di Quill City Mall KL dan berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada pemenang bertuah kami yang akan memenangi pelbagai hadiah menarik di pertandingan Makan, Minum, Main dan Menang!

Untuk sertai:

1. Belanja sekurangnya RM30 untuk setiap resit di mana-mana restoran Makan & Minum di Quill City Mall KL
2. Tebus penyertaan dengan mengisi borang di Kaunter Khidmat Pelanggan
3. Pilih satu helai kertas daripada Dinding Tikam MMMM
4. Tebus hadiah anda!

Pada Hari Raya ini, Quill City Mall KL adalah destinasi pilihan terbaik untuk anda berkumpul bersama rakan-rakan dan keluarga dengan menikmati pelbagai tawaran Hari Raya menarik seperti makanan, fesyen, hiburan dan banyak lagi. Dapatkan juga cenderahati daripada reruai rakan kongsi dan penyewa kami seperti Ashh & Annas, Di Moda Closet, Fana Couture, Szoffya, Refash, United Babies Studio, Toy World, Alliance Spectrum, Zoomoov, Dupharma dan banyak lagi.

Kami turut rakamkan terima kasih kepada AirAsia BIG Loyalty – Rakan Kongsi Rasmi Setia, Aforadio.com – Rakan Kongsi Radio Rasmi, Viral Cham, dan Rojaklah – Rakan Kongsi Rasmi Media Sosial, dan Rakan Kongsi Pusat Beli Belah Rasmi seperti Kluang Station, D’oldtime Kopitiam, Travis Hegel, Glow & Glamour, MOG, Juice Works, MeTime Art, Photobook Worldwide, The Manhattan Fish Market dan Toy World.

Dengan kerjasama daripada AirAsia BIG Loyalty sebagai Rakan Kongsi Rasmi Setia, pengunjung boleh menebus 2 nilai mata BIG dengan setiap RM1 yang dibelanjakan pada hari biasa dan 1 nilai mata AirAsia BIG Point untuk RM1 pada hujung minggu di mana-mana kedai di Quill City Mall KL. Ahli boleh menukarkan nilai mata BIG dengan tiket penerbangan bermula daripada 500 nilai mata AirAsia BIG. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Quill City Mall KL mudah diakses melalui lebuh raya, pengangkutan awam dan stesen monerel Medan Tuanku yang terletak di sepanjang Jalan Sultan Ismail, berhadapan dengan Sheraton Imperial Kuala Lumpur dan Asian Heritage Row; memberikan keselesaan kepada pengunjung untuk menikmati pengalaman beli-belah Hari Raya yang terbaik.

Untuk soalan dan penyertaan tentang promosi serta program Quill City Mall, lawat laman Facebook, Instagram: QuillCityMallKualaLumpur atau laman web kami http://www.quillcitymall.com.my.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: